Monday 19 December 2011

Bosan Gileeeeeee !


Assalamualaikum dan selamat petang wahai pembaca semua . ecehh , bangga aku ade blog yang dah bersawang nehh , haha . alamak aii , perasannye minah nie !
Lame jgak aku dah tak update blog and lame fb pon aku jarang- jarang je online . hang tau sebab ape ? simkad broadband patahhh der , aku mula-mula marah jgak dengan sepupu aku tu . rase nak campak je dalam loji taik kat memana ahh . tapi , bile fikir-fikir , takpe gakk . yelaa kan , aku memang malas nak online . haha ! belum sampai seru orang tua cakap . *apa kena mengena pulak?
Nak tahu aku sekarang dekat mane ? dekat CC laa , sebab teman kawan aku pegy CC . hehe :D  haram menjadah budak-budak buat bising , game laa sgt , tu yang menyampah tuhh aku kalau g CC neh . haha !
actually , aku pun taktahu nak cakap ape . Selalu hari-hari aku dok pk nak update ape dlm blog , dalam jamban pun aku still berfikir . err , actually rabu ni aku amek test JPJ , malu je laaa kan aku . patotnya dah ade lesen P dah lame daa , ni aku still berbangga dengan lesen L yang telah aku simpan SETAHUN , kau tahuu ! haha ~
 Hmmm , doakan aku yea . aku berharap test JPJ tu lulus , then petang tu aku boleh terus g kuantan . hehehe !  jangan rindu dekat aku tahuu , aku pesan awal-awal ni . kalau aku takbalas mcg pon sorry laa , aku nak menjauhkan diri daripada bebudaks sekolah buat sementara waktu ni , haha aku sebenarnya tak dapat terima hakikat yang aku dah abes skolahh . itu lah cerita sebenarnya , point yang aku nak sampaikan hari ni . hahaha ! bosan gilee aku dok menjanjang , tido , makann . aishh , ingatkan nak kuruskan badan , tapi nmpaknye.....
 ehh aku nak gtau korang something nie , aku kan................
-
-
hmm , nanti-nanti laa . aku tengah merana ni melayan perasaan yang aku sendiri taktahu . waaa ! nnti aku update lagi , desktop ni nak meletop daa . jage diri korang . kbai ~

Wednesday 7 December 2011

Random #1

selamat tgh mlm .

taknak cakap ape-2 , biarlah gambar yg menjelaskan . hihi :))


p/s : ILOVEYOUALLVERYMUCH !

Wednesday 30 November 2011

Wordless Wednesday #1






 kalau kita fikir kita susah, ramai orang yang lebih susah dari kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Friday 25 November 2011

Ade Ape dengan JUSTIN BIEBER ??

AMARAN KERAS : kalau kau peminat JB , takpayah bace laa . nanti kau merana , aku tak tanggung . ini bukan mengata JB , ini kenyataan untuk JB .

Assalamualaikum and good night untuk pembaca semua. malam semalam aku baru update blog pasal bola , suddenly aku rase nak update lagi malam nie . pasal retis nyahhhh ! menarik kan topik aku? pasal justin bieber lagi . sebelum ni pun ade entry pasal JB nehh . nak baca? KLIK SINI btw , aku bukan blogger gile glamour . aku cuma sekadar menulis .
recently, aku perasan traffic aku banyak datang dari brunei and keywordnye pulak semua pasal justin bieber . tak percaye? nahh bukti aku tunjukkan .

nampak tak bendera mane tu??


akaun nuffnang aku pun menunjukkan yang justin bieber ni adalah keyword yang paling popular untuk blog aku neh . haremmmmm . kalau klik iklan nak bagi aku duit takpe gakk . haha !

aku bukan blogger gile traffic jgak , ape yang aku tulis adelah saje-saje je. buat peminat Justin Bieber, ehh kesah plak aku?

ADE APE DENGAN JUSTIN BIEBER NI? SIAPA DIE?

okeyy , bagi aku Justin Bieber nehh manusia jgak . tapi nama die xde BIN . die same umor dengan aku . dangg ! ce teka , ce teka ? hikhik . kembali serius , die ni seorang yang racism . bagi aku lahh . aku pun tak berhak nak judge manusia lain ni , tapi dengan internet , aku rase seolah-olah Justin Bieber ni dekat dengan aku . dulu muka die innocent , sekarang nehh ? sejak couple dengan Selena Gomez nehh , bukan innocent dah , tp penuh dengan Sin(dosa) . okayy takpe lah kan , die bukan orang islam . aku tak tahu lah ape yang ade kat die sampai orang terlalu fanatik . mungkin lagu die yang sedap kot ? uwekkk , boleh makan ke? okayy aku gurau jelahh . haha . die ni takde ape-ape pun , bagi orang banyak dosa lagi adelah .


alololo , ingat buat muka sedih gitu aku kesian? hikhik *gelak jahat*

ini masa dulu-dulu , sekarang?

pegang anak dara orang nehh pe kes ? nikah dulu la derrr , hahaha !

aku malas lah nak taip banyak banyak kan . yang peminat Justin Bieber nehh , die nie layak diminat ke? Alahai , kesian... kesian.. kesian.. tehee , jangan marah okayy :D saya tidak mengata die pon , cume saya nak beritahu awak awak semua takde guna pun awak awak minat kat dia nie . ecehhh ayat aku , manis gila !

p/s: rajinnye gua search google cari semua maklumat nehh . padahal gua bukan peminat JB . gua saje nak tulis pasal JB , bagi pengajaran dekat semua . jika ada silap kata , maafkan gua okayy >....< sebagai pengganti
Justin Bieber , Gua hadiahkan greyson chance untuk lu orang . mamat innocent yang diharapkan tidak mencetuskan kontroversi mcm JB . hampehhh !

psstttt , tapi die nie tak lawan Justin Bieber yang penuh kontroversi tu lahh :) maksud aku bukan suara die , tapi kontroversi . JB tetap juara kontroversi ! teheee .


Thursday 24 November 2011

Tahniah Skuad Malaysia !

teheee , mungkin aku orang yang paling lambat wish . btw , tahniah SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA BAWAH 23 TAHUN ! aku sentiasa sokong korang semua nak-nak skuad malaysia bawah 23 tahun . ecehh , gatal kan aku ? haha . untuk kekalahan menentang syria tu , takpelah . aku paham korang penattt kan ? xC .


and buat abang Muslim Ahmad , itew selalu sokong abang auu . ecehh ayat aku , tak boleh blah ! itew tahu abang bolehh ! go malaysia :) buat pemain yang lain , itew sokong korang jgak , buat pemain yang same umur dengan aku ,  Syahrul Azwari Ibrahim . i lebiuuuu olllz ! haha ! 

Syahrul Azwari Ibrahim , name bapak itewww same lah :D hikhik >.<

more information please visit here Malaya Tigers

Thursday 17 November 2011

Sendirian bermonolog..

Assalamualaikum, hari ini aku teringin sangat nak update blog . banyak sangat yang aku nak update , tp tunggu lah dalam entry akan datang yea . akan aku menaip selagi boleh . setelah lama aku menyepi kan diri , ahah ! lame laa sangat kan . buat pengetahuan stalker sekalian , aku sedang menghadapi SPM . dan alhamdulillah , setakat ini aku masih mampu menjawab semua soalan .
 hari nie hari terakhir persekolahan , dan cuti sekolah sudahpun bermula. semalam aku periksa matematik. aku tak tahu nak kata senang ke susah . tapi alhamdulillah aku dapat jawab . saat mendapat kertas , aku dapat rasekan . hati calon-calon lain berdesis ;
ahh sudah , ni math ke add math?

lantas aku senyum keseorangan , persetan dengan semua itu . tidak minat math bukan masalah bagi aku , masalah datang bila rasa math itu susah . haha . serta masa yang tidak mencukupi , tapi yang penting aku dah buat sehabis baek dah . aku bukan jenis yang suka berbincang balik soal yang sudah lepas .

yang sudah biarkanlah sudah .

hampir sebulan aku tidak membuka facebook , cikgu matematik aku pun perasan . (buat pengetahuan semua , cikgu aku ni rajin juga stalk fb anak murid-2 nye and paling malu bila die bace status facebook kami semua dalam kelas, haha !). hmm , telah aku berjanji bahawa facebook aku tak akan dibuka selagi belum abes periksaan. tup tapp ! ade orang update status twitter aku plak , tak lain tak bukan abang aku sendiri . apedaaaa ! sebenarnya aku jugak telah berjanji tidak berbogel selagi belum abes periksa , ehh silap . tidak berbeloggg lah . tapi yang ni payah sikit la , dan aku tidak mampu tunaikan lagi :) 

14 November 2011 , akan aku ingat sbagai tarikh permulaan peperiksaan yang besar dalam hidup aku . untuk semua calon SPM 2011 , semoga cemerlang dalam peperiksaan yang kita tempuhi ini.


p/s : doakan kejayaan kami semua yea .  

Sunday 6 November 2011

#wordless holiday

#wordless holiday

you :)


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

p/s : ahah ! aku tak dpt menahan diri daripada berhenti menaip . peace no war . hihi , kbai .

Saturday 29 October 2011

Berbangga lah dengan PHD (penyakit hasad dengki) , tak ke mana punn .

assalamualaikum , beberapa hari ni . aku update pasal agama je , yang berkaitan dengan kerohanian diri . entah , aku tak pasti kenapa aku macam ini . tapi ni salah satu cara yang boleh aku buat untuk hilangkan ketidaksenang hati aku sejak 2-3 hari ni .
PHD ( penyakit hasad dengki ) biasa kita dengar biasa kita lalui , sebagai insan lemah di muka bumi Allah ini tiada yang lebih tiada yang kurang , semuanya sama saja , tidak perlu kita punyai perasaan hasad dengki di antara kita . 
Setiap insan ade kelemahan dan kelebihan masing-masing , and aku rase tidak perlu wujud sifat tidak puas hati dan akhirnya menjadikan diri kita seorang yang berdendam akibat dengki pada kejayaan orang lain .
aku mengaku aku pernah mengalami penyakit ini . dan aku rase semua manusia normal pasti pernah melalui penyakit ni . lazimnya , cara yang paling kuno masyarakat melayu ni yang aku percaya untuk lepaskan perasaan ni adalah melalui santau . ini mengarut dn tidak masuk dek akal .
Sepatutnya kita melihat dengan cara yang positif , sekiranya mereka berjaya kita hendaklah mendekati mereka yang berjaya dan mencontohi cara mereka bekerja dan secara tidak langsung kite dapat manfaat daripada dorang . ade paham ayat ni ? secara konklusinya , kite tak perlulah ade sifat dengki mendengki yang amat neh , kelak kita yg rugi .
cintailah sesama saudara islam mu . aku search google dan aku jumpe ayat untuk hilangkan penyakit ni . surah yang lazim korang dengar .
 amalkan lah ayat ni yea :)
sekian dari aku , maaf aku agak menggunakan bahasa melayu penuh dalam ayat ni . aku nak semua orang faham . aku akan kembali sekitar sebulan lagi . sekian dari aku .

Thursday 27 October 2011

When Heart Start to talking ...

First of all , assalamualaikum w.b.t
jiwang tajuk aku untuk post kali ini kan , ape kes ? bila hati mula berbicara . ecehhh >.< 
ini bukan kisah cinta , ini bukan kisah kasih dan ini bukan kisah sayang ..
dan ini kisah merapu yang aku nak taip . yeahh kadang-kadang blogger pun kurang idea nak buat entry , kau ingat buat karangan je ke kering idea ? ahah ! start with A , B , C ... maka aku nak menaiplah kisah aku muhasabah diri yang aku alami beberapa minggu ni .
eyy , kau baik sangat ke ?
kau fikir kau perfect lah ?
ape yang ade dekat engkau ? 
itu adalah diantara pertanyaan yang AKU TANYA KAT DIRI AKU SENDIRI . kalau korang tak faham apa erti muhasabah diri , korang boleh cari kat google takpun tanye ustazah/ustaz korang . gerenti jawapan nye baik punye . dalam bahasa inggeris , tak silap aku ianya dipanggil self reflection . gitu laa kot . atau ayat kasar CERMINLAH DIRI ANDA .

muhasabah diri ni adalah satu perkara yang bagus untuk jiwa korang . lama-kelamaan korang akan sedar ade something wrong dalam diri walaupun kite rase kite dah cukup sempurna . tapi itu semua tidak benar . semakin korang muhasabah diri , semakin banyak kesilapan diri yang boleh korang perbaiki . selama ni , mungkin hanya mulut yang berkata , tetapi bila korang start untuk muhasabah diri , korang akan rasa hati korang berkata tentang diri korang . yeahhh , and when heart start to talking.......
macam akulah kan . aku mengaku aku selalu buat silap . macam bila aku ada masalah dengan seseorang , aku akan buat muhasabah diri . dan konklusinya , yang aku dapat ...
takpelahh , hari ini hari engkau.. esok- esok hari aku plak..  
 sebab tu aku prefer untuk mendiamkan diri , bukan ape . untuk kebaikan diri kita jgak :) aku ade sedikit nasihat untuk kau orang yang tertekan dengan masalah peribadi tu .
refleksi lah diri korang . tanya ape yang korang buat ? and ape yang korang boleh buat untuk perbaiki kelemahan diri sendiri . 
 dulu aku selalu buat bende ni , tapi sekarang makin tua makin malas plak . tapi sekarang aku buat balek bende ni . haha , hmm okayy lah . semoga berjaya muhasabah diri . aku sentiasa mendoakan kalian semua . kbai >.<

Wednesday 5 October 2011

♥ khas untuk awak ♥

Bila aku ade problem , ini lah minahhh tudung yang terlalu prihatin dgn aku .
Mun , kau ade masalah ape ? cecite at aku . luahkan aje ..
bermula dari situ , aku mula mengenali hati gadis ini . nampak garang tapi die okayy !  dulu kami pernah bergaduh besar lah kan . ahh takpayah nak ingat lah , yang penting sekarang kami dah baik . dan aku sayang kau neddy ♥ atau aku panggil ned .
 ♥Atikah Nardia Bt Ouyop
I love you for the rest of my life . i am so thankful that i have you in my life . you have always been such a wonderful protective and supportive person to me . thanks ned !
I love you . i always have , and I always will ♥ 
with love from your friend , Munira Ibrahim >.<

Saturday 1 October 2011

Untuk sahabat..

p/s : artikel ini aku tujukank khas untuk SAHABAT aku yang selama ini banyak membantu aku untuk terus menjalankan hidup .
aku tahu aku bukan manusia sempurna , aku tahu aku tidak boleh jaga semua perasaan orang , aku tahu yang aku selalu buat korang sakit hati . tapi aku sayang korang , kite dah kawan berapa tahun dah ? lame kan . aku selalu cuba untuk menjaga hati orang lain , tapi aku yang selalu sakit . perasaan aku sakit sangat . hari- hari aku cuba sembunyi kan kesedihan aku , aku cuba tahan . tapi aku tak mampu , selalu aku menangis pasal sahabat . bila aku cuba jaga perasaan orang , tapi orang buat tak peduli . 
takpe lah . aku tahu bukan semua orang boleh terima aku . aku senyum lagi depan korang hakikatnya tuhan yang tahu .
Ya Allah ,
panjangkan lah hubungan persahabatan kami ,
jauhkan sifat hasad dengki dalam hubungan itu ya allah ,
Ya allah ,
lembutkan lah hati semua kawan- kawan aku ya allah .
berikanlah mereka hidayah dan petunjuk untuk terus hidup . 
berikan lah mereka kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian ya Allah . 
cekalkan lah hati ku ya allah . 
aminnn.. 
pengalaman mendewasakan aku , aku sedar ada kawan yang masih tidak menyukai aku . mengata aku dekat belakang , aku tahu semua tu . tapi ape yang aku boleh buat ? aku berdiam diri je , hakikatnya ?aku menangis sorang- sorang kat dalam bilik . didepan korang sahabat , aku sentiasa berusaha untuk senyum . aku pegang kata yang manusia tidak selalu sempurna . biarpun kita cuba untuk nampak sempurna , tapi masih ade kekurangan di mata orang lain .
sahabat , aku tahu aku banyak kekurangan . aku tahu aku masih tak mampu jaga hati dan perasaan korang . tapi seorang sahabat pernah cakap dekat aku .
saya dah kenal mun , mun memang keras hati , kalau mun nak macam tu , macam tu lah . walaupun saya kecik hati dengan mun , tapi saya terima , saya pun mintak maaf kat mun sebab ade mengata mun kat belakang dengan kawan- kawan yang lain . saya dah lama kawan dengan mun , memang apa yang mun cakap saya kena terima .  sebab perangai mun memang macam gitu .
ini lah kata- kata paling jujur pernah aku dengar . luahan dari seorang sahabat yang memang lame dah kawan dengan aku . terima kasih amal . sekarang aku sedar aku perlu perbaiki diri aku lagi . selama ni aku tidak cukup dewasa bagi korang . tidak serius terhadap kehidupan . 
aku kena jaga hati orang , hati aku korang taknak jaga pun takpe lah ..
aku kena jaga perasaan orang , perasaan aku orang taknak jaga pun takpelah..
aku kena jaga cakap aku , orang cakap tak jaga pun tak kisahlah..
janji semua sahabat aku gembira ,  aku penat bergaduh . aku penat , penat , penat tahu tak ? aku penat menangis , penat , penat , penat tahu tak ? air mata ni terlalu murah untuk orang yang bergelar sahabat . aku penat jadi orang yang konon- kononnya tabah . aku penat , penat , penat tahu tak ? aku penat sangat . tolonglah paham , aku penat sangat .
kata- kata gurauan aku selalu dianggap serius oleh orang , kadang- kadang aku ade terasa juga dengan ape yang orang cakap dekat aku . tapi aku diam je . aku tak kisah lah sampai ade yang cakap aku hati kering . takde perasaan . hakikatnya ? hanya allah yang tahu betapa sedihnya aku   .
I lay my head back down . And I lift my hands and pray To be only yours , I pray , to be only yours . I know now you're my only hope. 
allah sentiasa mendengar . allah is my only hope . sahabat tempat ketiga selepas keluarga . tapi dalam sekolah . sahabat menjadi tempat pertama . yes ! korang tempat pertama di hati aku . jangan lah buat aku penat lagi . sekolah tak lama je lagi , pasni semua bawak haluan masing- masing . takde aku , mesti korang happy . 
jika umur aku tak panjang , satu je aku nak cakap...
aku mintak maaf dengan korang , aku sayang korang sampai bile- bile .  aku akan cuba untuk selalu tersenyum depan korang . insyaallah jika aku mampu . aku sentiasa doakan kejayaan korang .
salam dari seorang sahabat yang tidak pernah melupaikan mu..

 
p/s : gambar lelaki takde lah . semua handsome sangat . heee ! abes basah baju aku tauu ! ganti balek . penuh hingus . haihhh , hihi !

