Saturday 15 December 2012

Cinta? Oh Noooo~


Assalamualaikum semua~ *alaa ala ustazah gitu*

kulat dah start membiak dah kat blog ni, takpe. aku try bersihkan harini yeaa. SEBELUM TU! apa motif gamba aku kat atas tu? hikhik, saja je aku nak tunjuk yg aku lagi comel dari Rosnah Mat Aris mahupun Izzah ombak rindu. jangan jelessss tau! *ayat mintak penampo betul* hahaha!

Ada berita baik aku nak bgtau korg semua. Aku kekal kat KMJ! result dah keluar. dapat 2.56 je. puas hati? the truth is finally revealed here. AKU TAK PUAS HATI doeeee! serius! kimia aku dapat B je. taikkk lah! sapa buat taik tu? aku lah. *malu malu kambing* hikhik, takpelah aku akan berusaha bersungguh-sungguh sem 2 ni. believe me! yang penting, kelas aku semua kekal! takde yg keluar pun even kelas ktorang paling gila-gila dalam KMJ ni. 4 flat 4 org :D yg lain ada yg sekitar aku and 3 above. dan satu berita baik, elaun masuk nanti sebab ktorg pointer atas 2.0. yg below 2.0, elaun kena tahan ceritanyaaa >.<

haaaa aku sejak kebelakangan ni asyik terfikir pasal someone je. entahlah kenapa. Nak kata jatuh cinta? mustahil lahhhh~ entah ah, aku pun pelik. sekarang ni aku ada ramai penasihat cinta. hikhik~ aku taknaklah! tunggu smpai abes matrik. baru nak confess. ecehh berangan lebih, nanti ibu marah aku baru tahu. selagi pointer tak above 3.0, malas lah aku berangan kuat sangat. belajar lagi penting kan. bak kata bio twitter si akim. ni priority nya. 

1.Allah
2. Family
3. Study
4. Friends

haha, tu je nak update. jaga diri! selamat malam :)




Friday 7 December 2012

Bertukar kuliah sem 2.

Assalamualaikum. First of all, sorry eh kalo entry kali ni tak brape nak menarik. Sbb ni second time aku edit blog gune handphone. Rase kecik sgt youuu! Eeeee gigit kang! Haha gedik kemain skrg aku ni.

Oh ye, semester 2 baru je start. Ahad lepas ade org belanja aku kfc, terima kasih Akim Alim. Hikhik, budak kuliah lama. Hmm kuliah lama? Cam sedih kan bace, ktorang dipindahkan ke kuliah 3 daripada kuliah 2. Sedih pada mulanya. skrg its already back to the normal. But turns back to unnormal bila ramai ckp "rindu lah kelas MD16, dimana ada MD16. Disitu ade kemeriahan". Rase terharu pulak. Dah masuk sem 2 ni lah baru nak kenal budak kuliah lama antaranye sue.. Bla bla bla. Sue ni cantik. Hmm aku ni peramah orgnye, tp knape sem 2 baru kita kenal? Ishh rase ngeksss sgt. Haha :D dan aritu pak imam tego woo sebelah akim, aku ttbe speechless. Ishh aku ni kan *ketuk kepala* bende dlm kpale otak mcm2 nak tnye. Haha :D

Tu lah, bila dekat buat bodoh. Bila dah jauh baru dirindui. Kenapooo? *bak kata miss ng* . Sebab manusia ada ego. Ego taknak tego yang lain. Hikhik. Terasa? Silakan. Haha kat kuliah 3 ni aku nk cite, ade budak pmpuan suke sendawa kuat. Tu yg aku tak brape berkenan. No manners at all! Rase nak cmpak je telur kat muka. Ishhh saba munira ;)

Tp budak kuliah 3 ni satu je aku perasan. Sangat pick up matematik! Hebaqqq ah. Tu je nak cite, nanti aku update lg. Bye <3

Friday 30 November 2012

Sedikit kata.


Assalamualaikum!
aucakk! ala-ala budak 5 tahun bermain di tepi longkang, aku memulakan mukadimah penuh manja ini. rasa nak tampar? sila tampar skrin pc anda sekarang. kehkeh! *sambil ketawa menyetan*
Lama tak nmpak aku update blog kan? lama gile kan. sampai ade org request suruh aku update blog. dlm hati aku . "heh, sejak bila gua pemes ni? smpai request gua update, mengalahkan retisss youuuu~". aku tahu aku akan dibaling dengan timun dan teloqq jika cakap cenggini kat alam realiti. haha!

Rindu aku? you can count on me like one..two.. three, and i will be there for you.. K ni tipu. haha aku pun rindu gileeee dengan dunia blog. seriously rindu, kenapa? sebab rindu lah. terlalu lama rasanya aku memendam ape yg aku nak tulis , tak dapat tulis dlm blog , lalu dinding sebelah katil aku menjadi mangsa. dasar vandalism! kalau Rosmah Mansur datang melawat bilik aku ni, mahu rambutnya gugur satu persatu. 

"Mun kenapa lama tak update blog kau? ".lalu aku menjawab penuh jujur.."aku busy study, exam nak dekat, aku takleh main-main sangat. sbb tu aku tak update. dah abes pekse aku update eh!". kata aku kepada seorang hamba Allah. Ye, secara jujurnya. aku sangat sibuk. study. nmpak macam aku ni kuat main-main. tp time serius, i will become really serious. "waddefak?" kata seorang hamba Allah. "kau penah serius ke Munira?". 

Persetankan kata-kata itu. nampak mmg aku selalu tak serius, selalu sangat. tp kalau aku serius, jangan dicari pasal. mahunya nanti kes masuk ke mahkamah tertinggi negara. K tipu. aku pun tak tahu ape aku merepek ni. aku update blog just nak tulis:

"Aku dah berjaya menghabiskan semester 1 di Kolej Matrikulasi Johor dan masih hidup lagi. haha!"
kbye :)




Tuesday 2 October 2012

Aku Masih Bertahan :)

Assalamualaikumwarahmatullah w.b.t. 

hari ni aku cuba entry ni nampak formal sikit sebab aku rasa entry- entry aku sebelum ni agak serabai sikit. haha. ermm, aku tak espect pun update blog ni sebab aku dekat makmal komputer ni. ahaks! dengan masa lebih kurang satu jam suku, dan kerja lab yang telah pun aku siapkan! (ehem, aku suka sains komputer!) apa lagi, bukak internet la kan. 

ermmmm, sejak sebulan kebelakangan ni, aku selalu muhasabah diri tentang 'kenapa sebenarnya aku masih lalai dan leka dalam mengerjakan suruhan Allah'?. hari demi hari aku cuba menanyakan soalan yang sama pada diri aku sampai kadang- kadang air mata ni, jadi terlalu mudah untuk menitis. 

