Friday, 5 June 2015
Busy Dan Final.
Assalamualaikum, dah setahun lebih tak rasa nak update blog ni. Dah tiga sem berlalu, baru hari ni rasa nak post entry baru. Sihat semua nya? Aku sihat aje.
Dah nak final ni, doakan kejayaan aku. Terima kasih :)
Tuesday, 25 February 2014
Dengarlah bintang hatiku..
Assalamualaikum w.b.t.
3 bulan aku tak update, ya 3 bulan. 3 bulan yang aku rasa terlalu busy dan langsung tidak sempat menjenguk blog. Terlalu sibuk menjalani hidup sebagai seorang student disamping kawan-kawan tercinta. Ya aku rindu, rindu sangat.
Kini,
sudah masuk semester 2. Sudah seminggu lebih, dan ya aku rindu lagi. Aku rindu kawan-kawan aku. Aku rasa aku keseorangan, aku rasa lemah. 7 orang hilang sekaligus dan meninggalkan aku keseorangan, sungguh terkesan di hati ni. ya aku sangat merindui mereka. Hanya Allah je tahu macam mana aku rindu mereka, bukanlah aku takde kawan lain. ada, tapi tidak sama.
Engkau boleh bayangkan tak?
kawan yang selalu kejut kau pergi kelas,
kawan yang selalu pergi ke kelas sama-sama dengan kau setiap pagi,
kawan yang selalu lepak dengan kau,
kawan yang selalu teman kau borak,
kawan yang selalu kau lepaskan apa yang terpendam dihati kau,
kawan yang selalu risaukan kau,
kawan yang selalu cuba nasihat kau,
pendek kata, kawan yang selalu ada untuk kau.
tiba-tiba, hilang macam tu je? Aku rasa aku kawan yang tak berguna sebab aku tak mampu bimbing mereka. kerana sekeping result exam yang menyayat hati, lantas pihak universiti berkeputusan memisahkan aku dengan mereka. dan kini, tinggallah aku seorang diri di universiti, di bilik yang sama, di aras yang sama dengan mereka. Dulu suara mereka sentiasa ada, menjerit.. buat bising.. sampai selalu kena marah dengan aku. Tapi sekarang? takde lagi. Sunyi. Setiap malam, diri ini menangis, hati masih belum mampu berganjak dengan memori bersama mereka. ya, aku rinduuuuu sangat. Rindu sangat sangat. Separuh daripada jiwa aku lesap seketika,
terkesan dalam hati ni, sangat terkesan dengan ketiadaan mereka. Aku selalu berpura-pura kuat di hadapan orang ramai, sentiasa tersenyum. Masih mampu ketawa sedangkan dalam hati ni, aku tak kuat. Aku menangis seorang diri dikala dinihari. Sedih dihati, Allah je tahu. Aku akan teruskan hidup aku, terpaksa disini. tapi aku sentasa menanti kehadiran kawan-kawan aku kembali.
Buat Azie, Ayu, Miaa, Mira, Syam, Aim, dan Sue.
Maafkan aku, aku bukan kawan yang baik. Tapi, ketahuilah aku sayang sangat dengan korang, Waktu aku baca setiap conversations group whatsapp kita, sekuat mana pun aku, mesti ada rasa sedih dalam hati. Hati aku nak pecah dan aku menangis semahunya bila aku tahu semua tak ada bersama dengan aku untuk sem 2 ni. Hati aku hancur berkecai, aku tahu betapa sedihnya perasaan aku, sedih lagi perasaan korang. Aku turut sama merasai kesedihan tersebut, tapi apa aku boleh buat? Wahai sahabat, aku masih menunggu kehadiran korang di FKEKK kembali. Tak kisahlah siapa senior siapa junior, korang tetap BENW 2013/2014 dalam jiwa aku. Terfaktab.
Wahai sayangku sekalian,
jika ada jodoh berjumpa lah kita lagi, kerana sesungguhnya pertemuan kita kerana Allah dan perpisahan kita juga kerana Allah. Aku harap kita semua mampu tabah, harus tabah untuk menjalani hari hari mendatang. Rindu ini, aku tukarkan menjadi doa agar kehidupan korang lebih diberkati dan lebih kuat untuk menghadapi dugaan duniaa luar. Korang lah 'bloodsista' terhebat dalam hidup aku. :)
Salam sayang dari sahabatmu, dan lagu ini khas untuk korang semua.

Sunday, 17 November 2013
R.I.P Hafyza Victoria Wilson :(
Assalamualaikum, lama rasanya tidak menulis. Lama rasanya menyimpan perasaan ini sorang-sorang. Lama rasanya memendam rindu ini, Ah semua lama. Malam ini rasanya nak lontarkan segala apa yang ada di hati. Tapi bukanlah disini sepatutnya, kepada Allah aku bercerita.
Hewhew, taknak lah cerita sedih-sedih. Nak semua orang happy. Taknak orang sedih sebab aku. Lately, sejak awal muharram tu aku dah pasang cita-cita baru dalam memburu cintaNya. Aku insan berdosa, aku selalu dapat apa yang aku nak, tapi aku selalu lupa pada si Dia pemberi benda yang aku nak, Dia. Aku nak masuk matrik, aku dapat! aku nak sangat masuk UTeM, aku dapat! aku nak duit, aku dapat! Almost everything aku nak, aku dapat! Ya Allah.....
Entahlah, aku rasa tak tenang dah lama. Aku cerita kat ibu aku, ibu kata maybe aku tak serahkan hati aku sepenuhnya dekat Dia. Maybe aku tak yakin akan Dia. Aku cuba muhasabah diri, aku cuba.. Sebenarnya aku sedih harini, kawan Australia aku yang aku dah cari setahun lamanya, akhirnya aku dapat tahu dia meninggal akibat cancer. Sedihnya, dia baik. Hafyza Victoria Wilson. Seorang gadis kacukan korea and australia belah bapanya. Dah lama aku kenal dia, dia umur sama dengan kita. Aku mula-mula kenal dia kat formspring, then skype and facebook. Tapi sejak setahun yang lalu, dia hilang tanpa jejak. Sampailah harini, aku tanya kat seorang tu, dia cakap vicky dah takde, dah setahun. Paling sedih, aku tak pernah tahu dia ada cancer. Aku tengok dia seorang tabah. Dia christian, ikut mak dia. Bapa dia islam, sayang..... Aku nak sangat tarik dia peluk islam, tapi entah lah aku tak tahu dia meninggal dalam agama apa. but, R.I.P Vicky :'(
Sekian, aku dah taktahu nak taip apa. Aku sedih. :'( Assalamualaikum.
Saturday, 12 October 2013
Kisah kena prank di Universiti :)
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa kabo semuanya? harap semua bebaik je hendaknya. So, pada hari yang berbahagia ni, di kesempatan ada internet kat rumah ni, maka gua pun terasa nak update blog. sungguh rindu hamba pada blog yang tidak di-update hampir tiga bulan ni. lu orang rindu gua tak? tak rindu, hmmmm ada gua kisah? haha. sebenarnya, post ni dah ada kat draft lama. cuma aku baru nak sambung tulis.
So, dah sebulan setengah lah aku menapak di UTeM tercinta tu. Dah setengah bulan jugak aku masuk kuliah, lab dan sebagainya. Kehidupan dekat U sangat tak padat macam dekat matrik dulu. Course aku pun cuma 13 jam kredit je, dalam sehari tu kelas paling banyak pun 3-4 je. Ada yang satu kelas je dalam sehari. Jadi aku ada sangat banyak masa untuk tidur, malangnya tahap tidur aku disini sangat kurang berbanding di matrik dulu. tak tahu lah kenapa, tak rajin nak tidur. malam pun pukul 2-3 pagi baru tidur, kekadang study kekadang aku dok terkebil-kebil atas katil, kekadang main handset. Entahlah, makin tua ni makin susah nak tidur agaknya.
haha, bercakap mengenai tua. 7 oktober yang lepas, aku menyambut birthday aku yang ke-19. Aku ingat tak kena prank, rupanya kena jugak. Kengkawan aku siap buat group whatsapp plan nak kenakan aku, yang aku blur. Aku taktahu pape, tak expect pun ape benda. by the way, aku jadi ketua kelas sem ni untuk course aku, 1-BENW. Jadi, aku kira adalah yang kenal aku. haha siap ade clique dah sekarang. haa sambung pasal prank tu, malam 7 oktober tu, aku tengah sesedih la kann, dorang ni tak wish aku dari pagi. yang aku dapat pepagi buta cuma bungkusan dari 'secret admire'. Aku tak perasan, tapi masa kawan aku ketuk pintu dia terus bagi aku benda tu, kata dia memang ada depan pintu dah. dia pun terkejut, oku pun macam...
"sape jelah secret admire aku? kahkahkah ni mesti keje bebudak ni"
so haritu kelas ada satu je, aku pun penat gila settlekan hal ptptn dengan pegawai yang takde manner langsung tu sampai petang. nyampah! heishhh. jadi, aku penat gila. Malam tu membe2 aku ajak aku makan luar, okay aku join la. masa balik aku drive la, pastu ada yang nak berak la, terus aku pecut lah. rupanya dorang ni merancang sesuatu, aku pun balik lah bilik cam biasa, tak lama kemudian, meeya panggil aku, datang bilik aku buat cerita memende ntah. aku pun.
"malas aku, nak prank lettew."
"Eh mana ada, mun sampai hati ke nak soh sue drive sorang? taknak teman ke, kan mun pndai drive"
pastu aku kata aku nak berak, sebab aku memang sakit perut pun. dalam bilik air tu, ayu panggil aku.
"Mun, kau buat mende?"
"aku beraklah gila, kenapa?"
senyap. takde jawapan. pastu aku dah habis basuh, pakai seluar semua. molek kena simbah air dari atas, aku bukak pintu jamban, bushhh! air lagi sebaldi. air tu campuran colgate+softlan+sabun basuh baju+kopi. pehh pedih gila mata, pastu aku disimbah bertalu-talu. aku ingat dorang cuci baldi tu, rupanya dorang pergi simbah kat aku. rambut aku memang bau softlan, mata pedih tak terkata. abes baju dengan jeans aku basah lencun! keluar dari pintu bilik air je, kena simbah lagi. aras kitorang memang basah abes lah malam tu, pastu part paling aku terharu dorang bawak kek, nyanyi lagu beramai-ramai untuk aku. Terharu hoccay! tapi tak nangis pun. haha, pastu punyaa event lagi dasyat. muka aku jadi masker krim kek. haha, malam tu memang dahsyat. semua kena calit dengan krim kek. hahaha. rambut aku even dah mandi tetap bau softlan sampai esoknya.
aku je tahu siapa secret admire aku tu. psttt :p
comel gila kek! pink okay! haha.
Dan paling bermakna sekali,
thankyou dear BFF, edit gambar ni. :)
Terima kasih buat semua. aku sayang korang. Ada yang call nyanyi lagu birthday, ibu dan aishah. aku sangat menghargai. xoxo! Terima kasih yang hantar via text and whatsapp. aku tak termampu nak balas semuanya. maafkan aku. Terima kasih atas ucapan dari kengkawan sekolah rendah, menengah, kengkawan dari matrik dan kengkawan baru aku. Semoga 4 tahun amek degree ni menjadi tahun paling bermakna dalam hidup aku. Sekian.
Friday, 12 July 2013
Masuk U? ehem.
Assalamualaikum. Sihat?
Eh lupa aku masih ada blog lagi. Setelah sekian lama tidak berblog, akhirnya aku rasa aku patut menulis satu entri hari ni. Entri formal. Eceh! Ada suprise yang tak berapa nak suprise yang aku nak beritahu kepada pembaca kesayangan sekalian. Apadiaa Munira Ibrahim? Dengan suprise ni, sedikit sebanyak mengubat hati aku yang duka lagi lara dengan result exam PSPM 2 yang hambar tu. Oh, actually taklah hambar sangat. Meningkat sangat dari sem pertama. Agak okay lah walaupun tak berapa okay bagi aku.
Berapa result engkau, Munira?
Entah kenapa aku takde hati nak bagitau kat blog. Aku just bagitau bebudak kelas aku and kawan-kawan aku kat form 6.
"Okay lah result tu bagi budak sains macam kau. Susah sains tu, kira kau boleh bawak lah. Kalau tak, takkan aku keluar dari aliran sains kat form 6. Okay lah tu, jangan sedih. sekurang-kurangnya kau dah habis matrik. Alhamdulillah"- kawan baik aku.
"Mun, tahniah! At least kau meningkat! Jangan lah cakap macam tu. Tahniah, tak dapat 4 flat pun takpe, janji kita semua dah berusaha kan?"- kawan baik kat matrik.
Perasaan aku masa keluar result tu macam, ahhh leganya aku dah lepas matrik. Happy pun ya tapi cam sedih gak. Takpe tak dapat 4 flat sekalipun, yang penting aku dah lulus dan berjaya menamatkan pengajian. Setahun yang susah tu, yang bagi aku tekanan memang sampai aku hyper stress tu takkan aku lupa sampai bebila. walaupun susah sebab aku berasal dari sekolah harian biasa, di matrik lah aku belajar cara belajar budak SBP dan MRSM mahupun sekolah kluster. dekat sana, kami sama. Semua datang dengan niat nak belajar and ada yang extra tu mencari calon jodoh. kahkah!
K, berbalik pada suprise tadi.

Punya lah excited semalam keluar result UPU, tepat pukul 12 tengah hari, aku terus hantar sms kat 15888 nak check result. Dua kali aku send, and sepanjang menunggu 15888 tu reply text aku, aku asyik berdoa je. 2 minit kemudian. ahhh, gembiranya aku. berita yang menggembirakan. Nahh, aku terus call ibu. Ibu menangis kegembiraan tu. Aku punya gembira, hanya Allah yang tahu. Bila aku check online, ni hasil dia.
These really made my day. :)
Alhamdulillah.. Aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi Wayarles) Dengan Kepujian. By the way aku memang berharap sangat nak masuk UTeM ni, berharap sangat. Mula-mula cam tak percaya jugak bilaa CK87 ni, sebenarnya pilihan pertama aku kat permohonan UPU. Eishh, Orang cakap pilihan pertama takkan kena selalunya, selalunya kena pilihan yang dah nak akhir. Aku pun percayalah sebab masa SPM dulu, aku dapat UPU pilihan ke-6, Dip. Sains kuantitatif kat UiTM yang bila aku dapat, aku terus tolak sebab nak masuk matrik. So, aku berharap dapat software engineering sebenarnyaa tapi dah dapat electronic engineering, takpelah. Alhamdulillah. at least dia dibawah fakulti electronic and computer engineering. Ni tengok ni, pilihan pertama. haha
Aku memang nak lari dari bidang sains, kecuali sains komputer, cukuplah masa kat sekolah dulu aku aliran sains tulen, pastu kat matrik aliran sains fizikal.. Sebab tu aku punya pilihan rata-ratanya engineering and adalah satu dua yang pasal kimia sebab aku minat kimia kan, tu pun aku letak pilihan akhir sebab aku kurang berapa minat UiTM. taktahu kenapa. Dan aku kebanyakannya berfokus pada komputer. hihi, entah. taktahu lah kenapa. maybe sebab minat kot? Mekanikal tu? aku hentam je. haha.
Rasanya dah terlalu panjang aku menaip ni, haha. yelah, lama tak menaip. Aku undur diri dulu lah ya, doakan kejayaan aku di UTeM selepas ini. kalau budak UiTM kata, "UiTM di hatiku". Aku pulak....
"UTeM dihatiku!"
Sekian. Moga bertemu lagi. Salam sayang, Munira Ibrahim.
p/s : sila tekan gambar untuk besarkan.
Tuesday, 14 May 2013
Alhamdulillah, thank you Allah.
Assalamualaikum w.b.t semua.
Rasa lama sudah jari jemari comel ini tidak mengetuk keyboard usang ini, terasa diri ini dihimpit kerinduan dengan kehidupan blog. puihhh! poyonyeeee ayat aku! dah lama tinggal matapelajaran bahasa melayu, menangis diri ini membaca tulisan yang gramatis sebegitu. haha, ada rasa nak baling tembikai tak kat aku skrg? sila lah, dipersila dengan segala hormatnya. hihiihi *smbil buat ketawa paling comel* :D
So, berblognya aku disini untuk menulis entry yang agaknya... emm, emmm hambar? best? lawak? serius? entah, biar korang lah yang menilai. hehe. semenjak dua tiga empat menjak ni, rasa macam malas gila. badan lemah gila. yelah, akibat aktiviti menternak lemak yang semakin berleluasa menyebabkan metabolisma aku kurang membuat kerja. fizikal lembik and emosi yang sedikit gila. agaknya.. tapi, secara zahirnya, aku tetap Munira binti Ibrahim yang kuat macam ironman. *booooooooo, tipu!* haha!
Aktiviti menternak lemak?
ehemmmmm, ngengade nye tangan aku nak mention beso gaban gitu. malu titewww. aihhh~ haha! so, sebenarnya aktiviti ni takde lah aku amalkan sangat. ibu aku marah. muehehe. dan secara officially nak bgtau jugak ni, aku dah abes matrik. yeeeee Kolej Matrikulasi Johor tu. kejap je kan, day by day berlalu, then setahun sudah berada di KMJ.
Di matrik,
Aku belajar berdikari,
Aku belajar uruskan kewangan sendiri,
Aku belajar tidur lambat untuk study,
Aku belajar kuatkan semangat aku sendiri,
Aku belajar pentingnya sokongan daripada kawan,
Aku belajar nilai persahabatan bak sebuah keluarga,
Aku belajar hadapi apa jua dengan hati yang terbuka,
Aku belajar pentingnya berjumpa dengan pensyarah,
Aku belajar pelbagai perkara yang aku tak pernah belajar. that's the main point.
kat matrik, best gila sebab dapat ramai kawan. seriously! aku selalu pegang kata ibu "Kalau kita baik dengan orang, orang pun akan baik dengan kita.." dan dengan kata-kata itu, aku juga belajar buat baik dengan semua orang sekeliling aku. keluarga MD16 aku, mama azlina.. mentor MD16. aku rindu korang semua. korang dah macam keluarga aku. apa-apa hal, kita kongsi sesama. dalam KMJ tu, aku rasa kelassss kita lah paling kamceng. paling rapat. rindu gila kat MD16. itulah sebahagian kenangan manis aku di KMJ. classmate yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. korang best! aku bole katakan yang matrik lagi best dari sekolah menengah even belajar susah :) terima kasih utk MD16.
sebahagian MD16.
Alhamdulillah, thank you Allah.
Sunday, 17 March 2013
With Love, endlessly.
With L.O.V.E, Munira Binti Ibrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) dengan satu kali lafazzz, aku nikahkan dikau dengan polan si polan dengan mas kahwinnya 2K setengah. Haaa tu diaaaaa start dah mengarut aku ni. haha >.< ehh hye, lama gileeeeeeeeee tak update blog. Rindu? haruslah. rindu sangat. Tiap kali aku tak update blog mesti akan ada yang tanya kenapa aku tak update blog. uhh, aku takde mase lah. sorry sorry sorry sorry *sambil menyanyi lagu super junior* hihi. emm rindu. semua orang aku rindu. rindu kawan sekolah lama. seriously aku selalu ingat dorang kat sini.