Friday 30 September 2011

Dari seorang musuh untuk kau kawan .

beep beep ! assalamualaikum .
pehh aku penat kot baru balek dari karnival kat dewan jubli intan tadi . macam- macam borang aku isi . okayy hari ini hati aku puas sangat laa kan .
si BODOH tu BLOCK aku ! dan aku jugak ade BLOCK org laen hari ini .
HAHAHAHA ! Kelakar doe . aku memang dah lame nak buat tapi aku tak sampai hati sebab die KAWAN SEKELAS aku .
aku mintak maaf , kau buat bodoh kan ?
aku cube nak berbaik , kau hina aku kan ?
aku nak tego , kau menganjing kan ?
KAU INGAT AKU TAKDE MARUAH KE , ORANG ? AKU TRY LEMBUTKAN HATI AKU . APE YANG AKU DAPAT ? HINAAN DARIPADA ENGKAU ! MUKA ENGKAU BAEK . KONON ! TAPI PERANGAI KAU ?  MAK AKU AJAR AKU KENA MAAFKAN ORANG , TAPI ORANG MACAM ENGKAU . YANG TAK PEDULI MARUAH AKU , YANG FIKIR PERASAAN KAU SORANG . NAK MAAFKAN KE ? AKU NI TANGGUNG MALU PASAL ENGKAU . NAME KAU TAK PASAL PASAL BERKAIT DENGAN AKU . APE KAU TAHU ? DUDUK DALAM NERAKA LAH ENGKAU . DOSE AKU DAH SETTLE ! ENGKAU TU MENGANJING SANGAT . MEMANG CABAR AKU KAN ? JENIS TAK PEDULI PERASAAN AKU . MAMPOS LAH TAK LAYAN ! 
Kau kawan aku ke ?
aku pernah kenal kau ke ?
kau peduli aku ke ?
hari hari aku doa kat Allah lembutkan hati engkau , ini yang aku dapat ? Alhamdulillah . aku akan terus berdoa .
SEMOGA KAU SEDAR 'KAWAN' KAU NI KESAH DEKAT ENGKAU .
SEMOGA KAU SEDAR ADE 'KAWAN' YANG DOAKAN ENGKAU .
SEMOGA KAU 'SEDAR' MANUSIA TAK SELALU SEMPURNA .
ikhlas dari kawan yang kau benci , Munira Ibrahim  
 

Thursday 29 September 2011

Ada ape dengan cemburu ?

haihhh hari ni rase tangan gatal gatal je nak taip , aku baru buat blogwalking sambil maen soduku . nehh haaa :
 aku maen very easy je , tu pon kau nak jeles ? hahaha !
bile jalan- jalan kat belogg orang , biasanya mesti ade yang cakap mcm ni : 
pehhh jelez doe , ramai gile followers die ! 
pehh jelez doe , beloggg die cantik gile ! 
pehh jelez doe , ramai org blogwalking sini ! 
okayy , peduli ape aku dengan semua tu . ade ape dengan jelez ? ade ape dengan cemburu ? sikit gua tak heran bhaii :) bukan blog tu bawak ke mati pon . okayy enough said .
kalau aku jeles , aku xpayah susah susah buat facebook . nanti lagi parah , kalau tak pun . aku buat facebook . aku akan tulis nama macam ni .
 nahh baek aku buat macam ni , hahaha ! lu tak nampak , pepandai aa lu besarkan .
 ade ape dengan cemburu ? ade ape ade ape ?! ntah . aku  tak nampak ape kebaikan nak cemburu dengan orang lain . tapi aku percaya , kalau cemburu lalu menimbulkan persaingan sihat , itu banyak bagus deyy ! moral value today is :
SEMUA ORANG ADE KELEMAHAN DAN KELEBIHAN MASING MASING 
........ k bai :) 

Wednesday 28 September 2011

HARDCORE

Heyy readers ! Dengan senang hati nya , aku meng-update blog hari ini . sebab semalam aku baru abes trial . pehh HARCORE gile paper ! mahu pengsan lah jawab . (aku tipu aje , mane ade soalan yang susah sangat sampai nak pengsan orang jawab) . 

 hari hari aku bawak mende alah nie , lesen aku pun aku bawak je . hahaha !
 aku moody gile sejak beberapa hari kebelakangan nie . sebab ape ? ahh payah betol nak cite . sebab perempuan sorang tulaa . aku taknak mentioned la nama die , aku bukan suke nak cerita keburukan orang kat sini . sebab aku jenis sound direct je .
aku tahu laa orang ade pakwe , aku takde pakwe . tapi kan , kan , kan ? perlu ke nak cerita hari-hari pasal pakwe . haihh , PENTING KE PAKWE TU ? PENTING KE ADE KEKASIH ? PENTING KE PENTING KE PENTING KE ?  Gua mula nak emo je tulis pasal ni , aku memang lah tak layak marah . tapi orang lain ade pakwe jugak , tapi taklah hari hari nak cite mende yang same kat aku . orang laen mcg sayang sayang jugak (hehe!) , jadi takpayah nak kecoh segala pasal pakwe anda .
aku tulis bukan pasal aku jeles ponn , tapi nampak sangat lah anda menggedik kan . haaa ! pas kawen , gedik laa sesuke hati kau . apa yang susahnya ? bagi aku bebudak bawah umo yang bercinta segala ni . LAYAK KE PANGGIL CINTA  ? bakal laki hang (yang konon-2 jadi) tu nak bagi hang makan ape ? hang dah fikir ke semua itu .
yang paling paling kelakar lah kan , mcg pakwe tu topup pakai duit sape ? DUIT TOPUP PONN MAK BAGI , ADE HATI NAK BERLAKI . nahhhh pedaskan ? -,-
p/s : nahh pesanan ikhlas dari gua :)

         layan lah lagu ini , gua moody layan lagu nie best doe , peberet gua . cume jangan terkejutlah ! layannnn !


p/s : terasa ? MTL ! :D kbai 



Friday 23 September 2011

hari hari mende yang same , aku bosan doe :(

hmmm hello korg . aku agak bad mood malam ini . sebenarnye tak lah bad mood sangat , ade kawan aku si capital L tu gembirakan hati aku malam nie . haha , tak kesah sangat lah kan , kawan . yang aku bengang sekarang ni , ape kehenye membe yang len nak gosipkan aku dengan musuh aku ? sangat , sangat dan sangat menyakitkan hati tahuuuuuuu . aku bukan nak sangat bermusuh la kan , tapi dah cara die mcm gitu .nmpak gaya nye , uhhhhhh entah lah . hari hari aku online ramai lah umat prihatin yang tnye aku psl die nie . panggil aku dengan nama die . mcm laa tak tahu nama aku .
contohnye ni haaaaa :
dan ayat ni ? adehhh aku memang takleh terima hakikat fikiran kau org ni mcm mana . orang asli eh ?

aku takde kene mengena dengan life si mamat tu , what the Facebook laa kan nak kata mamat tu marah-2 . kalau mara pun , ade aku kesah ? itu life die . no reason aku nak disturb .

ini lagi lahh , boleh tak mcg sendiri tnye ? aku bukan wife die la kann . jadi tak payah nak sibuk tanye dekat aku .
dan ini adalah yang paling . errrrrrrrr malas nak cakap mcm mane , tapi memang aku rse nak bunuh diri je bace ayat nie .
 aku tapenah laa terfikir yang korang fikir ngarut2 nie kan ? cara mcm tu boleh baik kan aku dengan die ke ? sedangkan orang tak peduli . BUAT APE KAN ? uhh okayy la , janganlah buat aku maraa lagi :) k bai . *banyak lagi screen capture psl dialog budak nie , aku mls ahh nak upload bebanyak . sakit hati ! >.<
p/s : tak payah nak terasa sangat lah !

Thursday 22 September 2011

Sial Dalam Kehidupan

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu .
Ahh kau memang SIAL ! weei ! kaw lagi SIAL ah ! kpale hotak kaw la kata aku SIAL ! SIAL mende ? kaw ah SIAL , SIALLL ! SHIT btol lah engkauuu !
begitu lah contoh perbualan yang semakin berleluasa sejak due menjak nie . apakah itu SIAL ? dalam geologi , sial merujuk kepada lapisan atas bumi yang terhasil daripada batu dan kaya dengan mineral aliminium dan silicates(pasir tak silap aku) . rujuk ni http://en.wikipedia.org/wiki/Sial .tapi dalam kehidupan seharian , SIAL tu ape bende ? mak aku marah kalau aku cakap minatang SIAL nehh . 
bagi aku sial merujuk kepada malang/badi/nasib buruk yang telah/akan terjadi dalam kehidupan . selalunya yang aku perasan selalu cakap pasal sial nie adalah orang cina .  orang cina percaya akan kehadiran sial dalam hidup . ohh ya , aku baru teringat . sebenarnya perkataan sial nie wujud sejak zaman jahiliah , kepercayaan karut yang mengatakan anak perempuan itu sial dan wajib dibunuh . bagi aku itu semua karut lagi marut .
tapi kann , tapi kann . aku tak cakap laa sial , tapi hari yang malang itu sentiasa ada . cuma tak tahu bila . tapi aku daa kene kod semalam , bermula dengan malam tadi aku diperkatakan BODOH , then duit RM5 belanja sekolah aku pagi tadi hilang . pastu punat jangka lukis aku hilang . demm ! hari yang malang a.k.a sial bagi aku . 
jangan nak cakap sial sangat lah kan , mak susah susah bagi nama . nak panggil sial . ape sudah jadi la ? aku tak mao ah cakap banyak . cakap banyak banyak ade plak tak puas hati . kadang kadang kita baru buat silap sekali , tapi teruk kene marah kan . sedangkan orang lain buat salah yang sama , tapi tak kene marah pun kan . adil kah ? memang lah agak malang kann . janganlah nak buat hari orang sial , sama sama lah menggembirakan hati antara satu sama laen dan tiada sengketa . kan bagus ? hmm tu je aku nak tulis hari ini , aku malas nak marah marah sebab aku bukan tuhan , jadi baek lah aku menasihati korang . hee >.< k bai

Tuesday 20 September 2011

Taufan dan perempuan .

assalamualaikum . hmmm mula mula aku nak mintak maaf pada orang2 di formspring sebab takde mase nak jawab soalan . aku sangat rindu kat korang :'( buat followers , jangan jemu yea hantar soalan . insyaallah kalau ada mase aku jawab .
 p/s : sorry koranggg :'(
okayy nak start dengan tajuk yang aku pilih malam nie , taufan dan perempuan . weee >.< perasan tak nama nama taufan itu nama perempuan ? sudah tentu perasan kan , kalau lah kaw tengok atau bace berita . kalau tak tengok , aku takleh tolong lah . haha ! negara yang sering dilanda tauf an termasuklah jepun , dan paling banyak aku rasa filipina . maaf kalau fakta ini tak tepat . tapi aku dah search google punye mak sedara tadi .

aku rompak gambo kat sepupu mak cik google tadi
taufan itu datang dengan senyap , tetapi ganas . di sini aku nak kaitkan dengan perempuan , NAMPAK DIAM TAPI BRUTAL ! haha . aku pilih tajuk ini sebab aku bengang dengan kawan kelas aku tadi .
X : lelaki memang pandai lah , perempuan pulak bodoh!
aku : amboii mulut kau ! aku tahu lelaki memang pandai . perempuan tak pandai tapi rajin . tak payah lah nak berlagak sangat . perempuan dah kuasai dunia da .
X : (senyumm dan bengang tak terkata ape2) 
dan aku rase sape yang tak cukup ayat , jaga lah mulut itu . jangan nak mengata kaum aku sangat lah kan . kalau nak berdebat dengan aku , kalah lah engkau ! haha :) yeee lelaki memang pndai , dilahirkan dengan 1 nafsu dan 9 akal . perempuan . aku malas nak sebut , tapi vice versa dengan kaum lelaki . haha .
perempuan perempuan nampak je diam , tapi berbisa . begitu jugak lah dengan taufan . hmm , disini aku nak kaitkan dengan peribahasa diam diam ubi berisi . jangan pernah memandang rendah dekat kaum yang berlawanan dengan engkau . tak kira lah engkau lelaki atau perempuan .
KADANG-KADANG ORANG YANG KAU KUTUK TU LEBIH BAEK DARI KAU . DEAR PERSON , PLEASE GET A LIFE :') JANGANLAH MENAMBAH DOSA LAGI DENGAN MENGATA ORANG . KAUM PEREMPUAN ATAU KAUM LELAKI . DUA DUA ADE KEKUATAN .
 K bai :)

Saturday 17 September 2011

I miss You , My late daddy .

First of all , AL-FATIHAH for my late abah :'(
i miss you , abah . i want to be with you and hold you abah . I just want to be close with you abah , I want all of my friends know how close we are abah . but now , i cant never do that . you're gone . I do feel that he can see me now , and that he watches over me with the same fatherly care he gave me here on earth . 
I thank you for surrounding me with love and care throughout my lifetime and teaching me that being a man was more than just showing up . 
I thank you for bringing me into this world and protecting me both from the world and myself . 
this moments was very hard to me :'(
I thank you for my generous spirit . I learned that from you , abah . my love and concern are with you always . you are continually in my thoughts and prayers . thanks abah .
I don’t know what to say or how to feel . i’m just so lost..... I miss you , abah so much and i can’t put it into word’s . I want to give you such a huge , tight hug and never let go , ever abah ! I want to tell you I love you and say sorry for not being there as much as I should have.


 abah , may you rest in peace :) AL-FATIHAH again .

Thursday 15 September 2011

Rokok dan Manusia

hari ini aku duduk di satu tempat dengan aroma yang sungguh tak menyenangkan iaitu ROKOK ! bikin aku gile je ngan aroma rokok pak cik pak cik nehhh . demmm

perasan tak kandungan dalam rokok ade kapur barus , hahaha ! napthalene tu sebenarnya kalau aku belaja dalam kimia , ubat gegat kot tuhh . nampak sangat lah perokok ni MENEMPAH MAUT . aku pun tak paham ape lah yang best sgt dengan rokok , bace ni ; 
 Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
see , rokok itu haram . makan babi itu haram , hisap dadah tu pun harammm . jadi buat perokok , cube fikir . mungkin awak tak buat keje haram . tp tak fikir ke merokok tu haram ? bahaya nyahhh hisap rokok nie , sayangi lah nyawa korang sebelum terlambat . aku penah buat sesi soal jawab lah kan .
''ape yang best sangat rokok nie ?''
''ehhh best , tak boleh cite . rase high gitu , kalau isap rase kuat gitu'' .
sebenarnya salah tu , merokok mungkin memberi rase high sbb kandungan dadah yang terdapat didalamnya . sebenarnya buat la exercise kalau awak rasa awak nak kuat . ada kau paham ? uhh bagi aku merokok nie sama laa dengan membunuh diri dan membunuh alam . aroma rokok itu amatlah tidak menyenangkan bagi orang di sekeliling . apatah lagi bagi anak anak kecik . renungkan lah .
HUKUM MAKAN BABI HARAM , HUKUM MEROKOK PUN HARAM . SO WALAUPUN TAK MAKAN BABI , TAPI MEROKOK . TAK KE SAME DENGAN MAKAN BABI ? 
K bai :)
 
 
 

Monday 12 September 2011

MAAF

Setelah sekian lama aku nak update entry , akhirnya aku buat jugak arini . entry kali ni tak panjang , aku cuma nak bercakap pasal maaf . ape tu maaf ? kau ingat maaf tu semudah menyanyikan lagu sorry sorry by super junior . ahhh tidak sama sekali , maaf tu perbuatan yang menunjukkan kaw telah mengaku kesalahan kaw . itu bagi aku . bagi korang ? hmm aku tak tahu =.=''
aku memang sukar nak mengatakan perkataan maaf , sudah lah . kalau aku buat salah , baru aku mintak maaf , tapi kalau aku dah mintak maaf still buat tahik pulak kat aku . YANG NIE , memang susah aku nak mintak maaf lagi , merayu lah kat aku 1 juta kali pun . serius kan aku ? bab bab maaf nie memang aku serius , sebab LU LANGSI , LU PERGI MATI LAA DER !
tapi kadang kadang aku fikir , sampai bila nak keras hati ? aku tahu antara korang nie masih ade yang tak memaafkan orang lain . aku dah lame fikirkan ni , tiap kali lepas solat je , aku doa ; lembutkanlah hati kawan- kawan aku , Ya Allah ! sedih bila cakap pasal ni , sebab aku pun ada masalah dengan orang . yepp , TAK SEMUA ORANG SUKA DGN PERANGAI KITA .  tp at least wahai haters , dengar lah ini . walau mcm mana korang membenci seseorang , orang itu lah yang akan mendoakan korang . sama ada lambat atau cepat . dan ada something di sebalik lirik lagu ni yang btol btol menusuk hati aku .
 ada orang yang dua dua keras hati , dua dua taknak mengaku kesalahan sendiri . kononnye loooooooser , hakikatnya korang yang macam ini adalah looser dimata allah . mintak maaf di facebook mcm mane ? hmmm aku rase better meet in person , sedangkan nabi pun memaafkan umatnya . ye aku dan kau org tak perfect , tp tidak sempurna tidak bermaksud keras ati . okay lah , aku tak mahu menulis lebih panjang , hari hujan . sememangnya langit itu mengetahui maaf itu PERLU dlm seseorang . that all . kbai .
p/s : aku tak tujukan post ini untuk sape sape , hanya sekadar menulis . bercerita tentang perangai . kalau terasa , hmmm aku bukan taknak mintak maaf , tp sikap 'hater' tu . tolong lah jangan buat aku sakit hati lagi . assalamualaikum !

Tuesday 6 September 2011

Ragam Manusia : Mencarut

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Dah 2 hari naek sekolah , maknenya dah sehari aku trial . alhamdulillah semua berjalan lancar , cume kadang- kadang rajin btol budak laki sebelah aku mintak jawapan . haha , ingat senang- senang ke aku nak bagi ? bila dah naik sekolah nie , aku kembali lah buat lawak yang agak bodoh untuk membuat kwn aku ktawe , haha ! Hari ini tangan aku rajin nak menaip topik nie disebabkan aku tidak online lagi dalam mase2 terdekat . agak lucah tajuk entry aku kali ini . apakah ? MENCARUT , setelah aku search google dan menaip 'maksud mencarut' , lalu keluar lah site wikipedia . dan aku pun mengopy paste kan maksud nye ... 
 Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Secara umumnya,mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya. sekarang paham tak ? aku kalau nak buat topik hot nie , aku kena kaji jugakk . 
aku pernah mencarut , kau orang tak penah ? alaaa tipu la , yang dok panggil orang hanjeng babehh segale pe bende ? haha , aku tak ckp sape sape . bulan ramadhan baru berlalu meninggalkan kite , aku pun ade mencarut gak . astagfirullah , kurang pahala aku kan .
weii weii , kang korang pegy bazar ramadan . ce pegy tempat orang jual ayam . kau tanye abg yang jual tu , pukiii ayam ade ? . aku buat lawak dengan membe aku , terbahak2 dorang ktawe sampai balek .
then , yang paling tak masuk akal dan 18sx adalah : wehh , cbe kau tgk petang raye . ramai lah laki bini masuk bilik . aku cakap . kuranggggg ajo mun ! kawan aku ckp balek pastu dorang pun ktawe . actually ni bahasa kiasan , maknanya dorang penat . tapi bebudak laen menyalah tafsirkan dengan ehem ehem , yeaaa aku paham . KAMI PELAJAR BIOLOGY ! haha !
aku tahu mencarut nie perbuatan tak berfaedah yang lagi menambahkan dose . tapi gua takde lahh panggil orang OII HANJENGG ! takde , nak kene pelempang dengan mak aku , try lah . Orang melayu selalu dikaitkan dengan aktiviti mencarut ni , *aktiviti ke ? haha . kejadahhnye . weii weii kalau nak dikirakan , ommmputeh pon mencarut , buktinye ..
WHAT THE FUCK ? Maderfakerr ! demmmmmshit  , bulldog , bullshit . ape lagi lah kan . ini di same ertikan dengan mencarut lah . jangan nak kate orang melayu jea . 
bila aku dok petang- petang kat depan umah aku , terdengar lah ade anak jiran aku panggil adek beradek die . weii ! minatang sial hanjengg ! aku punye lah terkejut beruk , budak kecik lagikan . pehh aku rase nak cili je mulut tu , mencarut tak kena tempat . kalau aku cakap gitu depan mak aku , memang mati leww aku kene penampar ! tapi satu petang tu , aku tersenyum bila aku dengar bapak die sendiri cakap aishhh ! minatang lah korang nie ! astagfirullah ! bapak borek anak rintik , bukan aku nak aibkan orang . tp see , kemana tumpahnya lauk kalau tidak ke nasi >.< *eh btol ke peribahasa ni ?
kesiannn , aku sendiri marah kalau di carutkan sebegitu rupa , lagi lahh kalau perkataan tu keluar dari budak bawah umo , hmm tapi tak semua orang sempurna . aku pegang kata nie , so aku same- same lah menasihatkan untuk diri aku dan orang lain , kurangkan lah mencarut . memang susah nak berhenti , sebab kita telah diajar dengan sekeliling yang sebegitu . betul lah kan senjata utama kaum muslim ialah mulut . hmmm , okayy lah . sebenar nya mende ni aku dah save dlm draft , tunggu mase je nak publish . haha . korang jaga diri , tunggu lagi update aku dlm mase2 yang agak lama . salam , kbai .. :) doakan aku untuk SPM yea !

