Friday, 12 July 2013

Masuk U? ehem.

Assalamualaikum. Sihat?

Eh lupa aku masih ada blog lagi. Setelah sekian lama tidak berblog, akhirnya aku rasa aku patut menulis satu entri hari ni. Entri formal. Eceh! Ada suprise yang tak berapa nak suprise yang aku nak beritahu kepada pembaca kesayangan sekalian. Apadiaa Munira Ibrahim? Dengan suprise ni, sedikit sebanyak mengubat hati aku yang duka lagi lara dengan result exam PSPM 2 yang hambar tu. Oh, actually taklah hambar sangat. Meningkat sangat dari sem pertama. Agak okay lah walaupun tak berapa okay bagi aku.

Berapa result engkau, Munira?

Entah kenapa aku takde hati nak bagitau kat blog. Aku just bagitau bebudak kelas aku and kawan-kawan aku kat form 6.

"Okay lah result tu bagi budak sains macam kau. Susah sains tu, kira kau boleh bawak lah. Kalau tak, takkan aku keluar dari aliran sains kat form 6. Okay lah tu, jangan sedih. sekurang-kurangnya kau dah habis matrik. Alhamdulillah"- kawan baik aku.

"Mun, tahniah! At least kau meningkat! Jangan lah cakap macam tu. Tahniah, tak dapat 4 flat pun takpe, janji kita semua dah berusaha kan?"- kawan baik kat matrik.

Perasaan aku masa keluar result tu macam, ahhh leganya aku dah lepas matrik. Happy pun ya tapi cam sedih gak. Takpe tak dapat 4 flat sekalipun, yang penting aku dah lulus dan berjaya menamatkan pengajian. Setahun yang susah tu, yang bagi aku tekanan memang sampai aku hyper stress tu takkan aku lupa sampai bebila. walaupun susah sebab aku berasal dari sekolah harian biasa, di matrik lah aku belajar cara belajar budak SBP dan MRSM mahupun sekolah kluster. dekat sana, kami sama. Semua datang dengan niat nak belajar and ada yang extra tu mencari calon jodoh. kahkah!

K, berbalik pada suprise tadi.

Punya lah excited semalam keluar result UPU, tepat pukul 12 tengah hari, aku terus hantar sms kat 15888 nak check result. Dua kali aku send, and sepanjang menunggu 15888 tu reply text aku, aku asyik berdoa je. 2 minit kemudian. ahhh, gembiranya aku. berita yang menggembirakan. Nahh, aku terus call ibu. Ibu menangis kegembiraan tu. Aku punya gembira, hanya Allah yang tahu. Bila aku check online, ni hasil dia. 

                                                       These really made my day. :)

Alhamdulillah.. Aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian. By the way aku memang berharap sangat nak masuk UTeM ni, berharap sangat. Mula-mula cam tak percaya jugak bilaa CK87 ni, sebenarnya pilihan pertama aku kat permohonan UPU. Eishh, Orang cakap pilihan pertama takkan kena selalunya, selalunya kena pilihan yang dah nak akhir. Aku pun percayalah sebab masa SPM dulu, aku dapat UPU pilihan ke-6, Dip. Sains kuantitatif kat UiTM yang bila aku dapat, aku terus tolak sebab nak masuk matrik. So, aku berharap dapat software engineering sebenarnyaa tapi dah dapat electronic engineering, takpelah. Alhamdulillah. at least dia dibawah fakulti electronic and computer engineering. Ni tengok ni, pilihan pertama. haha


Aku memang nak lari dari bidang sains, kecuali sains komputer, cukuplah masa kat sekolah dulu aku aliran sains tulen, pastu kat matrik aliran sains fizikal.. Sebab tu aku punya pilihan rata-ratanya engineering and adalah satu dua yang pasal kimia sebab aku minat kimia kan, tu pun aku letak pilihan akhir sebab aku kurang berapa minat UiTM. taktahu kenapa. Dan aku kebanyakannya berfokus pada komputer. hihi, entah. taktahu lah kenapa. maybe sebab minat kot? Mekanikal tu? aku hentam je. haha.

Rasanya dah terlalu panjang aku menaip ni, haha. yelah, lama tak menaip. Aku undur diri dulu lah ya, doakan kejayaan aku di UTeM selepas ini. kalau budak UiTM kata, "UiTM di hatiku". Aku pulak....

"UTeM dihatiku!"

Sekian. Moga bertemu lagi. Salam sayang, Munira Ibrahim.

p/s : sila tekan gambar untuk besarkan.

Tuesday, 14 May 2013

Alhamdulillah, thank you Allah.


Assalamualaikum w.b.t semua.

Rasa lama sudah jari jemari comel ini tidak mengetuk keyboard usang ini, terasa diri ini dihimpit kerinduan dengan kehidupan blog. puihhh! poyonyeeee ayat aku! dah lama tinggal matapelajaran bahasa melayu, menangis diri ini membaca tulisan yang gramatis sebegitu. haha, ada rasa nak baling tembikai tak kat aku skrg? sila lah, dipersila dengan segala hormatnya. hihiihi *smbil buat ketawa paling comel* :D

So, berblognya aku disini untuk menulis entry yang agaknya... emm, emmm hambar? best? lawak? serius? entah, biar korang lah yang menilai. hehe. semenjak dua tiga empat menjak ni, rasa macam malas gila. badan lemah gila. yelah, akibat aktiviti menternak lemak yang semakin berleluasa menyebabkan metabolisma aku kurang membuat kerja. fizikal lembik and emosi yang sedikit gila. agaknya.. tapi, secara zahirnya, aku tetap Munira binti Ibrahim yang kuat macam ironman. *booooooooo, tipu!* haha!

Aktiviti menternak lemak? 

ehemmmmm, ngengade nye tangan aku nak mention beso gaban gitu. malu titewww. aihhh~ haha! so, sebenarnya aktiviti ni takde lah aku amalkan sangat. ibu aku marah. muehehe. dan secara officially nak bgtau jugak ni, aku dah abes matrik. yeeeee Kolej Matrikulasi Johor tu. kejap je kan, day by day berlalu, then setahun sudah berada di KMJ.

Di matrik, 
Aku belajar berdikari,
Aku belajar uruskan kewangan sendiri,
Aku belajar tidur lambat untuk study,
Aku belajar kuatkan semangat aku sendiri,
Aku belajar pentingnya sokongan daripada kawan,
Aku belajar nilai persahabatan bak sebuah keluarga, 
Aku belajar hadapi apa jua dengan hati yang terbuka,
Aku belajar pentingnya berjumpa dengan pensyarah,

Aku belajar pelbagai perkara yang aku tak pernah belajar. that's the main point.

kat matrik, best gila sebab dapat ramai kawan. seriously! aku selalu pegang kata ibu "Kalau kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita.." dan dengan kata-kata itu, aku juga belajar buat baik dengan semua orang sekeliling aku. keluarga MD16 aku, mama azlina.. mentor MD16. aku rindu korang semua. korang dah macam keluarga aku. apa-apa hal, kita kongsi sesama. dalam KMJ tu, aku rasa kelassss kita lah paling kamceng. paling rapat. rindu gila kat MD16. itulah sebahagian kenangan manis aku di KMJ. classmate yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. korang best! aku bole katakan yang matrik lagi best dari sekolah menengah even belajar susah :) terima kasih utk MD16.


sebahagian MD16.


Alhamdulillah, thank you Allah.



Sunday, 17 March 2013

With Love, endlessly.


With L.O.V.E, Munira Binti Ibrahim.


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) dengan satu kali lafazzz, aku nikahkan dikau dengan polan si polan dengan mas kahwinnya 2K setengah. Haaa tu diaaaaa start dah mengarut aku ni. haha >.< ehh hye, lama gileeeeeeeeee tak update blog. Rindu? haruslah. rindu sangat. Tiap kali aku tak update blog mesti akan ada yang tanya kenapa aku tak update blog. uhh, aku takde mase lah. sorry sorry sorry sorry *sambil menyanyi lagu super junior* hihi. emm rindu. semua orang aku rindu. rindu kawan sekolah lama. seriously aku selalu ingat dorang kat sini.

aku bertudung pelaangi :)

Masa berlalu cepat jee. dah nak dekat abes dah matrik ni. aku memang tak sabar nak meet all my friends especially from 5 ST session 2011. Rindu tahap gaban tahu tak? entah lah korang ni rindu aku ke tak. even kita selalu whatsapp, contact kat FB or Twitter. tak same doe rasa nya bila jumpa face to face. lagi bermakna. dapat melepaskan rindu.  Aku tahu memasing dah jauh, aku sesat kat Tangkak, qila kat KL, fahmi kat Melaka, Mukmin poli mane ntah, ayin semua. Ruzaimi dengan faisal ape laa cite, mmg dah lama gile tak dengar khabar dorang. entah entah dah kahwin kot? haha. korang ramai yang masuk form 6, sorry kita tak dapat bersama lagi semenjak aku blah g matrik. aku dah dapat kawan baru, tapi korang sentiasa dalam hati aku. Sentiasa.... ingat tu <3 

Bila dengar korang sambut bday sesame, buat kek sesame, study sesame. kekadang aku tersentap jugak, aku tak dapat celebrate sesame dengan korang. aku just boleh call or mcg korang je. sedihnya aku. masa aku nyanyi lagu bday untuk emah dalam phone, mse tu aku terbaring kat atas lantai. aku punya lah tahan air mata aku. rasa mcm nak meletup dada aku sbb sedih sangat. tapi aku takdelah tnjuk kat dia sbb aku nk korang tau aku sentiasa happy kat sini. aku suka dengar emah cakap.."terima kasih mun, sayang kooo...". seriously mse tu aku pnye lah sebak tapi aku tahan and still cakap smbil gelak-gelak dengan emah. pas abes je call tu, tros aku tekup muka aku dengan bantal nangis puas-puas. Then aku teringat yang mase kita sambut bday aku dalam kelas tu, aku rindu saat tu. echot ade calit muka aku dengan krim. happy gile kan time tu, nyanyi lagu bday sesame. makan kek powerpuff girl tajaan cikgu Rifaizal. haha sweet gilee :') mse tu konon-konon laa ayu gaduh dengan aku pastu taknak makan kek tu. ecehh sekarang dah baik, main rindu-rinduan pulak. haha :)

rindu gile kat korang. rindu nak balik zaman sekolah tapi aku tahu mende tu tak mungkin terjadi dah. kenangan paling manis dalam hidup aku yg telah berlalu dan takkan berulang lagi. semua dah meningkat ke alam dewasa, kalau dulu kita remaja+kanak-kanak sikit kita still boleh main-main, buat bende pelik sesame, kena marah dengan cikgu sesame. tapi sekarang, dah berlalu dah zaman tu.. sekarang rasa malu gile kena marah dengan pensyarah. haha! Uhh time sebut pasal cikgu ni, teringat yang aku bergaduh dalam kelas cikgu Zack tu. aku pasti korang pon takkan lupakan situasi tu kan?pasti terpahat lah dalam ingatan korang yg aku mengamuk mse tuhh, kesian fahmi kena tonjol kepala depan cikgu zack mse tuh. eeeee bila fikir balik, malunya aku sebagai perempuan bergaduh dengan sorang lelaki pasal bende kecik. dalam kelas lukisan kejuruteraan pon penah jugak aku mengamuk sampai koyak kertas lk tuhh. haaha bebudak LK je tauu :p

Ingat tak masa rehat? tiap kali kalau cikgu terlebih masa mengajar, akulah the only person yg akan cakap.. "CIKGU, DAH REHAT!".. kalo aku diam je, mesti korang soh aku cakap kat cikgu. ingat tak? ingat tak? hahahaha confident je sebab dah lapo perut memasing >.< pehh sumpah rindu. Dulu ada satu musim tu, korang rajin bawak bekal. dan aku pon penah jadi rajin bawak bekal karipap yang ibu aku buat yg si ayu,mina, ned ngan qila suka gila tuuu. kot. haha! then siap nak beli lagi. kahkahkah, yang ni, bila ingat. sumpah lawak! haha.

Kalau ranking sape datang paling awal, Qila pegang. Datang paling lambat? Aku or Faisal yang pegang. kahkah, pengawas tapi datang paling lambat. aku ler tuh. Si Juling? pegang rekod paling selalu tak datang kelas. hahahaha. sape tu sape tu? aliefffff~ kahkahkah! jangan marah woii. emm buat aku tersenyum sorang sorang ingat mende alah ni semua. pengawas paling hot amal, zila dengan echot ahh. aku? cool je :p and buat mina tersayang, kalau aku tak hasut cikgu Salmah dulu. mesti kau dah jadi pengawas kan. Sorry mina! aku nakal gile mse tuhhh. hahaha :D 

ishh memang tak abes kalo nak cite pasal semua, betapaaaaaaa rindunyaa aku dengan korang and cikgu semua. emm korang semua, i have to say that i love you all. endlessly :') korang lah sahabat, koranglah kenangan manis aku, dan koranglah pencipta hubungan persabatan yang maha tulus ni. 

sayang korang :')



khas buat korang semua :)


Friday, 18 January 2013

Berfikir sejenak...


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Rasanya macam baru update blog, tapi dah lama jugak tak update. mereka- mereka ni asyik cakap pasal blog je membuatkan aku rase nak update blog. GEDIK KAN GUA? GEDIK KAN??! Ehh apsal aku tak betul ni? entahlaa, minggu ni aku rasa nak pecah kepala otak aku dengan kerja berlambak. tido pukul 6 pagi, 3.30, paling awal pukul 1.30 pagi.. dimana roommates gua semua dah sedap terbongkang. sadiss tak hidup gua? yee memang sadis.

Dalam sadis-sadis begini, lagi sadis bila aku digosipkan dengan bebudak kelas aku. what a sad life of me. aku memang tak kisah sangat pun, layan kan aje. tapi kekadang bila aku sentap tu, aku mula lah badmood. ditambah dengan kepenatan yang wujud ni. alahaii tapi aku perasan satu, bila aku tukar mindset aku untuk sem 2 ni. Aku dah kurang stress berbanding sem yang lepas. even sem ni aku tido lambat and kerja berlambak pun aku tak rse stress yg sangat cam sem lepas. 

Sejak naik cuti haritu, aku terpilih utk menghadiri ceramah motivasi and semenjak tu aku dah tak minum air kotak. tukar mindset aku and macam-macam lagi aku buat. penceramah tu pesan dan aku still ingat ayat dia.

"Setiap kali kita merasa susah ketika belajar, ingatlah.. BELAJAR ITU AMANAH ALLAH"

Masa aku dengar ayat tu, nak menitis air mata aku. time balik bilik aku termenung kejap fikir ayat tu. aku muhasabah diri. dan satu benda yang aku sedar, selama ni aku terlalu banyak mengeluh.

"Susahlah.... payahlah belajar ni.. aku ni bodohla... bangang laa, jadah apa aku belajar ni???"

aku tersentap sekejap. aku terlalu cepat mengalah. patutlah terlalu mudah syaitan menggoda aku. sekarang aku sedikit tersedar yang aku tidak sepatutnya mudah mengalah. itu aku! hmm k lah, aku rse nak nangis plak buat post ni. 

p/s: aku exam ups 29 januari ni. maafkan segala kesilapan aku. doakan kejayaan aku ye. assalamualaikum semua....


Saturday, 15 December 2012

Cinta? Oh Noooo~


Assalamualaikum semua~ *alaa ala ustazah gitu*

kulat dah start membiak dah kat blog ni, takpe. aku try bersihkan harini yeaa. SEBELUM TU! apa motif gamba aku kat atas tu? hikhik, saja je aku nak tunjuk yg aku lagi comel dari Rosnah Mat Aris mahupun Izzah ombak rindu. jangan jelessss tau! *ayat mintak penampo betul* hahaha!

Ada berita baik aku nak bgtau korg semua. Aku kekal kat KMJ! result dah keluar. dapat 2.56 je. puas hati? the truth is finally revealed here. AKU TAK PUAS HATI doeeee! serius! kimia aku dapat B je. taikkk lah! sapa buat taik tu? aku lah. *malu malu kambing* hikhik, takpelah aku akan berusaha bersungguh-sungguh sem 2 ni. believe me! yang penting, kelas aku semua kekal! takde yg keluar pun even kelas ktorang paling gila-gila dalam KMJ ni. 4 flat 4 org :D yg lain ada yg sekitar aku and 3 above. dan satu berita baik, elaun masuk nanti sebab ktorg pointer atas 2.0. yg below 2.0, elaun kena tahan ceritanyaaa >.<

haaaa aku sejak kebelakangan ni asyik terfikir pasal someone je. entahlah kenapa. Nak kata jatuh cinta? mustahil lahhhh~ entah ah, aku pun pelik. sekarang ni aku ada ramai penasihat cinta. hikhik~ aku taknaklah! tunggu smpai abes matrik. baru nak confess. ecehh berangan lebih, nanti ibu marah aku baru tahu. selagi pointer tak above 3.0, malas lah aku berangan kuat sangat. belajar lagi penting kan. bak kata bio twitter si akim. ni priority nya. 