Hidayah tak datang kalau kita tidak cari. ye dak? ala- ala orang ganu pulok. haha. aku cuba untuk membuatkan entry ni nampak seronok even dalam hati ni aku rasa susah hati. Dalam menjalani kehidupan mendatang ni, sering aku fikirkan. 

First ... 'mana hala tuju aku?' 
Second..'apa aku nak jadi lepas ni?'

nak tahu tak? aku memasang impian nak masuk kolej matrikulasi ni sejak aku form 4. semenjak tu, aku mula lah belajar 'bersungguh- sungguh' sikit walaupun hakikatnya aku pemalas dan suka main- main. Aku masuk aliran sains walaupun aku tahu aliran tu susah dan dengan keputusan PMR aku yang hanya dapat 4A 4B, aku tahu aliran sains agak tough bagi aku. 

Sejak sekolah menengah lagi aku kecewa, aku bukan pelajar harapan even aku selalu dapat top 5 dalam kelas. Aku kelas pertama tapi tak macam budak kelas pertama pun. aku tak pernah salahkan cikgu, aku tahu aku memanglah sangat nakal dan suka main-main. sedih kan ayat aku disitu? tapi sejak dulu aku amalkan, aku memang akan fokus dalam kelas je. semata- mata dalam kelas. homework? apa-apa yang membabitkan matematik, aku tak pernah siapkan. kalau rajin aku buat lah , tapi tak penah abis. kalau kimia or bahasa melayu english or yang selain yg membabitkan pengiraan, rajin jugak aku siapkan. aku sedih, kenapa math dengan aku tak pernah ngam? aku sedih. aku sedih.

hakikat yang paling nyata, aku suka math tapi aku tak minat nak mengira. aku tak complicated. aku rasa aku boleh je dengan matematik, tapi entahlah. satu jawapan yang pasti, aku tak bersungguh- sungguh. Masa trial SPM, biology dengan addmath aku gagal, matematik moden aku dapat D wehh. sebelum ni biology aku rasa sekali je gagal. itupun ujian. yang lain aku pass. masa trial biology, aku blur. tibe-tibe minat aku hilang kat biology. yang trial addmath tu pula, aku macam buat bodoh jela kan. sebab aku tahu aku akan failed. apelah aku ni kan, pasrah awal sangat....

so, bila dah dapat result mcm gitu. hidayah pun datang, 2 bulan lepas trial tu. mindset aku kata aku boleh lulus addmath. dapat E pun dah lulus kan masa SPM. aku target D addmath aku, dalam masa yang sama aku berdoa untuk melepasi D sebab aku nak sangat masuk kolej matrikulasi. so sepanjang 2 bulan tu, aku asyik buat math dengan addmath dengan harapan aku dapat result yg okay. and, alhamdulillah aku cikgu matematik moden dan matematik tambahan, cikgu suhaimi dengan cikgu razak yang selalu kata kat aku.. "Munira boleh....". Ya Allah, aku bersyukur sebab aku dikurniakan cikgu yang sebegini baik. oh ye, cikgu suhaimi tu tengah amek ph.D. insyaallah tak lama lagi cikgu akan ada pangkat Dr.

Bila SPM, aku buang jauh jauh perspeksi negatif aku tentang math dan physics. 'mereka bukan subjek yang aku benci tapi mereka subjek yang mencabar aku'. that it! dengan itu, aku pun 'bersungguh-sungguh' sikit masa jawab math, addmath and physics. and alhamdulillah, target aku lepas. i've got B for matematik moden, C for Addmath and C+ for physics. keputusan yang diluar jangkaan aku. dan apa jadi dengan Biology? alhamdulillah, lepas jugak la dapat C sebab tak membaca punya pasal.

Aku sedar otak aku bukan otak mengira, tapi otak aku otak menghafal. sangat- sangatlah sedar, aku orang yang bertangan seni kreatif tapi otak aku tak sebegitu kreatif macam tangan aku bila aku start mengira. aku di kolej matrikulasi mendapat aliran yang super tough bila aku dapat physics dan math yang digabungkan dan menjadi pegangan utama aku dalam aliran ni. modul dua. kalkulator teman setia aku. kertas graph dan A4 selalu menjadi peneman. Ya allah, ujian ini sangat- sangat menduga aku. sering aku menangis, Allah bagi aku benda yang aku tak suka, tapi dalam masa yang sama aku cuba dan terus mencuba untuk bertahan disini.

doakan aku mampu bertahan, dan aku akan cuba untuk terus bertahan. semoga allah izinkan aku untuk terus bertahan. dan paling penting, semoga aku dapat bertahan dengan math dan physics yang super extreme kat sini. bertahan, bertahan dan terus bertahan ......... 

Friday 21 September 2012

Assalamualaikum..
Jeng.. jeng... jeng... jeng...

lama gila tak update! lama lah sangat kan, (padahal aku rasa baru 2-3 minggu) . sampai tibe-tibe tadi aku terkejut blog dah bertukar wajah. A new look of blog! seriously aku tak suka tapi actually aku tak kisah pun :) 

aku tak paham cmane nak guna mende alah ni. erghhh >.<

hmmm aku pun tak tahu nak update pasal apa malam ni. sebab aku tak aktif facebook and twitter. aku dah unactive sekarang. so, aku taktahu nak guna medium apa utk luahkan perasaan yang bercelaru dihati ni. maka dengan itu, hamba... gunakan blog sebagai jalan alternatif. 

konon lah dulu kan aku penah kata taknak bukak facebook, but finally aku bukak jugak. but for this time, aku telah berjanji dengan sorang abang, dan aku yakin pada diri aku yang aku takkan bukak facebook. maybe for about 2 months? tak tahu.

Aku tertarik dengan kata- kata ni. 
"Mun ni generasi Y yang ke arah IT tapi tak seimbang dari segi rohani, intelektual dan fizikal"

mula-mula aku dengar ayat ni.. i was like.." who are you to judge me?" . sejujurnya, takde orang lain yang berani tego 'kesilapan' aku melainkan ibu, abang, dengan ayong. dengan mereka bertiga ni . AKU KALAH! aku melawan tapi pada akhirnya aku kehilangan kata-kata. pssttt, malawan bukan yang kurang ajar tuhh!

aku bukanlah manusia yang suka ditego. aku nak aku je yang betul. sampai kawan-kawan aku menyampah nak berdebat dengan aku. lastly they will said :

"yelahhh mun, kau aje yang betol~ aku kalah"
bila dengar ayat ni, aku tersenyum puas. AKU MENANG! opsss, sorry kawan- kawan :D

bila aku muhasabah diri, tahu tak apa yang aku fikirkan?

Kadang- kadang kita kena mengalah sebab bukan kita je selalu jadi yang betul.

ayat aku skema? ehh lantaklah kan, sepanjang selepas alam persekolahan ni, aku banyak muhasabah diri. tapi ade beberapa bende yang aku tak lagi berubah.

1) sembahyang selalu lewat.
2) fikiran macam budak tak matang.
3) terlalu memikirkan orang lain sampai tak fikir pasal diri sendiri.
4 ) percakapan terlalu kasar sampai mengguriskan hati dan perasaan orang.
5) terlalu mudah rasa cepat berputus asa dan rasa diri ni bodoh daripada org lain.

Like a pyramids! ohoooo~ square pyramidal :D

"Kau tak malu ke munira ibrahim mengaku semua benda ni?"
"apsal kau suka dedahkan keburukan kau daripada kebaikan kau?"
"Apa kau takde perasaan?"

meh aku habaq kat hang sesuatu....

"aku nak berubah ke kau yang nak berubah?"
"apa faedah cerita kebaikan, nak suruh orang puji? aku rasa kritikan lagi membina semangat"
"kalau aku takde perasaan, aku takkan rasa nak berubah"

perubahan itu memakan masa, setahun... dua tahun... sepuluh tahun... entah...
itu semua, hanya allah yang tentukan :)

assalamualaikum w

Thursday 6 September 2012

Di sebalik senyuman itu.


ehemm ehemmmm. assalamualaikum ! It's been quite some time I didn't update my blog since I was very busy prepared for my examination. hmm for almost 2 months kot ? entah , tapi aku pasti ada yang rindu dengan blog aku ni . and the truth , aku pun rindu sehh nak update blog. rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua. maaf zahir dan batin. 

my stress level had gone up so high and i can't handle it ! aku menangis semalam , dan one thing really amaze me , kawan aku pun menangis jugak . dia siap call mak dia lagi tapi aku... biarlah aku menangis sendiri . semalam mcm stress gile , mcm tepu gila otak . naik cuti raya , kelas malam banyak lah pulak . aku tak nak lah mengeluh but seriously i'm really tired . 

"belajar mana ada yang senang"

aku ulang- ulang ayat ni bila aku cuba muhasabah diri . kalau boleh , aku taknak orang tahu pun yang aku sebenarnya sedang bersedih hati , gelisah .. aku nak semua orang tahu aku happy disini. senyum selalu , takde tekanan , always cool . but di sebalik senyuman tu , aku menangis . aku sedih , aku rindu kat semua orang , kadang- kadang aku terfikir , mana pergi semua kawan aku yang ramai disaat aku memerlukan dorang ? aku akui kawan- kawan kat sini sgt supportive . tapi , aku rindu sokongan kawan- kawan lama. adakah sebab aku terlalu busy , dah tak bape nak contact sgt dgn dorg , dorg semakin lupa aku ? 

ahhhh , this is really negative feeling ! shit that ! 

Aku senyum... sebab aku taknak orang tahu betapa gelisahnya aku.
Aku senyum.... sebab aku taknak orang susah hati pasal aku.
Aku senyum... sebab aku nk semua orang sekeliling aku pun senyum.

AKU SENYUM SEBAB SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! 

I love you . that all , kbyeee :)



Friday 13 July 2012

Terindah

Terindah

Assalamualaikum semua , hari ni terasa nak menulis something sambil layan lagu paramore and skrillex ni .my favourite type of music ^_^ haha . aku baru balik dari kuliah matematik ni , kesian aku kan ? dah laa cikgu tu speed , malam ni pulak ade kelas tambahan lagi bertambah kelajuan dia , nasib baik matrices je . senang sikit .
Semakin hari kat sini , aku tak rasa dah nikmat keseronokan melepak . apa yang aku rasa , hari demi hari . aku dah mula rasa keseronokan belajar . lesson is fun ! yeahh , Berjaya jugak aku set bende ni kat kpale hotak aku . korang ade ? syuhhh syuhh ~ haha !

Apa kaitan dengan terindah , hmm aku pun taktahu kenapa aku pilih tajuk ni , hari ni merupakan hari last bagi bebudak PLKN aku . dorang tamat perbarisan hari ni , aku janji nak datang tp I just CAN’T . heee best la kan ! hari ni aku excited sepanjang hari , and in the same time aku sedih . kawan datang dan pergi , memang aku dah dapat ramai kawan baru kat sini , tp kawan yang lama tetap dalam ingatan !!

Memang semakin lama aku semakin jarang mesej dorang , ketahui lah sahabat- sahabat sekolah ku , sahabat PLKN ku , senior ku , junior ku . aku busy gile . kadang- kadang memang takde masa nak tengok handphone pun . cehh ayat bajet famous je ,puihh laa munira ! haha tapi betol lah . aku tak kata lah aku famous , maybe sebab aku peramah lah kot .

Hari ni terjadi 3 benda dlm hidup aku yang menyedarkan aku tentang kepentingan ‘mempunyai kenangan terindah’  first , hari ni aku seakan- akan dapat hidayah , belajar itu seronok . (background music : FUN- we are young) haha . siap ada background music lagi , kasi feeling okay . hahaha ! apa yang best nye noksss ? belajar mampu mencipta kenangan terindah ke ? hahaha disini aku nak kaitkan dengan peristiwa kedua yang berlaku harini , hari dimana pelajar batch lepas kat matrik yg dah habis dapat result UPU , alangkah INDAH nya dunia sbb dapat masuk U kan ? wahh tahniah kat abang- abang senior , kakak- kakak senior . aku tak spesifikkan kat sape- sape lah , takut ada plak yang memandai meng’skandal’kan aku plak . hahaha  *Azlan dapat UTM bhaii , kejuteraan petroleum . mesti cikgu rifaizal bangga , and aku rasa cikgu rifaizal lagi bangga kalau aku ni dapat masuk U , dengan kos engineering . *puihhh ! berangan lebih . haha yelaa sebab aku kan sorang je dalam kelas dulu yang tak minat fizik tapi boleh go dengan fizik . haha ! yeaa , aku highlightkan perkataan TAK MINAT tu :D 

kat sini aku dapat modul 2 dimana fizik adalah pilihan aku , tapi aku dengan fizik gitu-gitu je ,just follow the flow je lah , aku seorang peminat matapelajaran kimia . sapa sekelas dengan aku dulu tahu lah kan . tak pernah eksperimen tak buat masalah . mata masuk potassium nye , bibir gatal kena asid HCL nye . hahaha ! aku takkan lupa lah , INDAH sungguh kenangan tu .♥♥♥ huhu , kat sini pun cikgu praktikal tu nyampah kat aku sbb aku banyak tanya . hahaha ! takpe cikgu , saya akan buat cikgu ingat kat saya , macam mana cikgu kimia sekolah menengah ingat kat aku .

Then bende ketiga yang berlaku harini berkaitan dengan aku cerita first tadi la , pasal hari last PLKN . aku kat PLKN tak lama , genap 2 minggu tapi aku rasa hampir semua budak dlm tu kenal aku . sebab ape ? korang nak tahu , satunya sebab aku volunteer , aku tak terpilih pun masuk PLKN , tp aku volunteer . cehh , orang taknak tapi aku nak . best kottt ~ second sebab aku jadi pengacara kompeni delta . ihiks , ni pon aku volunteer jugak nak jadi pengacara untuk KKJ .pembentangan kontrak kita janji . tetiba aku jadi pengacara sporting yang amat malam tu . ahaks ! siap berinteraksi dengan lebih kurang 400 orang kot . hihihihihi :D kat KMJ aritu ttbe ada budak tego aku , masa aku kat café . “ehh , ni mun kan , plkn aritu ?” “sape ni ekk ? tak ingat laa .” “ alaaa ni budak PLKN laaa jgak , kawan nasuha tuu .” aku pun senyum sambil garu kepala . haha dah aku 2 minggu je dlm plkn , nak ingat nama mmg susah ahh , haha ! aku akan ingat kenangan TERINDAH ni !! ♥♥♥ sumpah rindu dengan kawan kelas aku , kawan PLKN aku . semua aku rindu .
Tu lah , peramah sangat pun susah , pendiam pun susah . haha kalau aku diam , semua orang susah hati . lahh sudah , kadang- kadang gua nak jugak feeling ayu . innocent gituu . ape ahh lu orang , suka tengok gua hyperactive je . hahaha !

Conclusion .

HIDUP TAK SELALU INDAH , TAPI YANG INDAH TETAP HIDUP DALAM KENANGAN .
Kbyee 

Saturday 7 July 2012

Impian, dorongan dan harapan .

*fuhhhh , fuhhhhhhh ~* sambil tiup habuk kat blog ni . puihhhhh ! ludah sikit then lap lap skrin . engkorang adooo ? *sambil menunjuk skrin dan blog yang kian bersinar lagi bersih* . HAHAHA !

assalamualaikum semuaaaaaa :)

hahaha ape jadahnya aku ni ? takde keje ke nak ludah ? LOL , hahahaha ! okay , memang aku tengah takde keje buat masa ni , tapi dalam masa yg sama keje tutorial yang berlambak , assignment , soalan , program itu ini . haihhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ *mak aku cakap tak baik mengeluh panjang tau , jangan ikut aku ni , ni aku tulis je . haha*

rasanya adelah dalam 2 minggu aku tak update blog ni , bukan apa . aku busy , takde masa . 24 JAM TU TAK CUKUP >.< hmm. aku nak cakap yang aku memang stress tapi nak buat cmana , itu adalah tugas aku sebagai seorang pelajar . engkorang adooo ? hahaha :D *sambil lambai tangan ala- ala rosnah mat aris*

done with muqadimah . 

harini topik macam agak berat , aku pun tak tahu kenapa aku pilih tajuk ni , impian , dorongan , harapan , dan satu lagi aku tambah : KEJAYAAN . seperti yang korang telah tahu , aku dah lebih kurang sebulan lebih dah kat matrikulasi johor ni , program yang membuatkan aku sakit otak , sakit hati dan sakit segalanya . berdosa aku fikir negatif camni , actually aku nak highlightkan ni : BIAR BERSUSAH- SUSAH DULU, BERSENANG- SENANG KEMUDIAN. aku sedaya upaya mengubah fikiran aku kat sini menjadi positif sebab aku tahu pada akhirnya kita akan berjaya jika kita bersusah- susah dahulu . *seriussss bhai aku , haha !*

bukan senang nak tengok aku serius , aku serius bila belajar je . *serius laaa sangat ~ tangan ke dada, mata ke atas . haha* . 

start dengan impian , apa tu impian ? impian tu cita- cita . kalau ada cita- cita , mesti ada dorongan kan ? kalau  ada dorongan , insyaallah harapan untuk kejayaan tu akan menghampiri 100% . tak gitu adik- adik semuaaaa ? kan kan kan . kau tengok akak mun kau ni , nampak memang gila- gila tapi aku ada masalah jugak . keluarga aku adalah orang pertama di belakang aku yang sentiasa bagi dorongan kat aku . selain tu ada beberapa orang yang aku jadikan sumber inspirasi jugak jadi dorongan kat aku .

masalah sentiasa datang dan datang , kalau tak tahu nak mengatasi . probability untuk mendapat penyakit mental adalah 98.99% . so , kalau ada masalah , tak salah luahkan kat orang yang kau percaya sebagai sumber dorongan kau . aku sendiri cerita kat abang aku , kakak aku dan paling utama mak aku . bende- bende ni bila kau buat , kau akan rasa dihargai . tak perlu malu . macam aku , aku penah menyatakan angan- angan aku kat abang ijad untuk pergi ke auckland , NZ . angan- angan lebih kurang dengan impian . kau boleh capai kalau tindakan selaras dengan impian korang tu . BERANGAN TAK SALAH , TP MESTI SELARAS DENGAN TINDAKAN UNTUK MEMBUAHKAN HASILNYA :)


he gave me a lot of inspirations.rasanya aku kenal dia dari aku form 4. muka sebenar dia handsome tau . hihi :D dia banyak motivate aku dari dulu . dia jugak ajar aku supaya jangan benci sesuatu subjek tu . masa aku nak spm pun dia motivate aku . and aku baru tahu abang ijad ni sebenarnya pelajar Harvard. selama ni aku memang tahu dia belajar kat luar negara, tapi baru ni aku tahu dia belajar kat Harvard :) *mun tabik lahhhh kat abang ijadddd  , thanks for being as my brother :). * 

 yang atas ni nasihat dari abang fakhar , huhu . kalau dak KMJ maybe tahu . bebudak aku panggil abang handsome and comel . *masalahnya handsome ke ? comel ke? * . ahak , aku gurau je ! jangan marah abang . aku menangis waktu baca ayat ni . ayat ni betul- betul bagi aku dorongan untuk belajar dan mendekatkan diri dengan allah . aku berubah bukan sebab abang fakar ni , tp sebab allah dan terima kasih kat abang fakar sbb bagi aku kata-kata ni . i was like.... ya allah , ampunkanlah aku :(

hmm so secara kesimpulannya , impian perlu diiringi dengan dorongan dan harapan . insyallah akan berjaya . dan dekatkan diri dengan allah . yang ni , aku tengah usahakan lebih banyak dan aku harap korang buat jgak . kita sama- sama buat dan insyaallah sama- sama berjaya . AMIN ~

p/s : sorry panjang lebar entry ni , peaceee :) doakan aku berjaya .

