Monday, 30 January 2012

Tips : Check Kelajuan Blog .

Assalamualaikum semua , hari ni aku buat sedikit tutorial lah , untuk korang yang sama ada dah lama or masih setahun jagung dalam berblogging ni . sebelum tu mintak tolong tekan perkataan 'click here' tu kejap . Click Here . heee thanks :) Actually ramai gile yang request aku buat tutorial . tp ahah ! malasss lah aku , nanti aku nak menaip je . untuk yang nak soh aku tolong ajar , boleh tanya terus die facebook aku : Munira Ibrahim . kalau segan nak wall-ing aku , boleh IM je aku . okayy ? aku akan ajar secara manual . 

harini aku nak ajar cara nak check kelajuan blog korang semua . untuk pengetahuan semua , blog yang berat akan mengurangkan kelajuan . maksud aku berat disini ialah terlalu banyak widgets , photo , bla bla bla . so , nak bukak pun susah . tp depend jgak pada line . so harini cara nak check kelajuan blog korang adalah . sila tekan Website Speed Test ni .


korang boleh lah check dekat situ . macam blog aku , kelajuan yang dianggar adalah sebegini .


okayy semua ! selamat mencuba :) kbai

Saturday, 28 January 2012

Gula-gula dan kehidupan kanak-kanak ku :)

Assalamualaikum semua . cakkk  ! malam ni aku nak kongsi gula-gula and jeli yang aku makan masa kecik . biasalah kan , korang mesti ada makan gula-gula jugak kan ? manissss manisss gitu . pastu start darjah 1 gigi dah rongak ! hahaha ! :p

masa kecik dulu dapat gula berebut , ceittt berebut dengan sapa ? dengan adik beradik . haha ^^ ni laa gula yang aku makan dulu waktu kecik-kecik .

haaa , ni gula arnab . rasa susu . dulu tak silap aku pernah tercetus satu kontroversi pasal gula ni , lepas daripada tu aku tak pernah nampak dah gula ni lagi . :( maybe ade lagi kot , cume aku tak perasan . gula arnab ni istimewa sbb die ada plastik yang larut kat lidah bila makan . 

dangg ! ni gula aku taktau panggil gula apa . aku panggil die gula isap je dulu . haha , nak menghabiskan die kemain lama . ada rasa macam-macam , plastik pun cantik sangat . weee ~

gula kat atas ni aku panggil gula getah seposen . sebab harga die seposen dulu . sedap juga , tapi satu je mana cukup . haha . dalam tu selalu ada tiga warna . kunyah-kunyah pastu buang merat . ouhhh betapa aku rakyat malaysia yang tidak bertanggungjawab dulu . tp sekarang tak dahh . haha >.<

haaa , nama gula kat atas ni gula udang , die bersifat seakan-akan gula arnab tu , ade plastik larut tu , tp rasa dorang berbeza . rasa gula ni unik , aku tak pernah jumpa gula yang rasa nya macam ni lagi . ade masin-masin sikit :)

teheeee ! gula kat atas ni dulu aku suka beli . sedap rasa die rasa susu ! so aku panggil die gula-gula susu . actually die banyak perasa , tapi aku rasa main ingredient die susu kot , tapi ditambah dengan perisa rose , kelapa and coklat . serius best ! tak manis sangat pun , gula orang kampungg :))

ni nama die gula hudson , aku peminat gula hudson warna kuning . tp dulu slalu makan yang warna merah sebab arwah abah suka gula tu . gula ni berangin , tapi tak kuat macam gula hacks .


bila aku ingat balik , nak je kembali pada zaman kanak-kanak tu . sentiasa happy , arwah abah pun ada lagi kann . tapi tak mungkin laa . zaman kanak-kanak sentiasa gembira . sumpah best ! :') so korang acano ? ada gula lagi best ? haha ^^ . jaga diri semua ! kbai


Wednesday, 25 January 2012

Ragam manusia : Maki Hamun

haii assalamualaikum semua . actually dah lama aku nak update blog ni , dr semalam dah . tp dek line yang lembap mengalahkan siput babi tengah beromen menyebabkan niat aku terbantut . *ehh , termencarut pulakkk ! haha !

sejak dua tiga hari ni , bergalak-galak pulak aku mengambil gambar diri sendiri . haha ! dulu default picture (DP) aku tak nampak muka , ramai gak yang tanya kenapa aku pakai gambar macam tu . huhu , tp sekarang aku dah show you the real me . so , jangan tanya lagi ehh .

p/s : sengal !

beberapa hari ni , cuaca pun panas . hujan jarang sekali , tapi kalau hujan aku sekadar mengucapkan alhamdulillah . malam ni aku nak cerita sikit pasal ragam manusia yang seterusnya , iaitu maki hamun . setelah puas aku mengoogle nak cari maksud maki hamun ni , hampehh ape pun tak dapat . yang aku dapat hanya maki adalah perbuatan yang sama dengan mencarut .