1.Allah
2. Family
3. Study
4. Friends

haha, tu je nak update. jaga diri! selamat malam :)




Friday, 7 December 2012

Bertukar kuliah sem 2.

Assalamualaikum. First of all, sorry eh kalo entry kali ni tak brape nak menarik. Sbb ni second time aku edit blog gune handphone. Rase kecik sgt youuu! Eeeee gigit kang! Haha gedik kemain skrg aku ni.

Oh ye, semester 2 baru je start. Ahad lepas ade org belanja aku kfc, terima kasih Akim Alim. Hikhik, budak kuliah lama. Hmm kuliah lama? Cam sedih kan bace, ktorang dipindahkan ke kuliah 3 daripada kuliah 2. Sedih pada mulanya. skrg its already back to the normal. But turns back to unnormal bila ramai ckp "rindu lah kelas MD16, dimana ada MD16. Disitu ade kemeriahan". Rase terharu pulak. Dah masuk sem 2 ni lah baru nak kenal budak kuliah lama antaranye sue.. Bla bla bla. Sue ni cantik. Hmm aku ni peramah orgnye, tp knape sem 2 baru kita kenal? Ishh rase ngeksss sgt. Haha :D dan aritu pak imam tego woo sebelah akim, aku ttbe speechless. Ishh aku ni kan *ketuk kepala* bende dlm kpale otak mcm2 nak tnye. Haha :D

Tu lah, bila dekat buat bodoh. Bila dah jauh baru dirindui. Kenapooo? *bak kata miss ng* . Sebab manusia ada ego. Ego taknak tego yang lain. Hikhik. Terasa? Silakan. Haha kat kuliah 3 ni aku nk cite, ade budak pmpuan suke sendawa kuat. Tu yg aku tak brape berkenan. No manners at all! Rase nak cmpak je telur kat muka. Ishhh saba munira ;)

Tp budak kuliah 3 ni satu je aku perasan. Sangat pick up matematik! Hebaqqq ah. Tu je nak cite, nanti aku update lg. Bye <3

Friday, 30 November 2012

Sedikit kata.


Assalamualaikum!
aucakk! ala-ala budak 5 tahun bermain di tepi longkang, aku memulakan mukadimah penuh manja ini. rasa nak tampar? sila tampar skrin pc anda sekarang. kehkeh! *sambil ketawa menyetan*
Lama tak nmpak aku update blog kan? lama gile kan. sampai ade org request suruh aku update blog. dlm hati aku . "heh, sejak bila gua pemes ni? smpai request gua update, mengalahkan retisss youuuu~". aku tahu aku akan dibaling dengan timun dan teloqq jika cakap cenggini kat alam realiti. haha!

Rindu aku? you can count on me like one..two.. three, and i will be there for you.. K ni tipu. haha aku pun rindu gileeee dengan dunia blog. seriously rindu, kenapa? sebab rindu lah. terlalu lama rasanya aku memendam ape yg aku nak tulis , tak dapat tulis dlm blog , lalu dinding sebelah katil aku menjadi mangsa. dasar vandalism! kalau Rosmah Mansur datang melawat bilik aku ni, mahu rambutnya gugur satu persatu. 

"Mun kenapa lama tak update blog kau? ".lalu aku menjawab penuh jujur.."aku busy study, exam nak dekat, aku takleh main-main sangat. sbb tu aku tak update. dah abes pekse aku update eh!". kata aku kepada seorang hamba Allah. Ye, secara jujurnya. aku sangat sibuk. study. nmpak macam aku ni kuat main-main. tp time serius, i will become really serious. "waddefak?" kata seorang hamba Allah. "kau penah serius ke Munira?". 

Persetankan kata-kata itu. nampak mmg aku selalu tak serius, selalu sangat. tp kalau aku serius, jangan dicari pasal. mahunya nanti kes masuk ke mahkamah tertinggi negara. K tipu. aku pun tak tahu ape aku merepek ni. aku update blog just nak tulis:

"Aku dah berjaya menghabiskan semester 1 di Kolej Matrikulasi Johor dan masih hidup lagi. haha!"
kbye :)