aku bertudung pelaangi :)
Masa berlalu cepat jee. dah nak dekat abes dah matrik ni. aku memang tak sabar nak meet all my friends especially from 5 ST session 2011. Rindu tahap gaban tahu tak? entah lah korang ni rindu aku ke tak. even kita selalu whatsapp, contact kat FB or Twitter. tak same doe rasa nya bila jumpa face to face. lagi bermakna. dapat melepaskan rindu. Aku tahu memasing dah jauh, aku sesat kat Tangkak, qila kat KL, fahmi kat Melaka, Mukmin poli mane ntah, ayin semua. Ruzaimi dengan faisal ape laa cite, mmg dah lama gile tak dengar khabar dorang. entah entah dah kahwin kot? haha. korang ramai yang masuk form 6, sorry kita tak dapat bersama lagi semenjak aku blah g matrik. aku dah dapat kawan baru, tapi korang sentiasa dalam hati aku. Sentiasa.... ingat tu <3
Bila dengar korang sambut bday sesame, buat kek sesame, study sesame. kekadang aku tersentap jugak, aku tak dapat celebrate sesame dengan korang. aku just boleh call or mcg korang je. sedihnya aku. masa aku nyanyi lagu bday untuk emah dalam phone, mse tu aku terbaring kat atas lantai. aku punya lah tahan air mata aku. rasa mcm nak meletup dada aku sbb sedih sangat. tapi aku takdelah tnjuk kat dia sbb aku nk korang tau aku sentiasa happy kat sini. aku suka dengar emah cakap.."terima kasih mun, sayang kooo...". seriously mse tu aku pnye lah sebak tapi aku tahan and still cakap smbil gelak-gelak dengan emah. pas abes je call tu, tros aku tekup muka aku dengan bantal nangis puas-puas. Then aku teringat yang mase kita sambut bday aku dalam kelas tu, aku rindu saat tu. echot ade calit muka aku dengan krim. happy gile kan time tu, nyanyi lagu bday sesame. makan kek powerpuff girl tajaan cikgu Rifaizal. haha sweet gilee :') mse tu konon-konon laa ayu gaduh dengan aku pastu taknak makan kek tu. ecehh sekarang dah baik, main rindu-rinduan pulak. haha :)
rindu gile kat korang. rindu nak balik zaman sekolah tapi aku tahu mende tu tak mungkin terjadi dah. kenangan paling manis dalam hidup aku yg telah berlalu dan takkan berulang lagi. semua dah meningkat ke alam dewasa, kalau dulu kita remaja+kanak-kanak sikit kita still boleh main-main, buat bende pelik sesame, kena marah dengan cikgu sesame. tapi sekarang, dah berlalu dah zaman tu.. sekarang rasa malu gile kena marah dengan pensyarah. haha! Uhh time sebut pasal cikgu ni, teringat yang aku bergaduh dalam kelas cikgu Zack tu. aku pasti korang pon takkan lupakan situasi tu kan?pasti terpahat lah dalam ingatan korang yg aku mengamuk mse tuhh, kesian fahmi kena tonjol kepala depan cikgu zack mse tuh. eeeee bila fikir balik, malunya aku sebagai perempuan bergaduh dengan sorang lelaki pasal bende kecik. dalam kelas lukisan kejuruteraan pon penah jugak aku mengamuk sampai koyak kertas lk tuhh. haaha bebudak LK je tauu :p
Ingat tak masa rehat? tiap kali kalau cikgu terlebih masa mengajar, akulah the only person yg akan cakap.. "CIKGU, DAH REHAT!".. kalo aku diam je, mesti korang soh aku cakap kat cikgu. ingat tak? ingat tak? hahahaha confident je sebab dah lapo perut memasing >.< pehh sumpah rindu. Dulu ada satu musim tu, korang rajin bawak bekal. dan aku pon penah jadi rajin bawak bekal karipap yang ibu aku buat yg si ayu,mina, ned ngan qila suka gila tuuu. kot. haha! then siap nak beli lagi. kahkahkah, yang ni, bila ingat. sumpah lawak! haha.
Kalau ranking sape datang paling awal, Qila pegang. Datang paling lambat? Aku or Faisal yang pegang. kahkah, pengawas tapi datang paling lambat. aku ler tuh. Si Juling? pegang rekod paling selalu tak datang kelas. hahahaha. sape tu sape tu? aliefffff~ kahkahkah! jangan marah woii. emm buat aku tersenyum sorang sorang ingat mende alah ni semua. pengawas paling hot amal, zila dengan echot ahh. aku? cool je :p and buat mina tersayang, kalau aku tak hasut cikgu Salmah dulu. mesti kau dah jadi pengawas kan. Sorry mina! aku nakal gile mse tuhhh. hahaha :D
ishh memang tak abes kalo nak cite pasal semua, betapaaaaaaa rindunyaa aku dengan korang and cikgu semua. emm korang semua, i have to say that i love you all. endlessly :') korang lah sahabat, koranglah kenangan manis aku, dan koranglah pencipta hubungan persabatan yang maha tulus ni.
sayang korang :')
khas buat korang semua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)