"ehh perangai dah macam babi , buat keje pun malas , kau memang sundal lahh , celaka btol !"

di atas ni adalah contoh perkataan yang keluar apabila memaki hamun orang . selalunya orang yang cakap macam ini adalah orang yang lebih berkuasa dari kita . yang merasakan dirinya seorang saja yang betul . aku mengaku dulu aku penah maki orang , sekarang bila aku buat refleksi diri . ya allah , berdosa nya aku . apa yang aku dapat ? dosa je kod , tapi aku dah mintak maaf . manusia selalu tersilap , tapi untuk berpatah balik ke jalan yang benar , itu tidak salah . menangis air mata darah tidak berguna . kalau susah nak ubah tabiat tu , try buat slow- slow , insyaallah lama-lama akan hilang .

yang aku pening kepala sekarang ni , bila aku memikirkan perangai budak yang suka memaki hamun orang yang lebih tua daripada diri dia sendiri .

"pakcik tak paham bahasa ke ? yang dok terhegeh- hegeh kat saya kenapa , tak guna btol ada pakcik macam ni !"

istigfarlahh panjang-panjang dulu .syaitan sentiasa menaikkan api kemarahan manusia . kalau kita cakap macam ayat di atas ni . nak tahu apa dosa yang kita dapat ? 

*dosa mengherdik orang tua
*dosa mengecilkan hati orang tua
*dosa sebab allah marah

nahh , sekaligus dapat banyak macam tu . ya allah , aku sekadar menyuarakan pendapat aku . terpulanglah pada korang nak ikut ke tak . assalamualaikum ~



Monday, 23 January 2012

Arsenal kalah ? haha . bolaaa ohh bolaa ~


heyyo semua ! :)) wassup fellas ?

ohh ramsey..
kau penyeri padang bolaku..
kau umpama matahari..
yang membuatkan diriku ceria..
tanpamu..
aku rebah pengsan sebab gelap..

ahh taik ! pe jadah sajak aku kat atas ni . Arsenal dah kalah dah malam tadi , ramsey dikeluarkan kod . bengang kot gua malam td . haha ! gua tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni . 

gua pasrah !

 arsenal dah kalah dah , tapi aku tetap nak update . haha !

aku menggedik dekat twitter dengan facebook malam tadi pasal bola ahh . aku tak sokong mana-mana pun malam tadi sebenarnya . sbb otak aku cepat berubah . yang mana menang tu lah yang aku sokong . haha . bola ohh bola .

kejap arsenal kejap MU . gila ahh ini minah ohh ~

aku ni minat bola , masa 'cawan dunia' 2010 dulu , pkol 3-4 pagi baru aku masuk tidur , mse tu aku form 4 . huhu ~ pastu bangun , then pergi sekolah tapi yang hebatnya mata aku tak ngantok ahh . haha , siap kikis meja kat makmal lagi pasal 'cawan dunia' tuu . ape kejadah cawan dunia tu ? alaaa WORLD CUP laa der . haha ! pelik tetapi benar , tapi untuk pengetahuan semua aku ni menonton perlawanan yang berprestij je . (btol ke aku eja tu?) haha , alaa maknanya yang besar-besar je . maknanya gua tak laa fanatic sangat smpai semua perlawanan gua nak tengok . haha !

mak aku kata tak molek pmpuan minat bola ni sebenarnya , sebab dalam keluarga aku . aku sorg je minat bola , abang aku pon tak minat . tapi bila aku tengok bola , kadang-kadang mak aku excited jugak . haha ! selalu aku tengok bola sorang-sorang je . gua takde masa ahh nak melayan kedai mamak , layan bola ramai-ramai . sebab ape ? lu org nak tahu ? haha , sebab gua perempuan :)) cume kecik-kecik dulu smpai laa dalam form1 , aku maen bola sepak . team dengan spupu aku je . haha !

jangan pandang rendah dekat perempuan . aku perempuan bukan sebarangan perempuan , sekali kau mengutuk , 10 kali kena kat batang hidung kau sendiri . haha  :D

btw , selamat tahun baru cina semua ! gong xi fa cai . ni yau ang pao ma ? bu ke yi ~ :p 
tak paham tanya aku , haha . okbai . 

p/s : tak sabar gua nak tengok manchester CITY lawan . HAHAHAHA ! *ketawa jahat* untuk manchester UNITED !