Friday 22 June 2012

Happy Birthday, Ibu

SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI~ SELAMAT HARI JADIIIII IBU. SELAMAT HARI JADI ! YEAYYYYYY ! *sambil tepuk tangan depan lappy dengan penuh semangat*


Assalamualaikum readers , haters and all .*cewwahh nak sangat ada haters , alaa retiss pulok , haha !*, hmm i haven't blog quite some time since i'm here . KMJ .  day by day , me.... arghh , it's hard to say . i even don't know my feeling . bercampur~ but, i'm totally tired here :(

today is 22/6/2012. my mom's birthday ! Puan Rosnah bt Bachik, this is my first time i just wished her birthday just via my handphone :( i miss my ibuuuuuuu !! but i have to stay strong here without her, and alhamdulillah ibu always support me. thanks ibu ! Ibu , you are my everything. everything that i can't get from others. 

HAPPY BIRTHDAY , IBU . MAY ALLAH BLESS YOU. I LOVE YOU FOR THE REST OF MY LIFE :')

that's all. i can't afford for crying again. let me smile . yeahh SMILE . 


p/s : i'm sorry for my broken english , Oh My English ! hmmm ~ haha :D




Thursday 7 June 2012

Hari- hari berlalu di KMJ :)

Assalamualaikum semua , apa khabar ? harap you ollllsss semua sihat sokmo dehhh :D lama kan aku tak hadap blog ni ? nak tengok pun takde masa . untuk pengetahuan korang semua , aku dah masuk kolej matrikulasi johor kat tangkak . kolej ini lebih dikenali sebagai KMJ . peaceee ! dgr macam best , haaa sekali korang masuk sini , baru korang tahu yang addmath kat sekolah tu lagi senang dari addmath kat sini . huhu *sekadar iklan,bukan nak menakutkan, tp betul* haha .

terima kasih kepada akak dan abang ipar aku yang sanggup turun dari perak untuk hantar aku pergi belajar ni . terharu aku , sehari sebelum aku pergi pun sedara aku dari kuantan turun and sanggup tidur umah aku . terharu memang terharu aku . pagi 28/5/2012 tu . akak aku , abg ipar dengan ibu aku je yang hantar aku , abang aku tak pergi hantar sbb dia keje . tp aku akan ingat pesanan akhir dia sebelum dia pergi kerja " blaja baek2 dekk~.." sambil tepuk2 bahu aku . sungguh prihatin abang aku . sedih woo aku abang aku tak hantar aku .

haritu , KMJ memang sesak gila . untuk pengetahuan korang , aku dapat blok E , tingkat 2 . so far soooo good ! aku dpt roomates yang gile- gile and sangat prihatin . ktorang semua boleh ngam lah empat- empat orang . bilik aku ni bilik anak bongsu semua nya , haha . and guesss what , semua roomates aku pnya nick name diakhiri dengan sebutan -RA . nora , era , syahira and aku sendiri , munira . hehe ! 

family aku balek dan terus berangkat ke perak dalam pkol 11 kot , aku tak ingat . memang sedih gila aku masa tuu , yelaa aku kan anak ibu kannn . aritu seminggu je dok dengan ibu lepas keluar PLKN .  aku try pk positif , sepanjang minggu orientasi . segalanya berjalan dengan lancar , tp bila malam je , masalah aku ialah RINDU . aku akan menangis setiap malam sebab teringat family terutamanya ibu dengan teringat kawan- kawan aku kat mersing . aku rindu sangattt ~ 

ehh , btw aku dapat modul II , sains fizikal . kat sini ada 3 modul . modul I(MS) - sains hayat (math, kimia, bio, fizik) , modul II (MD)- sains fizikal (math, fizik , kimia dengan sains komputer) . modul III (MT) - sains hayat (math , bio ,  kimia and sains komputer) . aku MD16 , kiranya aliran aku ni macam budak2 engineering punya laa sbb ktorang tak amek biology . aku pun xtau cmana aku leh sesat kat modul II sedangkan aku amek biology dulu , tp maybe sbb aku amek lukisan kejuteraan dulu , tu yang terlepas kat modul II . 

jadual kat sini pack gilaaaa terutama untuk budak MS . jadual dorang full , macam aku ada rileks rileks sikit , masuk kuliah , tutorial and buat amali . math macam addmath , chemistry guna addmath , semua addmath . macam pelajar U dah kau tahuuu aku kat sini . mcm kelas aku , hari khamis je paling pack . jadual full , dr pkol 8 sampai 5 , rehat dr pkol 1 sampai pkol 2 je . btw itsokayy je bagi aku . hari pertama masuk kuliah , aku mcm shock sikit . "EHHH , GILE LAJU BELAJA KAT SINI .. kalau macam gini mati ahh aku.." , but ada guna kelas tutorial tu , dia recover balek apa yg kita belaja kat dewan kuliah . ye ahh , dlm dewan kuliah ada 100++ orang , kalau tutorial . ada budak kls aku je 20 org . 8 lelaki and 12 pmpuan ( bila2 masa boleh tambah atau berkurang sbb ada yg tukar modul) . insyaallah aku boleh .

so far , alhamdulillah aku boleh je terus hidup lagi ni . aku dah setkan fikiran aku untuk dapat pointer yang baek . aku memang kena rush banyak laa sbb aku pelajar PST (program satu tahun) , ada yang PDT (program dua tahun) , yg tu rileksss sikit . huh ! tp takde maknenya rileks kat sini , bilik tidur tu tempat persinggahan je . semalam aku study group memalam sampai pkol 11 dengan classmate aku , budak laki laa pnya idea . mujur budak lelaki ktorang sempoi2 je . tp otak , perghhh . gua cakap , matematik dorang cepat btol pick up ! tp sampai kelas kimia , bi , mula laaa dorang cam ngantok . hikhik *memandai je aku* haha , btw ni je masa yang aku ada untuk update blog . pasni korang akan jarang nmpak muka aku la , aku penat sangat . aku kena manage time btol2 kat sini . hmmm sampai sini jelahh kita . nanti aku akan update lg , aku ni tak tahan air mata aku asyik mengalir je . semalam aku demam , maybe sbb tekanan yang amat sangat , tp roommates and classmates aku sangat prihatin kat aku . bg panadol , nak teman g hospital . takpe , selagi aku larat , aku okay je . MUNIRA KAN KUATT ! hehehe >.<

hari- hari disini berlalu begitu pantas , doakan aku disini . assalamualaikum ~

Thursday 24 May 2012

Aku dan PLKN :)

assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaa . whats uppppp ! heyyo my super loovy readers ! hmmm , dah lama sejak aku update blog buat kali terakhir , kalau tak memey aku malas . tp memandangkan pembaca2 setia blog aku asyik tanya je bila aku nak update blog , so aku pun update lah hari ni . KHAS UTK KORANG ! 

