Sunday 15 January 2012

Kisah Zaman Persekolahanku (Part 2 : SRJK (C) _____)


Assalamualaikum semua . ape khabar anda semua hari ini ? buat pengetahuan korang , aku sihat-sihat aje . sikit pun tak berisiko menghidap penyakit berjangkit disini . haha ! ni aku tengah tengok TV , tp tangan tu gatal nak menaip kan . so , aku start lah menaip nieee untuk bacaan korang semua . sebelum tu nak mintak jasa baik korang click sini okay .


Dah click ? terima kasih semua . harini punya topik bersambung kepada topik yang ni .  Part 1 . Part 1 pun aku cerita pasal sekolah aku kan , yeahh sekolah cina tu . haha , so , harini aku nak sambung balek lah kan . korang mesti tertanya- tanya aku makan apa kat sekolah ni . alaa , daging VAVI tu memang la ada jual . tp xkan aku nak makan tu kan ? masa dulu , ada seorang wanita cantik yang amat baik hati selalu beri bekal kepada aku . setiap pagi dia akan memasak untuk aku . siapakah itu ? mak aku lahh tu . aku ni bawak bekal je pergi sekolah dulu , kalau dekat kantin tu , aku beli aiskrim jea . ehh ? ada jual aiskrim ? pelik kan ? hha , tapi tulah yang best nya sekolah cina ni .

hee~ so aku tak makan lah sangat dekat kantin tu , tak silap aku masa aku darjah 3 kot , kat belakang blok aku tu , ada satu kolam katak . aku besarkan tulisan . yeahhh KOLAM KATAK . bkn kolam ikan yea kanak-kanak . haha , sebenarnya ikan pun ada , tp entah aku tengok katak dengan berudu je banyak . haha . aku tengah rehat masa tu , dok main berudu kod , haha ^__^ , aku ni dengan katak pun tak takut dulu . tiba-tiba datang seorang kawan aku cakap dari tingkat atas cakap , "munira , beg N*** kene daging babi td !". wekk ! kembang tekak aku , nak tahu cmana kisah tu boleh berlaku ? haha , si *** main baling-baling bekal budak cina tu , budak cina tu bawak bekal daging tu . then bekal tu terbukak dan terpelantinglah daging babi tu dekat beg die . huehhh , alamaknya kena samak lah kan . haha ! 

haha , so aku pun memang tak banyak cakap . masa darjah 3 , aku dok sebelah koh kang hwei . (gitu kod ejaan nama dia) , then sebelah kang hwei ada perempuan penolong ketua darjah tu , sape ntah nama dia . aku dah lupa . haha , kami duduk 3 orang dalam satu barisan tu . kalau dengan kang hwei ni , aku selalu borak pasal cite cina kat TV tuh . berbual lah aku dalam bahasa cina dengan dia , haha . kalau tak reti baru aku cakap melayu , tp dalam slank cina lah . penolong ketua darjah tu rajin , dia buat keje sekolah . aku dengan kang hwei sibuk berbual , tp kadang-kadang die berborak jugak . haha , sape x tergoda nak bercerita pasal cite best kan ? haha .

dulu kalau raya cina , selepas atau sebelum . ktorang akan adakan permainan . permainan passing-passing buah oren tu . sape yang kena , dia kena nyanyi kat depan . huhu , pastu main main yang letak kerusi dalam satu bulatan , pastu kerusi tu makin lama makin berkurang . best wooo permainan tu , sekolah aku tu tiap-tiap tahun ada pesta tanlung , tapi aku tak pernah pergi sebab acaranya malam . huhu , kalau hari kanak-kanak pun , kami akan celebrate dengan cara yang menyeronokkan . panggil badut datang sekolah lah , pehh memang serius best , pastu semua murid dapat ayam mcm kfc tu , dengan buah epal sebiji . memang best laa . indah semua tu , tapi sekejap jelaa kan . sebab selepas 4 tahun sekolah cina , aku bertukar sekolah melayu . ikuti sambungan aku nanti yea . kbai :))

p/s : terpanjang pulak entry harini . haha ! 

No comments:

Post a Comment