Wednesday, 18 January 2012

Kenangan Hujan Dengan Arwah Abah .


Assalamualaikum semua . first of all , Al-Fatihah to my late father . I do feel that he can see me now , and that he watches over me with the same fatherly care he gave me here on earth . ohhh i'm really miss my abah ! 

bila hujan , aku selalu ingat arwah abah . hujan memberi terlalu banyak memori . this moments was very hard to me :'( . seriously , i want Abah back . tapi aku tahu tu semua mustahil .

bila hujan , aku selalu rasa abah ada . aku suka bau tanah yang datang daripada titisan air hujan . dalam tu , terkandung seribu kenangan aku dengan abah . dulu waktu hujan , kami selalu mandi hujan bersama , membersih longkang bersama . betapa aku merindui saat tu .

bila hujan , aku selalu pandang langit . betapa aku bersyukur dapat menikmati hujan dengan abah . tapi sekarang dah takde dah . tapi tanah kubur abah mesti basah sebab hujan . dan dengan hujan , semoga allah mencucuri rahmat ke roh arwah abah .

bila hujan , rasa sejuk selalu bergelumang . aku rindukan kehangatan pelukan seorang ayah . tp itu dah takde , sekarang yang peluk aku cuma kakak and ibu aku jea , aku tahu aku tak mampu lagi untuk mendapat pelukan arwah abah . tp ketahuilah aku sentiasa rasa yang abah selalu ada untuk aku . saat aku sedih , saat aku gembira . 

bila hujan , aku selalu ingatkan diri . 'munira , abah engkau dah takde' .. takpe , bagi aku abah tetap hidup selamanya di hati aku . tak kisah laa orang lain boleh kongsi kasih sayang dengan bapa dorang , walaupun terasa hati tidak berbapa tapi aku cekalkan hati untuk teruskan kehidupan sebagai insan biasa yang mesti berhadapan dengan perpisahan .

"adik rindu abah , adik selalu ingat kat abah , adik sangat-sangat merindui abah, semoga abah berbahgia disana" - Munira Ibrahim

sekali lagi , Al-Fatihah untuk abah .


Sunday, 15 January 2012

Kisah Zaman Persekolahanku (Part 2 : SRJK (C) _____)


Assalamualaikum semua . ape khabar anda semua hari ini ? buat pengetahuan korang , aku sihat-sihat aje . sikit pun tak berisiko menghidap penyakit berjangkit disini . haha ! ni aku tengah tengok TV , tp tangan tu gatal nak menaip kan . so , aku start lah menaip nieee untuk bacaan korang semua . sebelum tu nak mintak jasa baik korang click sini okay .


Dah click ? terima kasih semua . harini punya topik bersambung kepada topik yang ni .  Part 1 . Part 1 pun aku cerita pasal sekolah aku kan , yeahh sekolah cina tu . haha , so , harini aku nak sambung balek lah kan . korang mesti tertanya- tanya aku makan apa kat sekolah ni . alaa , daging VAVI tu memang la ada jual . tp xkan aku nak makan tu kan ? masa dulu , ada seorang wanita cantik yang amat baik hati selalu beri bekal kepada aku . setiap pagi dia akan memasak untuk aku . siapakah itu ? mak aku lahh tu . aku ni bawak bekal je pergi sekolah dulu , kalau dekat kantin tu , aku beli aiskrim jea . ehh ? ada jual aiskrim ? pelik kan ? hha , tapi tulah yang best nya sekolah cina ni .

hee~ so aku tak makan lah sangat dekat kantin tu , tak silap aku masa aku darjah 3 kot , kat belakang blok aku tu , ada satu kolam katak . aku besarkan tulisan . yeahhh KOLAM KATAK . bkn kolam ikan yea kanak-kanak . haha , sebenarnya ikan pun ada , tp entah aku tengok katak dengan berudu je banyak . haha . aku tengah rehat masa tu , dok main berudu kod , haha ^__^ , aku ni dengan katak pun tak takut dulu . tiba-tiba datang seorang kawan aku cakap dari tingkat atas cakap , "munira , beg N*** kene daging babi td !". wekk ! kembang tekak aku , nak tahu cmana kisah tu boleh berlaku ? haha , si *** main baling-baling bekal budak cina tu , budak cina tu bawak bekal daging tu . then bekal tu terbukak dan terpelantinglah daging babi tu dekat beg die . huehhh , alamaknya kena samak lah kan . haha ! 