for your information , aku pergi PLKN di Kem YPJ , Sekakap Mersing untuk 2 minggu . so that , lama jugak lah aku x online . haha , aku mula-mula pergi untuk tolak tawaran , last-last aku yang masuk plak . btw , aku disana jadi sukarelawan . mcm korang yang pergi tu , korang memey dapat . tp berbeza dgn aku , aku x dapat and then akak aku mohonkan untuk aku . hihi , jarang jumpa pelatih sukarela macam aku . 

first day , aku pergi dgn mak aku . cehhh rempit naik motor dr taman aku ah , aku bawak mak aku . memang tak bawak pape pun , prepare pun tak . datang kem pun sbb nak ckp ... "SAYA NAK TOLAK TAWARAN NI !" . Dah sampai at sana , pe bende ntah org tu ckp sampai aku berubah fikiran . then aku tros daftar , pastu ingatkan nak balek umah jap nak packing barang2 . last2 aku kena tinggal sorang2 kat sana . soooo sad . hari tu jgak , mase aku xde kawan lagi . handphone aku jatuh dalam jamban kat PLKN tuu wehh , tp aku mcm watlek watcool je ah , kebetulan plak memory card handphone tu aku letak dalam MP3 player aku . jd aku tak ralat sangat .

hihi , kat sana best sangat ! aku pnya ID : Delta76 , singkatan aku D76 . hahaha , kat sana aku jadi pengacara kompeni aku masa pembentangan kontrak kita janji , aku pon mengacara spontan then sempoi je an , haha . tu ttbe aku mcm jadi famous kejap . hahaha , ADAKAH ANDA BERSEDIA ? sebut YAAAAA~ tu tagline aku laaa kat sana , MUN pnya tagline . kat PLKN tuu best laaa , sape kata tak best memey tak bijak . dia bknnya berkawat sepanjang masa pun , ktorang ada kelas . dan paling penting , aku yang tak pernah kemas katil ni kena kemas katil kat sana . hehe :)


ni budak dorm J yang gila- gila . hehehe ! aku , poja , shira , elina , keciq , debbie , yen dgn sherry . peaceeee ! semua kompeni DELTA :)

AUCAKKK ! ni nak buat bendera kompeni :))
 semua masa prepare untuk KKJ :)

yeahhh , kami pergi juga kembara mahkota johor <3

ni kat dewan jubli intan , keciq , aku , mak cik , emma, debbie , sugu , yen .


hari ahad lepas aku datang melawat sbb hari jumaat aritu aku balek . aku kat sana genap 2 minggu tau . start 3 mei sampai 18 mei :)) ni gambar2 masa aku dtg melawat dorang :)

ni ferry satria wibowo , tinggi gila ah mamat ni . hhe , nama dia unik kan ? dia ketua kompeni ALPHA :) sama kelas dengan aku , kelas PK4 . so kami kawannnnn :)


sebelah kiri aku tu nama dia nasuha , kelas aku gak PK4 . YE YE ORRRRR KE TO TOLLLLL ! :)

 bersama fekah tersayang , wakakaka ! :D
 Ni penolong penghuluwati , fyka . tp dia dah balek kot sbb jari kaki dia patah . dia sama kelas dengan aku .
ketua kompeni aku , WAFIIIIII ! :)
 ehemmmmm ehemmmm :D

 ni amla , terror gile menjugel bola . kelas aku gakk ! PK4 !

 ceria selaluuuuuu bersama emma , syira and durra :D
 ketua wirawati delta , ahaks ! tekanan ke kakkkk ? >.<

 comel lettewwww ~
 lepak hari ahad , men gitar sambil bergalak- galak . hehe :)
 buddy merangkap kawan terbaik aku kat sana . MAK CIK a.k.a ellina . peaceee !
 me and keciq , peaceee yaw !
 aku and MC surau . ehemmmm :D

 panjang and keciqqqq . senyum sokmo doeee !
 muka suci lagi bersihhh . guna lah SAFI RANIA ~ hahaha !

 intai ape wafi oiiii ? haha
 kompeni DELTA yang happy selalu :)

hmmmm , btw best gila ah kat sana . i'm really enjoyed it ! nanti kalau ada masa , aku upload lagi yea gambo . hehehe . next week i'm going to matrikulasi . doakan aku tau ! heeee ~ 

P/S : JIKA ADA JODOH , KITA JUMPA LAGI ~



Thursday 26 April 2012

Matrikulasi ?

Hmmmm , assalamualaikum semua . harini aku macam takde mood aje aih , semalam kemain happy tp pas malam td aku macam rasa sedih sangat . actually semalam is 25 April right ? bersamaan dengan hari keputusan semakan ke matrikulasi . pagi tu dalam pkol 2 pagi , aku tak tido lagi . aku online lah twitter using my phone , pastu kat timeline kecoh pasal boleh check guna sms je . jadi aku pun off la twitter , then aku pergi kat try laa send mcg tuh . sebelum hantar tu aku duduk fikir jap dalam 5 saat , then terus aku tekan send . sesaja je aku try send . dalam 3 saat kemudian aku terima text mcg dari 15888 . 

ANDA BERJAYA. PROGRAM. MATRIKULASI 1 THN:SAINS. TEMPAT:KM JOHOR

haa gitu lah lebih kurang , aku happy sampai tak terkata . melompat aku ! haha then terus aku kejut ibu aku , selalu ibu aku marah kalau aku kejut dia tidur tp time ni die terus bangun . sanggup amek cermin mata dia nak baca mcg tuhh . pastu ibu aku senyum- senyum sambil cakap .. tahniah dekk ! aku pun macam happy gila lah kan , terus aku tidur pkol 4.30 pagi aritu dek kegembiraan yang melampau.

petang semalam , aku dengan kawan- kawan aku pergi CC . saje laa nak check an , aku pergi dgn 2 org kawan aku . yang sorg lagi datang lambat . dorang check form 6 , aku check matrik . dorang dapat form 6 , tp x dapat matrik . aku pulak kata aku dapat matrik tapi tak dapat form 6 . aku kata takpe laa kat dorg , kan boleh buat rayuan . pastu lagi sorang kawan aku cakap kat aku , dalam nada perlahan : untunglaaaaa ~ . huehh ? untung ? aku semacam sedih je masa kawan aku cakap macam tuu . 

pastu aku lepak dengan membe aku yang 2 org tuu kat umah slh sorg daripadanya . dorg asyik cite pasal form 6 je . btw aku happy untuk korang . tp dalam masa yang sama aku sedih untuk diri aku . geng- geng semua dapat form 6 . dapat dorg pergi sekolah sesama , dapat lagi lepak sesama . dapat lagi study group sesama . itu laa yang ada dalam fikiran aku semalam . dlm kelas aku , setakat yang aku tahu . 2 orang je dapat ke matrikulasi . tu pun sorg lagi dapat aliran teknikal , so tak sama dengan tempat yang aku dapat . jadi aku sorg je laaaaaaaaaa ! sedih wokk , malam tadi aku menangis . sbb terfikirkan bende tu ahh , aku macam nak pergi tapi macam tak nak tinggalkan kawan- kawan aku . entah lah , aku tunggu tawaran maktab and UPU lagi .

bila dapat tawaran ke Kolej matrikulasi Johor ni , sekarang perasaan aku macam berbelah bahagi . sedih wehhh . aku terpaksa pergi meninggalkan kawan- kawan aku . sedih sedih sedih ahhhhhhhhhhhhh ! :'( tapi macam nak pergi . ahhh entah ! aku ..........................


p/s : jaga diri semua sahabatku T_____T walau dimana aku berada , aku sayang korang semua .


Saturday 21 April 2012

Back To The Basic :)


TAHNIAH JIKA ANDA BERJAYA MENGHABISKAN BACAAN INI ! AKU CABAR ^.^

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua readers semua . cewwahhh ayat nak formal lah pulak kan . haha takde la , hmmm ntah harini aku tergerak hati nak update blog pepagi buta camni . bukannya apa , tadi aku baca entry kawan aku yang buat aku seram sikit . semuanya berkaitan kematian . 

harini tajuk entry BACK TO THE BASIC . apa tuhh ? hmm kembali pada yang asal nya . aku pun tak reti lah nak explain basic tu cmane . mungkin entry ni macam ada kaitan dengan agama sikit , tapi sekali lagi aku tegaskan aku bukan ustazah yeaaa , aku cuma insan allah , hamba biasa yang cuba untuk sampaikan sedikit ilmu . cehhhh ayat aku ni >.< 

aku nak bercerita pasal perubahan . jyeahhh PERUBAHAN . kenapa manusia berubah ? why why why ? pertama  faktor persekitaran , kedua faktor usia dan yang ketiga adalah disebabkan fikiran yang semakin matang . itu berdasarkan apa yang aku perhatikan lah . jangan salahkan aku kalau silap , bantu aku kalau aku salah .

TAK SALAH NAK BERUBAH 
TAK SALAH NAK CUBA UNTUK BERUBAH 
TAK SALAH PUN....

hmm , tapi biarlah berubah ke arah kebaikan . negative to positive :D positive to more positivee , Peaceee ! 

apa kaitan dengan back to the basic ? disini aku dah nak rumuskan kita boleh berubah tapi pada akhirnya kita akan kembali kepada basic . kita akan merindui diri kita yang dulu . basic kita ialah bayi yang suci tanpa sebarang dosa . kita mesti nak jadi macam tu kan ? seriously nak kan ? tapi mungkin tak dapat , apa yang kita boleh buat ialah berubah , berubah , berubah menjadi lebih baik dan mengharapkan keredhaan Allah . that's it ! itu yang aku nak cuba sampaikan . dari tadi aku fikir nak buat ayat cmana . haha ! aku harap korang amalkan lah , berubah untuk kebaikan bukan berubah untuk orang lain . 

and cakkk ! here i give you DOA MASUK SYURGA DAN DIJAUHKAN NERAKA .

p/s : maaf , aku bukan ustazah :)



Monday 9 April 2012

Kisah Zaman Kanak- Kanak Aku :D

Heyyo assalamualaikum hyeee semua :D aucakkk ! *kenyit mata kat korang* hahaha ! comel tak comel tak ? erkk , gedik okay >.< okay lah harini nak cerita sikit pasal masa kekecik . sbb aku tertarik dengan entry abg Aizat tuhh ha . nak baca klik kat nama okay :D

KISAH 1 
U+21CA.svg

hiks . comel je arrow tu . k start dari kisah pertama . aku punya rumah dekat dengan kampung . hmm dalam 3 km like that sampai lah kan , tapi rumah aku kat bandar . haha , so selalu lah aku pergi kampung mase kekecik tuhh . actually kat kampung aku tu ramai gile lah sepupu yang lebih kurang je umur dengan aku . nak dijadikan cerita . satu hari , aku main la masak masak dengan sepupu aku , biarpun aku agak tomboy masa tuhh , main masak2 tetap ada . haha .tak silap aku masa tu aku darjah 3 kot . haha , cehh konon bawak macam tempat BBQ tuh kan . 

"weyhh , nak masak mana ni wehh?" . aku tnya kat sepupu aku .
"jom kat depan tu , ikan sapa nak sponsor ?" . sepupu aku tu tnya .
"hmmm , ikan ? dah siap dah letak kunyit . ni haaa *tunjuk bekas ikan ada letak kunyit skali* . " . jawab sepupu aku lagi sorang . 

haha , tak silap masa tu kami main masak2 5 org je kod . cmpur laki perempuan . hiks ~ then kami pergilah ke destinasi seterusnya , hutan depan rumah . haha ! dan memulakan permainan berBBQ tuhh :D aku tak main la wehh permainan olok2 , nak main biar main btol . hahaha ! then masa tengah bakar bakar tuh , aku nmpak lah anak ayam melintas depan aku dengan mak mak dia . 

'phewwwwww ~!' dengan pantasnya tangan aku membaling durian ke arah anak ayam tersebut . durian tu kecik gile je . tetiba anak ayam tu rebah ke bumi , senyap dan tak gerak... aku ??

"MAMPOS AKU WEHH AYAM MAK PESAH NI MATI!" jerit aku kat spupu2 aku .*sambil belek anak ayam tu. aku cuaklah kan . aku ingat nak bergurau je dengan anak ayam tu. pastu aku pandang mak ayam tu , pandang aku dengan muka tak puas hati jea . AYOK MUNIRAAAA , AYOKKKK ~ !sepupu aku dok menyakat aku . aku dah lah cuak gilaa kan . haha. then aku kebumikan mayat ayam tu kat pangkal pokok besar , siap sedekahkan alfatihah lagi . pastu tiap2 minggu dok melawat siap siram air lagi. *haha , skemaa lagi masa tu*

guesssss what ? sampai sekarang mak pesah xtau anak ayam dia mati . haha !

KISAH 2
U+21CA.svg

aku ni nakal , seriously nakal . selalu ikut arwah abah pergi memukat and memancing lepas arwah abah abes keje kat office . k that why laaa aku membesar jadi macam kasar sikit . haha . masa dulu tuuu aku ikut lahhh arwah abah pergi memukat , heeee konon sesaja ikut , abah tarik lah pukat dia tuu . panjang sangat and banyak lah ikan kann . aku ni haaaa bodoh sikit masa dulu .

"pappppppp !" . aku tekup kepala ikan sembilang . terus berapa sengat ntah aku kena . nahh sakit dia buat aku terdiam jap . aku memang cool dari kecik , aku tak nangis dulu, aku senyap dulu then lama sikit baru aku pergi kat arwah abah .