Friday 2 September 2011

Petakkkk derr muke aku ! (kisah moto mampus tengah jalan)

Assalamualaikum , setelah beberapa hari aku tak update . aku ade kisah laa selama due hari aku tak online semua bende nie . start dari semalam , petang tuuu aku nak pergi umah sedara aku yang kiut tuh , die siap mcg aku lagi , ade pak cik2 aku kat sane , jadi senang lah nak jadi ahlong , ehh salah , senang ah nak jadi tukang kutip duit raya . haha ! 
jadi petang semalam nak dijadikan crite , mak aku takde , jiran aku meninggal dan jenazah dibwak ke endau , reti nak bgtau aku , dah la handphone tinggal je , takpe . mak aku kan , suke ati die lah , then aku bersiap lah berselendang segala . cantik2 dah nie nak pau duit raya , aku start moto . dlm 1 kilometer aku merempit , ttbe aku nak pulas lagi skali . moto tu mampus .
LAHHHH SUDAH ! ARI NAK UJAN , MOTOR NIE BUAT JADAH APE PLAK NIE ? NAK MAMPOS PULAK ? , aku jerit atas motor . 
MUKE AKU TENGAH CUN NIE LAH KAW NAK MATI !  . haha , yang nie aku bkn cun pon , yelaa kan , dah aku pakai cantik2 , tbe2 mampos plak . Then aku pandang jalan , perghhh gile lah banyak kete . MANE GUA NAK TADAH MUKA NIE ? .Aku diam , pastu amek handphone , konon2 nak cover lah tu ade org call aku , jadi aku kene berhenti . kejadahnye , padahal moto dah mampos , aku bkak moto , minyak ade lagi . aku call abg aku . pehh berasap aku , tak angkat2 . pastu aku call laa sepupu aku , then aku mintak tolong abg die . yang abang die plak tgh accident sikit kat depan kubur cine nuhh , jadi aku kene lah tunggu . siap heret moto lagi . 
PONNN PONNN ! PONNNNNNNNNNN ! bunyi kete hon , banyak kali lak tu , mcm2 jenis kete . alahaii muka aku petak gile derr mase tuh . lambatnye sampai spupu aku nehh , bape org dah nek basikal lalu tepi aku . aku buat bodoh jelaa . yang aku taktahan malu nye bile...
MUNNNN ! .... Ade plakk yang tego aku , yang bangangnye , taknak pulak berhenti tolong aku . haha ! baru aku tahu aku famous sikit , hahaha ! *sorry aku syok sendiri . pahhhtu spupu aku sampai , diikuti bapak sedara aku . then siap bawak tali nak tarik motor aku , okayy okayy . aku redha , aku kemudiannye dibawak naek kete ke rumah spupu yang aku nak pegi td . maka aku bermalam lah disana , mak aku pegy tahlil kan . abg aku minyak moto abes , takpe takpe . aku redahhhhhhh je , haha ^.^ 
 p/s : nie gambo aku sebelum mandi tadi , bukti aku tido umah spupu aku . diambil oleh spupu tersayang . haha . nampakkk suci . HAHAHAHA!

so , semalam aku dapat pengajaran . laen kali check dulu moto nak pegy mane2 ,  jangan nak merempit sangat lah laen kali dan yang paling penting nak kuar tu mintak kebenaran ibu dulu . hahaha >.< k ah , cau dulu . aku ade banyak gambo nak upload tp malas lah plak , sebab aku lepak malam tadi dalam gelap  . lagipun aku tak pakai tudung kat kampung aku tuh , jadi mcm jantan sbb rambut aku gile pendek . haha , soo aku taknak lah bg gambo tak tutup aurat . haha , kbai . slm !

Tuesday 30 August 2011

Manusia dan Makanan

assalamualaikum , di dinihari nie , sayupp2 kedengaran bunyi anjing yang semakin lama semakin jauh , auuuuuuuuuuuuuuu ! semakin lama juga semakin banyak bunyinye , mataku mula melilau memerhatikan sekeliling ... WEII MUNIRA , KAU NIE TAIP CITE HANTU KE ? 
haha , okayy okayy aku gurau je tadi . laa ni , aku nak serius .  MATA AKU TAK BOLEH TIDO LAH ! ten-si-on aku ! ehh aku nak tukar lah , lang-si-on aku ! HAHAHA ! -,-
aku tadi pergi beraya tak banyak rumah , tapi ape yang aku perhatikan . Orang MELAYU nie memang kaya dengan makanan . lemang , serunding (aku teringat abang akemal pulak) , rendang , kari , lepat , burasak , ape segala jenis makanan lah aku pun taktahu . yang aku tahu memang sedap semua nya .
 dan satu yang aku tak respect adalah amalan pembaziran yang semakin berleluasa , APA KEJADAHNYE SEMUA INI ? * bangang pnye ayat . haha ! aku respect orang melayu masak sedap , cukup rase nya , garamnya , rempahnya (walaupun aku tak reti buat) . tapi serius aku tak suke amalan membazir . berdose kan ? kan ? sayang sayangku >.<
lagi aku tak suke mase open house , pffftttt ade berguni yang dibuang . MASYAALLAH , kalaulah sedekahkan kat kanak kanak di Palestin sane , mesti dorang gembira kan . aku nie berperikemanusiaan juga , ingat aku makan tak pk orang ke ?
JANGAN LAH KITA MEMBAZIR sayanggg ! dose satu , pastu dimurkai allah dan dibenci nabi . astagfirullah ! ambillah iktibar dari peristiwa perang yang berlaku di mana mana sekarang , tak semua orang dapat makanan . dan tak semua orang boleh beraya . sedarlah wahai manusia . ecehhh aku nie , hehe ^^ hmmmm kbai !
 