haha , so aku pun memang tak banyak cakap . masa darjah 3 , aku dok sebelah koh kang hwei . (gitu kod ejaan nama dia) , then sebelah kang hwei ada perempuan penolong ketua darjah tu , sape ntah nama dia . aku dah lupa . haha , kami duduk 3 orang dalam satu barisan tu . kalau dengan kang hwei ni , aku selalu borak pasal cite cina kat TV tuh . berbual lah aku dalam bahasa cina dengan dia , haha . kalau tak reti baru aku cakap melayu , tp dalam slank cina lah . penolong ketua darjah tu rajin , dia buat keje sekolah . aku dengan kang hwei sibuk berbual , tp kadang-kadang die berborak jugak . haha , sape x tergoda nak bercerita pasal cite best kan ? haha .

dulu kalau raya cina , selepas atau sebelum . ktorang akan adakan permainan . permainan passing-passing buah oren tu . sape yang kena , dia kena nyanyi kat depan . huhu , pastu main main yang letak kerusi dalam satu bulatan , pastu kerusi tu makin lama makin berkurang . best wooo permainan tu , sekolah aku tu tiap-tiap tahun ada pesta tanlung , tapi aku tak pernah pergi sebab acaranya malam . huhu , kalau hari kanak-kanak pun , kami akan celebrate dengan cara yang menyeronokkan . panggil badut datang sekolah lah , pehh memang serius best , pastu semua murid dapat ayam mcm kfc tu , dengan buah epal sebiji . memang best laa . indah semua tu , tapi sekejap jelaa kan . sebab selepas 4 tahun sekolah cina , aku bertukar sekolah melayu . ikuti sambungan aku nanti yea . kbai :))

p/s : terpanjang pulak entry harini . haha ! 

Saturday, 14 January 2012

Ragam manusia : Talam Dua Muka

A very good evening to all readers ! and assalamualaikum ~ ehh , evening ke ? night laa , tp omputeh selalu kata ni waktu eve :) okayy , by the way , tonight , i'm just trying to make a post without any ideas . haha , what the facebook ? HAHA !

Actually , I don't know what i should write . I'm really bored ! does anyone know what can i do ? your answers must be one of these : lets chatting ! lets tweet tweet ! lets go to the party ! bla bla bla . err , that make me feel like 'ini lagi gila , doeee !'

haha , okayy . let me write in bahasa malaysia . ape aku merepek meraban ni wehh ? Sememangnya aku memang tengah merepek pon ni . haha ! masa dirasakan begitu lambat berlalu kan . yeke ? bagi aku sama je , haha . almost semua kawan-kawan aku dah keje , aku ? kawe dok tane pele depe rumoh nhi (aku tengah tanam pelam depan rumah ni) , haha ! bunyi agak mencarut . tapi apa salahnya mencuba 'kecek kelate' !

malam ni aku ada satu topik yang nak ditulis . ape ke dio ? cecite , cecite~ 

malam ni topik aku simple . iaitu salah satu ragam manusia , dikenali sebagai 'TALAM DUA MUKA' . ape tale duo mugke ni ? (ape talam dua muka ni?)

menurut atok sedara kepada pak cik google , talam dua muka ni dikenali sebagai seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tetapi sebenarnya melagakan mereka.

haha , korang pernah kena dengan orang macam gini ? kebanyakan akan cakap , ye . kan ? aku pun pernah laa kena dengan orang yang talam due muka ni , memang macam talam betul ah perangai . aku cakap lain , dia sampaikan lain dekat kawan aku yang lagi satu . akibatnya , kawan aku yang lagi sorang tu marah-marah aku , mengata-ngate aku . tu lahh perangai orang melayu , tak selidik apa-apa , alih-alih nak marah sebab terlalu percayakan orang lain . semenjak itu , aku adalah ANTI kepada talam dua muka ni . *eheh ! bkn auntie tauu . haha

dalam sudut islam pulak , aku melihat bende ni sebagai salah satu cara untuk 'fitnah' . alahaii , fitnah kau tahu tak ? ehh baik rogol anak dara orang lah dari memfitnah orang . berdosa besar tau ! ahah ! sebenarnya aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap tu . janganlah merogol ke , ape ke , semua nya berdosa . yang aku cuba nak sampaikan . perbuatan talam dua muka ni lebih kurang dengan perbuatan seorang penyebar fitnah . memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri . berdosa tu derrr ! so , as the conclusion , jangan lah jd talam dua muka ni kayy !

malam ni aku berceramah agak panjang pulak kan , sorry la . aku cuma nak menyampaikan apa yang ada dalam fikiran ni . hihi , semoga ape yang aku tulis menjadi pengajaran utk korang . baca ni baik-baik .

DOSA MEMFITNAH ORANG LEBIH BESAR DARIPADA DOSA MEMBUNUH.

So , beware ! kbai