Saturday 12 October 2013

Kisah kena prank di Universiti :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa kabo semuanya? harap semua bebaik je hendaknya. So, pada hari yang berbahagia ni, di kesempatan ada internet kat rumah ni, maka gua pun terasa nak update blog. sungguh rindu hamba pada blog yang tidak di-update hampir tiga bulan ni. lu orang rindu gua tak? tak rindu, hmmmm ada gua kisah? haha. sebenarnya, post ni dah ada kat draft lama. cuma aku baru nak sambung tulis. 

So, dah sebulan setengah lah aku menapak di UTeM tercinta tu. Dah setengah bulan jugak aku masuk kuliah, lab dan sebagainya. Kehidupan dekat U sangat tak padat macam dekat matrik dulu. Course aku pun cuma 13 jam kredit je, dalam sehari tu kelas paling banyak pun 3-4 je. Ada yang satu kelas je dalam sehari. Jadi aku ada sangat banyak masa untuk tidur, malangnya tahap tidur aku disini sangat kurang berbanding di matrik dulu. tak tahu lah kenapa, tak rajin nak tidur. malam pun pukul 2-3 pagi baru tidur, kekadang study kekadang aku dok terkebil-kebil atas katil, kekadang main handset. Entahlah, makin tua ni makin susah nak tidur agaknya.

haha, bercakap mengenai tua. 7 oktober yang lepas, aku menyambut birthday aku yang ke-19. Aku ingat tak kena prank, rupanya kena jugak. Kengkawan aku siap buat group whatsapp plan nak kenakan aku, yang aku blur. Aku taktahu pape, tak expect pun ape benda. by the way, aku jadi ketua kelas sem ni untuk course aku, 1-BENW. Jadi, aku kira adalah yang kenal aku. haha siap ade clique dah sekarang. haa sambung pasal prank tu, malam 7 oktober tu, aku tengah sesedih la kann, dorang ni tak wish aku dari pagi. yang aku dapat pepagi buta cuma bungkusan dari 'secret admire'. Aku tak perasan, tapi masa kawan aku ketuk pintu dia terus bagi aku benda tu, kata dia memang ada depan pintu dah. dia pun terkejut, oku pun macam...

"sape jelah secret admire aku? kahkahkah ni mesti keje bebudak ni"

so haritu kelas ada satu je, aku pun penat gila settlekan hal ptptn dengan pegawai yang takde manner langsung tu sampai petang. nyampah! heishhh.  jadi, aku penat gila. Malam tu membe2 aku ajak aku makan luar, okay aku join la. masa balik aku drive la, pastu ada yang nak berak la, terus aku pecut lah. rupanya dorang ni merancang sesuatu, aku pun balik lah bilik cam biasa, tak lama kemudian, meeya panggil aku, datang bilik aku buat cerita memende ntah. aku pun.

"malas aku, nak prank lettew."
"Eh mana ada, mun sampai hati ke nak soh sue drive sorang? taknak teman ke, kan mun pndai drive"

pastu aku kata aku nak berak, sebab aku memang sakit perut pun. dalam bilik air tu, ayu panggil aku.

"Mun, kau buat mende?"
"aku beraklah gila, kenapa?"

senyap. takde jawapan. pastu aku dah habis basuh, pakai seluar semua. molek kena simbah air dari atas, aku bukak pintu jamban, bushhh! air lagi sebaldi. air tu campuran colgate+softlan+sabun basuh baju+kopi. pehh pedih gila mata, pastu aku disimbah bertalu-talu. aku ingat dorang cuci baldi tu, rupanya dorang pergi simbah kat aku. rambut aku memang bau softlan, mata pedih tak terkata. abes baju dengan jeans aku basah lencun! keluar dari pintu bilik air je, kena simbah lagi. aras kitorang memang basah abes lah malam tu, pastu part paling aku terharu dorang bawak kek, nyanyi lagu beramai-ramai untuk aku. Terharu hoccay! tapi tak nangis pun. haha, pastu punyaa event lagi dasyat. muka aku jadi masker krim kek. haha, malam tu memang dahsyat. semua kena calit dengan krim kek. hahaha. rambut aku even dah mandi tetap bau softlan sampai esoknya. 

aku je tahu siapa secret admire aku tu. psttt :p

comel gila kek! pink okay! haha.



Dan paling bermakna sekali,

thankyou dear BFF, edit gambar ni. :)

Terima kasih buat semua. aku sayang korang. Ada yang call nyanyi lagu birthday, ibu dan aishah. aku sangat menghargai. xoxo! Terima kasih yang hantar via text and whatsapp. aku tak termampu nak balas semuanya. maafkan aku. Terima kasih atas ucapan dari kengkawan sekolah rendah, menengah, kengkawan dari matrik dan kengkawan baru aku. Semoga 4 tahun amek degree ni menjadi tahun paling bermakna dalam hidup aku. Sekian. 



3 comments: