Friday 18 January 2013

Berfikir sejenak...


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Rasanya macam baru update blog, tapi dah lama jugak tak update. mereka- mereka ni asyik cakap pasal blog je membuatkan aku rase nak update blog. GEDIK KAN GUA? GEDIK KAN??! Ehh apsal aku tak betul ni? entahlaa, minggu ni aku rasa nak pecah kepala otak aku dengan kerja berlambak. tido pukul 6 pagi, 3.30, paling awal pukul 1.30 pagi.. dimana roommates gua semua dah sedap terbongkang. sadiss tak hidup gua? yee memang sadis.

Dalam sadis-sadis begini, lagi sadis bila aku digosipkan dengan bebudak kelas aku. what a sad life of me. aku memang tak kisah sangat pun, layan kan aje. tapi kekadang bila aku sentap tu, aku mula lah badmood. ditambah dengan kepenatan yang wujud ni. alahaii tapi aku perasan satu, bila aku tukar mindset aku untuk sem 2 ni. Aku dah kurang stress berbanding sem yang lepas. even sem ni aku tido lambat and kerja berlambak pun aku tak rse stress yg sangat cam sem lepas. 

Sejak naik cuti haritu, aku terpilih utk menghadiri ceramah motivasi and semenjak tu aku dah tak minum air kotak. tukar mindset aku and macam-macam lagi aku buat. penceramah tu pesan dan aku still ingat ayat dia.

"Setiap kali kita merasa susah ketika belajar, ingatlah.. BELAJAR ITU AMANAH ALLAH"

Masa aku dengar ayat tu, nak menitis air mata aku. time balik bilik aku termenung kejap fikir ayat tu. aku muhasabah diri. dan satu benda yang aku sedar, selama ni aku terlalu banyak mengeluh.

"Susahlah.... payahlah belajar ni.. aku ni bodohla... bangang laa, jadah apa aku belajar ni???"

aku tersentap sekejap. aku terlalu cepat mengalah. patutlah terlalu mudah syaitan menggoda aku. sekarang aku sedikit tersedar yang aku tidak sepatutnya mudah mengalah. itu aku! hmm k lah, aku rse nak nangis plak buat post ni. 

p/s: aku exam ups 29 januari ni. maafkan segala kesilapan aku. doakan kejayaan aku ye. assalamualaikum semua....


1 comment: