Friday, 18 January 2013

Berfikir sejenak...


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :)

Rasanya macam baru update blog, tapi dah lama jugak tak update. mereka- mereka ni asyik cakap pasal blog je membuatkan aku rase nak update blog. GEDIK KAN GUA? GEDIK KAN??! Ehh apsal aku tak betul ni? entahlaa, minggu ni aku rasa nak pecah kepala otak aku dengan kerja berlambak. tido pukul 6 pagi, 3.30, paling awal pukul 1.30 pagi.. dimana roommates gua semua dah sedap terbongkang. sadiss tak hidup gua? yee memang sadis.

Dalam sadis-sadis begini, lagi sadis bila aku digosipkan dengan bebudak kelas aku. what a sad life of me. aku memang tak kisah sangat pun, layan kan aje. tapi kekadang bila aku sentap tu, aku mula lah badmood. ditambah dengan kepenatan yang wujud ni. alahaii tapi aku perasan satu, bila aku tukar mindset aku untuk sem 2 ni. Aku dah kurang stress berbanding sem yang lepas. even sem ni aku tido lambat and kerja berlambak pun aku tak rse stress yg sangat cam sem lepas. 

Sejak naik cuti haritu, aku terpilih utk menghadiri ceramah motivasi and semenjak tu aku dah tak minum air kotak. tukar mindset aku and macam-macam lagi aku buat. penceramah tu pesan dan aku still ingat ayat dia.

"Setiap kali kita merasa susah ketika belajar, ingatlah.. BELAJAR ITU AMANAH ALLAH"

Masa aku dengar ayat tu, nak menitis air mata aku. time balik bilik aku termenung kejap fikir ayat tu. aku muhasabah diri. dan satu benda yang aku sedar, selama ni aku terlalu banyak mengeluh.

"Susahlah.... payahlah belajar ni.. aku ni bodohla... bangang laa, jadah apa aku belajar ni???"

aku tersentap sekejap. aku terlalu cepat mengalah. patutlah terlalu mudah syaitan menggoda aku. sekarang aku sedikit tersedar yang aku tidak sepatutnya mudah mengalah. itu aku! hmm k lah, aku rse nak nangis plak buat post ni. 

p/s: aku exam ups 29 januari ni. maafkan segala kesilapan aku. doakan kejayaan aku ye. assalamualaikum semua....


Saturday, 15 December 2012

Cinta? Oh Noooo~


Assalamualaikum semua~ *alaa ala ustazah gitu*

kulat dah start membiak dah kat blog ni, takpe. aku try bersihkan harini yeaa. SEBELUM TU! apa motif gamba aku kat atas tu? hikhik, saja je aku nak tunjuk yg aku lagi comel dari Rosnah Mat Aris mahupun Izzah ombak rindu. jangan jelessss tau! *ayat mintak penampo betul* hahaha!

Ada berita baik aku nak bgtau korg semua. Aku kekal kat KMJ! result dah keluar. dapat 2.56 je. puas hati? the truth is finally revealed here. AKU TAK PUAS HATI doeeee! serius! kimia aku dapat B je. taikkk lah! sapa buat taik tu? aku lah. *malu malu kambing* hikhik, takpelah aku akan berusaha bersungguh-sungguh sem 2 ni. believe me! yang penting, kelas aku semua kekal! takde yg keluar pun even kelas ktorang paling gila-gila dalam KMJ ni. 4 flat 4 org :D yg lain ada yg sekitar aku and 3 above. dan satu berita baik, elaun masuk nanti sebab ktorg pointer atas 2.0. yg below 2.0, elaun kena tahan ceritanyaaa >.<

haaaa aku sejak kebelakangan ni asyik terfikir pasal someone je. entahlah kenapa. Nak kata jatuh cinta? mustahil lahhhh~ entah ah, aku pun pelik. sekarang ni aku ada ramai penasihat cinta. hikhik~ aku taknaklah! tunggu smpai abes matrik. baru nak confess. ecehh berangan lebih, nanti ibu marah aku baru tahu. selagi pointer tak above 3.0, malas lah aku berangan kuat sangat. belajar lagi penting kan. bak kata bio twitter si akim. ni priority nya. 

1.Allah
2. Family
3. Study
4. Friends

haha, tu je nak update. jaga diri! selamat malam :)




Friday, 7 December 2012

Bertukar kuliah sem 2.

Assalamualaikum. First of all, sorry eh kalo entry kali ni tak brape nak menarik. Sbb ni second time aku edit blog gune handphone. Rase kecik sgt youuu! Eeeee gigit kang! Haha gedik kemain skrg aku ni.

Oh ye, semester 2 baru je start. Ahad lepas ade org belanja aku kfc, terima kasih Akim Alim. Hikhik, budak kuliah lama. Hmm kuliah lama? Cam sedih kan bace, ktorang dipindahkan ke kuliah 3 daripada kuliah 2. Sedih pada mulanya. skrg its already back to the normal. But turns back to unnormal bila ramai ckp "rindu lah kelas MD16, dimana ada MD16. Disitu ade kemeriahan". Rase terharu pulak. Dah masuk sem 2 ni lah baru nak kenal budak kuliah lama antaranye sue.. Bla bla bla. Sue ni cantik. Hmm aku ni peramah orgnye, tp knape sem 2 baru kita kenal? Ishh rase ngeksss sgt. Haha :D dan aritu pak imam tego woo sebelah akim, aku ttbe speechless. Ishh aku ni kan *ketuk kepala* bende dlm kpale otak mcm2 nak tnye. Haha :D

Tu lah, bila dekat buat bodoh. Bila dah jauh baru dirindui. Kenapooo? *bak kata miss ng* . Sebab manusia ada ego. Ego taknak tego yang lain. Hikhik. Terasa? Silakan. Haha kat kuliah 3 ni aku nk cite, ade budak pmpuan suke sendawa kuat. Tu yg aku tak brape berkenan. No manners at all! Rase nak cmpak je telur kat muka. Ishhh saba munira ;)

Tp budak kuliah 3 ni satu je aku perasan. Sangat pick up matematik! Hebaqqq ah. Tu je nak cite, nanti aku update lg. Bye <3

Friday, 30 November 2012

Sedikit kata.


Assalamualaikum!
aucakk! ala-ala budak 5 tahun bermain di tepi longkang, aku memulakan mukadimah penuh manja ini. rasa nak tampar? sila tampar skrin pc anda sekarang. kehkeh! *sambil ketawa menyetan*
Lama tak nmpak aku update blog kan? lama gile kan. sampai ade org request suruh aku update blog. dlm hati aku . "heh, sejak bila gua pemes ni? smpai request gua update, mengalahkan retisss youuuu~". aku tahu aku akan dibaling dengan timun dan teloqq jika cakap cenggini kat alam realiti. haha!

Rindu aku? you can count on me like one..two.. three, and i will be there for you.. K ni tipu. haha aku pun rindu gileeee dengan dunia blog. seriously rindu, kenapa? sebab rindu lah. terlalu lama rasanya aku memendam ape yg aku nak tulis , tak dapat tulis dlm blog , lalu dinding sebelah katil aku menjadi mangsa. dasar vandalism! kalau Rosmah Mansur datang melawat bilik aku ni, mahu rambutnya gugur satu persatu. 

"Mun kenapa lama tak update blog kau? ".lalu aku menjawab penuh jujur.."aku busy study, exam nak dekat, aku takleh main-main sangat. sbb tu aku tak update. dah abes pekse aku update eh!". kata aku kepada seorang hamba Allah. Ye, secara jujurnya. aku sangat sibuk. study. nmpak macam aku ni kuat main-main. tp time serius, i will become really serious. "waddefak?" kata seorang hamba Allah. "kau penah serius ke Munira?". 

Persetankan kata-kata itu. nampak mmg aku selalu tak serius, selalu sangat. tp kalau aku serius, jangan dicari pasal. mahunya nanti kes masuk ke mahkamah tertinggi negara. K tipu. aku pun tak tahu ape aku merepek ni. aku update blog just nak tulis:

"Aku dah berjaya menghabiskan semester 1 di Kolej Matrikulasi Johor dan masih hidup lagi. haha!"
kbye :)




Tuesday, 2 October 2012

Aku Masih Bertahan :)

Assalamualaikumwarahmatullah w.b.t. 

hari ni aku cuba entry ni nampak formal sikit sebab aku rasa entry- entry aku sebelum ni agak serabai sikit. haha. ermm, aku tak espect pun update blog ni sebab aku dekat makmal komputer ni. ahaks! dengan masa lebih kurang satu jam suku, dan kerja lab yang telah pun aku siapkan! (ehem, aku suka sains komputer!) apa lagi, bukak internet la kan. 

ermmmm, sejak sebulan kebelakangan ni, aku selalu muhasabah diri tentang 'kenapa sebenarnya aku masih lalai dan leka dalam mengerjakan suruhan Allah'?. hari demi hari aku cuba menanyakan soalan yang sama pada diri aku sampai kadang- kadang air mata ni, jadi terlalu mudah untuk menitis. 

Hidayah tak datang kalau kita tidak cari. ye dak? ala- ala orang ganu pulok. haha. aku cuba untuk membuatkan entry ni nampak seronok even dalam hati ni aku rasa susah hati. Dalam menjalani kehidupan mendatang ni, sering aku fikirkan. 