 

sketsa kembar tipah dan minah ; kisah merdeka raya ..

Maka tersebut lah kisah selepas minah pergi beraya bersama kembarnye , tipahhh !

baju pink tu tipah , baju bendera tu minahhh :)





semangatnye dorang nie nak raya+merdeka kan , baideweiiii SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 54 , Semoga kemerdekaan tahun ini memberi seribu makna kepada kita untuk terus mempertahankan negara ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

salam , haiii . nie doodles first saya . jgn kutuk sye sbb mmg tak cantik ponggg . HAHA ! just nak cakap selamat hari raya maaf zahir dan batin korang semua . jangan maen mercun tau raya nie xD nanti jari putus taknak tanggung ! tak mao ! tak mao ! dengar ckp akakkkk ~ hihi . kbai korang !

Sunday 28 August 2011

kisah lama pasal nak raya nie :)

hello , i am back ! 
first of all , ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARAKATU :p hihi .
dah dekat sebulan dah aku tak update nie , rindu la.. sape kata tak rindu ? nak nak blog tersayang yang comey loteyy mcm tuan die nie *yang nie gua perasan , haha ! bape ari je lagi nak raya ek , aku tak rase pape dengan ramadhan kali ini , terlalu cepat gamaknye kite berpuasa tahun nie kan ? ecehh mukadimah aku penuh bermakna gitu .
bile nak raya nie , aku teringatlah arwah abah . atok dan nenek sgale moyang , aku pun taktahu lah ape lagi istilah die kan . korang pun same , jangn tipu . dan teringat lah dulu kecik kecik men bunga api gune berus periuk tu , haha . sekarang dorg pun dah keje, dah beso memasing . huuu >.< ade beberapa story yang aku takleh lupe during raya nie .

kisah pertama , PLASTIK MERCUN ;
raya ohh raya , malam sebelum nak raye tu . aku taktahu la nie tahun bape , 5 tahun lepas kot . tgh syok maen pelita kat kampung aku , ttbe spupu aku yang gatal tangannye pergi membakar plastik sampah dengan menggunakan pelita tersebut , dan dititisnya plastik yang cair tuh atas tangan aku . weiiiiiiiiiii ! gile sakit weh , aku rasa nak simbah je gune minyak pelita tu kat muke die . tp aku try cool , marah sikit2 and buat buat bodoh kejap sambil cakap 'MATI KAW!' lalu ktawe setan , hahahaha ! (tapi parut tu dah ilang skg , tak sempat ak nak bls dendam )
kisah kedua , BUDAK TUA YANG BERAYA ;
korang nak tahu aku pnye tak malu , mse form 2 aku still ikot bebudak skolah rendah pegy beraya . dah laa badan tak serupa budak kecik , haha . aku ni mcm guard tour dorg plak .
ade sesetengah rumah tu...

Assalamualaikum makcikkkk ! ktorang dtg nak beraya !
Eh maghi maghi msok umah , jom makan dulu . kalau tak makan , tak dapat duit raya !
lalu.. aku dgn bebudak nie makan lerr kuih bagai nak rak , then kitorang nk balek .
makcik ! ktorang nak balik dulu ! tak sedap aaa kuih umah makcik nie!*yang ni gua kelentong lu org . haha !
meh meh bratur salam makcik ! . lalu aku beratur la , sbgai seorang yang agak besar dan tinggi , ak brade di kedudukan last la. smpai je turn aku ..
nie darjah brape nie ? aku jwb , tingkatan 2 makcik ! makcik tu jawab balek , sekolah menengah takde duit raya dah . salam aje . aku pun salam . buat maluuuu chek ajeeee , mse tu muke ak rase nye tebal sepanjang tembok chine kot , tp gua cool derrr , makcik tu yg langsi , haha ! ^^
muke aku yang td excited nak dpt duit raye ttbe bertukar , bebudak laen yang beraya dgn aku mula menganjing - anjingkan aku kat belakang !
booooooooooooooo ! padan muke kau takdpt duit raya . cilake dorg ! mcm shit prasaan ak mse tu . haha ! nyesal dtg umah makcik nie >.<
kisah ketiga , OPEN HOUSE ;
biase lah kan ,bile time time raya mula lah berlambak nak buat open house *rumah aku hari hari open house tauu , dtg jelaaa >.< . soo nak dijadikan citer , mse tu aku form 3 kot . budak kelas aku mse tu 38 org kot , takpun 40 . gitu laaa , memang ramai . 
raya pertama , settle ak round pegi beraya umah kwn aku  yg dekat2 .
raya kedua , aku mule berbasikal dgn membe2 aku sbb nk g braye umah kwn yg jaoh2 . *time nie aku tak beraya dgn budak kecik dah , takot kenangan silam kembali berdarah . hahahaha !
aku pegi beraya umah mamat ni . tuuuuuuuuuuuuut , huhu . dia buat cornflakes madu doe , ak tak percaya seorang lelaki buat sendiri . tp mmg btol pon . pastu dah blah dr situ , turun bukit sikit , umah mamat kedua plakk aku pegi . tuuuuuuuuuuuuttt (jejaka idaman kat skolah aku)
die nie ade adek , adek lelaki .  nakal lah jugak . mase tu ktorang tgh makan kuih raya , agaknya adek die nie ralit tgk kakak2 yang cantik depan die . tbe tbe ! jari die tersepit celah pintu , lah sudahh ! kakak2 yang cun nie nak ktawe pon ade , risau pon ade . haha , lalu trus lah bantu die nie . yang abg die nie buat slambe badak je kot mse tu , haha ! pastu budak nie yang ak xleh tahan tu , kakak2 tu pujuk trus die senyum lebar smbil tunjuk ggi rongak die . haha 
...............................................................................................................................................................................................................................
macam macam hal kan , beraya naek basikal dengan baju kurung lah , beraya dengan budak kecik la , biase lah aku . badan je besar , jiwa dan raga nie masih kanak kanak tahu . tak dapat dinafikan ZAMAN KANAK KANAK ITU MEMANG BEST ! haha ! ok lah , ak nk tido .next time ak update lagi , ak syg korg smua . kbai  . SELAMAT HARI RAYA !
 salam sayang , MUNIRA IBRAHIM :)