Assalamualaikum w.b.t semua.
Rasa lama sudah jari jemari comel ini tidak mengetuk keyboard usang ini, terasa diri ini dihimpit kerinduan dengan kehidupan blog. puihhh! poyonyeeee ayat aku! dah lama tinggal matapelajaran bahasa melayu, menangis diri ini membaca tulisan yang gramatis sebegitu. haha, ada rasa nak baling tembikai tak kat aku skrg? sila lah, dipersila dengan segala hormatnya. hihiihi *smbil buat ketawa paling comel* :D
So, berblognya aku disini untuk menulis entry yang agaknya... emm, emmm hambar? best? lawak? serius? entah, biar korang lah yang menilai. hehe. semenjak dua tiga empat menjak ni, rasa macam malas gila. badan lemah gila. yelah, akibat aktiviti menternak lemak yang semakin berleluasa menyebabkan metabolisma aku kurang membuat kerja. fizikal lembik and emosi yang sedikit gila. agaknya.. tapi, secara zahirnya, aku tetap Munira binti Ibrahim yang kuat macam ironman. *booooooooo, tipu!* haha!
Aktiviti menternak lemak?
ehemmmmm, ngengade nye tangan aku nak mention beso gaban gitu. malu titewww. aihhh~ haha! so, sebenarnya aktiviti ni takde lah aku amalkan sangat. ibu aku marah. muehehe. dan secara officially nak bgtau jugak ni, aku dah abes matrik. yeeeee Kolej Matrikulasi Johor tu. kejap je kan, day by day berlalu, then setahun sudah berada di KMJ.
Di matrik,
Aku belajar berdikari,
Aku belajar uruskan kewangan sendiri,
Aku belajar tidur lambat untuk study,
Aku belajar kuatkan semangat aku sendiri,
Aku belajar pentingnya sokongan daripada kawan,
Aku belajar nilai persahabatan bak sebuah keluarga,
Aku belajar hadapi apa jua dengan hati yang terbuka,
Aku belajar pentingnya berjumpa dengan pensyarah,
Aku belajar pelbagai perkara yang aku tak pernah belajar. that's the main point.
kat matrik, best gila sebab dapat ramai kawan. seriously! aku selalu pegang kata ibu "Kalau kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita.." dan dengan kata-kata itu, aku juga belajar buat baik dengan semua orang sekeliling aku. keluarga MD16 aku, mama azlina.. mentor MD16. aku rindu korang semua. korang dah macam keluarga aku. apa-apa hal, kita kongsi sesama. dalam KMJ tu, aku rasa kelassss kita lah paling kamceng. paling rapat. rindu gila kat MD16. itulah sebahagian kenangan manis aku di KMJ. classmate yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. korang best! aku bole katakan yang matrik lagi best dari sekolah menengah even belajar susah :) terima kasih utk MD16.
sebahagian MD16.
Alhamdulillah, thank you Allah.
No comments:
Post a Comment