"abah , adik kena sengat . sakit sangat!" *tunjuk tangan sambil start menangis* 
"hahhh ? ikan mana ? ikan yang mana?" . arwah abah terperanjat.

then aku tunjuklah sambil menangis . pastu aku cerita kat arwah abah cmana aku kena sengat . nahhh kau , 3 hari 3 malam aku tak boleh tidur sbb sakit . g klinik bagai . semua orang tanya kenapa aku nangis je . seriuosly , bengkak mata aku menangis . betapa nakalnya aku dulu . haha ! kelakarlah pulak bila aku ingat . teringat aku kat arwah abah . Al- fatihah :)

hmm actually banyak lagi cite yg aku nak taip , tp xpelah tangan ni ttbe rase malas . lagipun aku kat cc ni . hahaha . bisingggggg bebudak main game . haha sampai disini saje dulu k . doakan permohonan aku ke matrikulasi berjaya dapat . 25 april ni kluar . hiksss , kbyeee :D





Wednesday 4 April 2012

Aurat Wanita Dan Seumpamanya .


Heyyooo wassssssap readers ! ASSALAMUALAIKUM w.b.t

recently aku baru balek kuantan and you know whatttt ?! Aku jumpe sharifah shahora kayy ! retisss der datang org kawen sedare aku . kihkih *k agak jakun ayat aku disituu* haha !

ingat hana tajima , ingat kat Didi Whoaa ! 

Who is Didi ? yeahh aku tak kenal dia and die pun tak kenal aku . tapi didi ni seorang twitfamous kat twitter sana . Aku ni follow dia tp entah sampai beruban agaknya aku kena tunggu die follow aku balek .*elehhh ayat gedik laaaa derr* kehkeh , gurauu je . die comel and aku sayang dia . *angkat kening kat didi* . sorry didi ! haha !

kayy lah aku nak cite sikit pasal harini , berkaitan aurat . yeahhh , gua Caps Lock kan untuk lu orang . AURAT ! bebaru ni aku perasan kat twitter orang selalu tweet and retweet ustaz azhar idrus pasal aurat . 

Bayangkan gambar kita yang tidak menutup aurat di internet, dosa 24 jam.

k aku takut kayy , ini tweet daripada ustaz Azhar . lagi aku takut bila baca ni .

''Gambar yang menutup aurat, tapi gayanya mengoda, hukumnya haram'' - Uztaz Azhar

gambar aku menggoda ke ? kehkeh , tidak kan ? haha >.<

mungkin topik ni dipandang ringan oleh korang , tp aku takut doeeee baca . siyesss takut gila aku . yesss sekarang memang ramai perempuan berhijab , tapi tidak ditutup sempurna anggota yang lain . hmm , aku bukan ustazah untuk mengulas lanjut tentang ini , tapi aku cuba .

alangkah hipokritnya seorang wanita bila di luar , dia memakai tudung . tapi dalam facebook , tergamak membiarkan auratnya terbuka .

alangkah bodohnya seorang wanita yang umpama tidak berpakaian berjalan di jalanan dengan lenggang-lenggok menggodanya .

alangkah celakanya seorang wanita yang tidak menutup aurat , malahan membuat maksiat di terang- terangan pula .

Mohon terasa . k mantap tak ayat aku ? hihi , bukan mengata . aku nak korang berfikir sejenak tentang KEWAJIPAN menutup aurat . kadang- kala kita leka , aku pun bukan menutup aurat dengan sempurna sangat . yeahh i admit it ! tapi at least aku try laaaa tutup aurat , hidayah tu kita kena cari . ianya tak datang sendiri . ingat pesan aku ni , buat apa nak buat Default Picture tidak menutup aurat . bakal suami , kalo nak cari bini pun , dia akan cari perempuan bertudung , tak caya . tanya lahh Didi Whoaa , ehhhh ! salah  , haha tanyalah kat lelaki -lelaki di luar sana .  itu sahaja update aku , malas nak pepanjang , korang tu karang baca atas dengan bawah je . haha !

okbyeeeee :))

p/s : sorry Didi Whoaa .


Friday 23 March 2012

Ni Haa Aku Punya Result SPM , Pasni Jangan Tanya dah .

Assalamualaikum and very good morning fellas :D eh morning ke ? haha . As you know , i already got my SPM result 4 hari yang lepas . everyone kept asking me : 'Munira , how your result ?' . haha , and i started to smile . because of.... my result not too superb laa to mention :D nahh tanpa membuang masa , here is my result . do not ask me again .

Bahasa Melayu - A
Sejarah - A
English - A-
Pendidikan Islam - A-
Mathematics - B+
Physics - C+
Additional Mathematics - C
Biology - C
Chemistry - C
Engineering Drawing - C

okayy , got it ? aku tak dapat scan laa , scanner umah aku rosak . haha ! dont ask me laaaa lagi okay . baca dan fahami :D aku ni bukan kategori budak yang teramat pandai . tp aku takde D , E and failed . itu pun cukup buat mak aku happy . kakak aku kata aku bongok . haha ! takpelahh kan . at least aku dah kalahkan budak yang berlagak dengan aku tuhhh . okay aku bersaing ! dalam erti kata lain . penat tau aku failed je addmath , math dapat D . 2 bulan sebelum spm btol , aku bersungguh- sungguh belajar math . aku target dapat A- pun takpe , tp apakan daya dapat B+ jea . alhamdulillah .

bagi kawan kawan aku yang tak brape gembira dengan result korang , aku nasihatkan jangan kenal erti putus asa . ini baru permulaan kehidupan , pasni persaingan lagi hebat . bersyukur dengan result korang . bersyukur lah korang selamat abes SPM . BERSYUKUR !gagal sekali bukan gagal selamanya :D  that all , assalamualaikum . kbai .


Thursday 8 March 2012

Mutiara kata (part 1 : edisi zaman persekolahan)

ayat ni guaa karang masa dulu . sbb kawan baik gua , saiful imran nak pindah sekolah vokay masa tuhh xD , jadi masa tu sedih gile lah kan . mase tuu gua sent mcg ni kat satu kelas . tak tau lahh dorg simpan lagi ke tak >.< dah 3 tahun dah pun , tp aku tetap ingat dan sampai sekarang aku masih simpan dalam handphone . 


khas untuk kawan- kawan semua .

'Seringkali kita berbuat salah tanpa menyedari kita sebenarnya melukai hati seseorang . Kenangan kita di sekolah menengah mungkin menjadi memori sepanjang zaman yang tak akan dilupai . Di kelas , tempat kita belajar , bermain , berkawan .. segalanya kita lakukan bersama , akan menjadi kenangan terindah bersama . Biarpun kita sering bertelagah , namun itulah yang menguatkan hubungan kita . Jika umur panjang , ingatlah satu perkara.. hanya MATI memisahkan kita semua .....'