Friday, 12 July 2013

Masuk U? ehem.

Assalamualaikum. Sihat?

Eh lupa aku masih ada blog lagi. Setelah sekian lama tidak berblog, akhirnya aku rasa aku patut menulis satu entri hari ni. Entri formal. Eceh! Ada suprise yang tak berapa nak suprise yang aku nak beritahu kepada pembaca kesayangan sekalian. Apadiaa Munira Ibrahim? Dengan suprise ni, sedikit sebanyak mengubat hati aku yang duka lagi lara dengan result exam PSPM 2 yang hambar tu. Oh, actually taklah hambar sangat. Meningkat sangat dari sem pertama. Agak okay lah walaupun tak berapa okay bagi aku.

Berapa result engkau, Munira?

Entah kenapa aku takde hati nak bagitau kat blog. Aku just bagitau bebudak kelas aku and kawan-kawan aku kat form 6.

"Okay lah result tu bagi budak sains macam kau. Susah sains tu, kira kau boleh bawak lah. Kalau tak, takkan aku keluar dari aliran sains kat form 6. Okay lah tu, jangan sedih. sekurang-kurangnya kau dah habis matrik. Alhamdulillah"- kawan baik aku.

"Mun, tahniah! At least kau meningkat! Jangan lah cakap macam tu. Tahniah, tak dapat 4 flat pun takpe, janji kita semua dah berusaha kan?"- kawan baik kat matrik.

Perasaan aku masa keluar result tu macam, ahhh leganya aku dah lepas matrik. Happy pun ya tapi cam sedih gak. Takpe tak dapat 4 flat sekalipun, yang penting aku dah lulus dan berjaya menamatkan pengajian. Setahun yang susah tu, yang bagi aku tekanan memang sampai aku hyper stress tu takkan aku lupa sampai bebila. walaupun susah sebab aku berasal dari sekolah harian biasa, di matrik lah aku belajar cara belajar budak SBP dan MRSM mahupun sekolah kluster. dekat sana, kami sama. Semua datang dengan niat nak belajar and ada yang extra tu mencari calon jodoh. kahkah!

K, berbalik pada suprise tadi.

Punya lah excited semalam keluar result UPU, tepat pukul 12 tengah hari, aku terus hantar sms kat 15888 nak check result. Dua kali aku send, and sepanjang menunggu 15888 tu reply text aku, aku asyik berdoa je. 2 minit kemudian. ahhh, gembiranya aku. berita yang menggembirakan. Nahh, aku terus call ibu. Ibu menangis kegembiraan tu. Aku punya gembira, hanya Allah yang tahu. Bila aku check online, ni hasil dia. 

                                                       These really made my day. :)

Alhamdulillah.. Aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian. By the way aku memang berharap sangat nak masuk UTeM ni, berharap sangat. Mula-mula cam tak percaya jugak bilaa CK87 ni, sebenarnya pilihan pertama aku kat permohonan UPU. Eishh, Orang cakap pilihan pertama takkan kena selalunya, selalunya kena pilihan yang dah nak akhir. Aku pun percayalah sebab masa SPM dulu, aku dapat UPU pilihan ke-6, Dip. Sains kuantitatif kat UiTM yang bila aku dapat, aku terus tolak sebab nak masuk matrik. So, aku berharap dapat software engineering sebenarnyaa tapi dah dapat electronic engineering, takpelah. Alhamdulillah. at least dia dibawah fakulti electronic and computer engineering. Ni tengok ni, pilihan pertama. haha


Aku memang nak lari dari bidang sains, kecuali sains komputer, cukuplah masa kat sekolah dulu aku aliran sains tulen, pastu kat matrik aliran sains fizikal.. Sebab tu aku punya pilihan rata-ratanya engineering and adalah satu dua yang pasal kimia sebab aku minat kimia kan, tu pun aku letak pilihan akhir sebab aku kurang berapa minat UiTM. taktahu kenapa. Dan aku kebanyakannya berfokus pada komputer. hihi, entah. taktahu lah kenapa. maybe sebab minat kot? Mekanikal tu? aku hentam je. haha.

Rasanya dah terlalu panjang aku menaip ni, haha. yelah, lama tak menaip. Aku undur diri dulu lah ya, doakan kejayaan aku di UTeM selepas ini. kalau budak UiTM kata, "UiTM di hatiku". Aku pulak....

"UTeM dihatiku!"

Sekian. Moga bertemu lagi. Salam sayang, Munira Ibrahim.

p/s : sila tekan gambar untuk besarkan.

No comments:

Post a Comment