First ... 'mana hala tuju aku?' 
Second..'apa aku nak jadi lepas ni?'

nak tahu tak? aku memasang impian nak masuk kolej matrikulasi ni sejak aku form 4. semenjak tu, aku mula lah belajar 'bersungguh- sungguh' sikit walaupun hakikatnya aku pemalas dan suka main- main. Aku masuk aliran sains walaupun aku tahu aliran tu susah dan dengan keputusan PMR aku yang hanya dapat 4A 4B, aku tahu aliran sains agak tough bagi aku. 

Sejak sekolah menengah lagi aku kecewa, aku bukan pelajar harapan even aku selalu dapat top 5 dalam kelas. Aku kelas pertama tapi tak macam budak kelas pertama pun. aku tak pernah salahkan cikgu, aku tahu aku memanglah sangat nakal dan suka main-main. sedih kan ayat aku disitu? tapi sejak dulu aku amalkan, aku memang akan fokus dalam kelas je. semata- mata dalam kelas. homework? apa-apa yang membabitkan matematik, aku tak pernah siapkan. kalau rajin aku buat lah , tapi tak penah abis. kalau kimia or bahasa melayu english or yang selain yg membabitkan pengiraan, rajin jugak aku siapkan. aku sedih, kenapa math dengan aku tak pernah ngam? aku sedih. aku sedih.

hakikat yang paling nyata, aku suka math tapi aku tak minat nak mengira. aku tak complicated. aku rasa aku boleh je dengan matematik, tapi entahlah. satu jawapan yang pasti, aku tak bersungguh- sungguh. Masa trial SPM, biology dengan addmath aku gagal, matematik moden aku dapat D wehh. sebelum ni biology aku rasa sekali je gagal. itupun ujian. yang lain aku pass. masa trial biology, aku blur. tibe-tibe minat aku hilang kat biology. yang trial addmath tu pula, aku macam buat bodoh jela kan. sebab aku tahu aku akan failed. apelah aku ni kan, pasrah awal sangat....

so, bila dah dapat result mcm gitu. hidayah pun datang, 2 bulan lepas trial tu. mindset aku kata aku boleh lulus addmath. dapat E pun dah lulus kan masa SPM. aku target D addmath aku, dalam masa yang sama aku berdoa untuk melepasi D sebab aku nak sangat masuk kolej matrikulasi. so sepanjang 2 bulan tu, aku asyik buat math dengan addmath dengan harapan aku dapat result yg okay. and, alhamdulillah aku cikgu matematik moden dan matematik tambahan, cikgu suhaimi dengan cikgu razak yang selalu kata kat aku.. "Munira boleh....". Ya Allah, aku bersyukur sebab aku dikurniakan cikgu yang sebegini baik. oh ye, cikgu suhaimi tu tengah amek ph.D. insyaallah tak lama lagi cikgu akan ada pangkat Dr.

Bila SPM, aku buang jauh jauh perspeksi negatif aku tentang math dan physics. 'mereka bukan subjek yang aku benci tapi mereka subjek yang mencabar aku'. that it! dengan itu, aku pun 'bersungguh-sungguh' sikit masa jawab math, addmath and physics. and alhamdulillah, target aku lepas. i've got B for matematik moden, C for Addmath and C+ for physics. keputusan yang diluar jangkaan aku. dan apa jadi dengan Biology? alhamdulillah, lepas jugak la dapat C sebab tak membaca punya pasal.

Aku sedar otak aku bukan otak mengira, tapi otak aku otak menghafal. sangat- sangatlah sedar, aku orang yang bertangan seni kreatif tapi otak aku tak sebegitu kreatif macam tangan aku bila aku start mengira. aku di kolej matrikulasi mendapat aliran yang super tough bila aku dapat physics dan math yang digabungkan dan menjadi pegangan utama aku dalam aliran ni. modul dua. kalkulator teman setia aku. kertas graph dan A4 selalu menjadi peneman. Ya allah, ujian ini sangat- sangat menduga aku. sering aku menangis, Allah bagi aku benda yang aku tak suka, tapi dalam masa yang sama aku cuba dan terus mencuba untuk bertahan disini.

doakan aku mampu bertahan, dan aku akan cuba untuk terus bertahan. semoga allah izinkan aku untuk terus bertahan. dan paling penting, semoga aku dapat bertahan dengan math dan physics yang super extreme kat sini. bertahan, bertahan dan terus bertahan ......... 

Friday, 21 September 2012

Assalamualaikum..
Jeng.. jeng... jeng... jeng...

lama gila tak update! lama lah sangat kan, (padahal aku rasa baru 2-3 minggu) . sampai tibe-tibe tadi aku terkejut blog dah bertukar wajah. A new look of blog! seriously aku tak suka tapi actually aku tak kisah pun :) 

aku tak paham cmane nak guna mende alah ni. erghhh >.<

hmmm aku pun tak tahu nak update pasal apa malam ni. sebab aku tak aktif facebook and twitter. aku dah unactive sekarang. so, aku taktahu nak guna medium apa utk luahkan perasaan yang bercelaru dihati ni. maka dengan itu, hamba... gunakan blog sebagai jalan alternatif. 

konon lah dulu kan aku penah kata taknak bukak facebook, but finally aku bukak jugak. but for this time, aku telah berjanji dengan sorang abang, dan aku yakin pada diri aku yang aku takkan bukak facebook. maybe for about 2 months? tak tahu.

Aku tertarik dengan kata- kata ni. 
"Mun ni generasi Y yang ke arah IT tapi tak seimbang dari segi rohani, intelektual dan fizikal"

mula-mula aku dengar ayat ni.. i was like.." who are you to judge me?" . sejujurnya, takde orang lain yang berani tego 'kesilapan' aku melainkan ibu, abang, dengan ayong. dengan mereka bertiga ni . AKU KALAH! aku melawan tapi pada akhirnya aku kehilangan kata-kata. pssttt, malawan bukan yang kurang ajar tuhh!

aku bukanlah manusia yang suka ditego. aku nak aku je yang betul. sampai kawan-kawan aku menyampah nak berdebat dengan aku. lastly they will said :

"yelahhh mun, kau aje yang betol~ aku kalah"
bila dengar ayat ni, aku tersenyum puas. AKU MENANG! opsss, sorry kawan- kawan :D

bila aku muhasabah diri, tahu tak apa yang aku fikirkan?

Kadang- kadang kita kena mengalah sebab bukan kita je selalu jadi yang betul.

ayat aku skema? ehh lantaklah kan, sepanjang selepas alam persekolahan ni, aku banyak muhasabah diri. tapi ade beberapa bende yang aku tak lagi berubah.

1) sembahyang selalu lewat.
2) fikiran macam budak tak matang.
3) terlalu memikirkan orang lain sampai tak fikir pasal diri sendiri.
4 ) percakapan terlalu kasar sampai mengguriskan hati dan perasaan orang.
5) terlalu mudah rasa cepat berputus asa dan rasa diri ni bodoh daripada org lain.

Like a pyramids! ohoooo~ square pyramidal :D

"Kau tak malu ke munira ibrahim mengaku semua benda ni?"
"apsal kau suka dedahkan keburukan kau daripada kebaikan kau?"
"Apa kau takde perasaan?"

meh aku habaq kat hang sesuatu....

"aku nak berubah ke kau yang nak berubah?"
"apa faedah cerita kebaikan, nak suruh orang puji? aku rasa kritikan lagi membina semangat"
"kalau aku takde perasaan, aku takkan rasa nak berubah"

perubahan itu memakan masa, setahun... dua tahun... sepuluh tahun... entah...
itu semua, hanya allah yang tentukan :)

assalamualaikum w

Thursday, 6 September 2012

Di sebalik senyuman itu.


ehemm ehemmmm. assalamualaikum ! It's been quite some time I didn't update my blog since I was very busy prepared for my examination. hmm for almost 2 months kot ? entah , tapi aku pasti ada yang rindu dengan blog aku ni . and the truth , aku pun rindu sehh nak update blog. rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua. maaf zahir dan batin. 

my stress level had gone up so high and i can't handle it ! aku menangis semalam , dan one thing really amaze me , kawan aku pun menangis jugak . dia siap call mak dia lagi tapi aku... biarlah aku menangis sendiri . semalam mcm stress gile , mcm tepu gila otak . naik cuti raya , kelas malam banyak lah pulak . aku tak nak lah mengeluh but seriously i'm really tired . 

"belajar mana ada yang senang"

aku ulang- ulang ayat ni bila aku cuba muhasabah diri . kalau boleh , aku taknak orang tahu pun yang aku sebenarnya sedang bersedih hati , gelisah .. aku nak semua orang tahu aku happy disini. senyum selalu , takde tekanan , always cool . but di sebalik senyuman tu , aku menangis . aku sedih , aku rindu kat semua orang , kadang- kadang aku terfikir , mana pergi semua kawan aku yang ramai disaat aku memerlukan dorang ? aku akui kawan- kawan kat sini sgt supportive . tapi , aku rindu sokongan kawan- kawan lama. adakah sebab aku terlalu busy , dah tak bape nak contact sgt dgn dorg , dorg semakin lupa aku ? 

ahhhh , this is really negative feeling ! shit that ! 

Aku senyum... sebab aku taknak orang tahu betapa gelisahnya aku.
Aku senyum.... sebab aku taknak orang susah hati pasal aku.
Aku senyum... sebab aku nk semua orang sekeliling aku pun senyum.

AKU SENYUM SEBAB SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! 

I love you . that all , kbyeee :)