hari ni aku cuba entry ni nampak formal sikit sebab aku rasa entry- entry aku sebelum ni agak serabai sikit. haha. ermm, aku tak espect pun update blog ni sebab aku dekat makmal komputer ni. ahaks! dengan masa lebih kurang satu jam suku, dan kerja lab yang telah pun aku siapkan! (ehem, aku suka sains komputer!) apa lagi, bukak internet la kan.
ermmmm, sejak sebulan kebelakangan ni, aku selalu muhasabah diri tentang 'kenapa sebenarnya aku masih lalai dan leka dalam mengerjakan suruhan Allah'?. hari demi hari aku cuba menanyakan soalan yang sama pada diri aku sampai kadang- kadang air mata ni, jadi terlalu mudah untuk menitis.
Hidayah tak datang kalau kita tidak cari. ye dak? ala- ala orang ganu pulok. haha. aku cuba untuk membuatkan entry ni nampak seronok even dalam hati ni aku rasa susah hati. Dalam menjalani kehidupan mendatang ni, sering aku fikirkan.
First ... 'mana hala tuju aku?'
Second..'apa aku nak jadi lepas ni?'
nak tahu tak? aku memasang impian nak masuk kolej matrikulasi ni sejak aku form 4. semenjak tu, aku mula lah belajar 'bersungguh- sungguh' sikit walaupun hakikatnya aku pemalas dan suka main- main. Aku masuk aliran sains walaupun aku tahu aliran tu susah dan dengan keputusan PMR aku yang hanya dapat 4A 4B, aku tahu aliran sains agak tough bagi aku.
Sejak sekolah menengah lagi aku kecewa, aku bukan pelajar harapan even aku selalu dapat top 5 dalam kelas. Aku kelas pertama tapi tak macam budak kelas pertama pun. aku tak pernah salahkan cikgu, aku tahu aku memanglah sangat nakal dan suka main-main. sedih kan ayat aku disitu? tapi sejak dulu aku amalkan, aku memang akan fokus dalam kelas je. semata- mata dalam kelas. homework? apa-apa yang membabitkan matematik, aku tak pernah siapkan. kalau rajin aku buat lah , tapi tak penah abis. kalau kimia or bahasa melayu english or yang selain yg membabitkan pengiraan, rajin jugak aku siapkan. aku sedih, kenapa math dengan aku tak pernah ngam? aku sedih. aku sedih.
hakikat yang paling nyata, aku suka math tapi aku tak minat nak mengira. aku tak complicated. aku rasa aku boleh je dengan matematik, tapi entahlah. satu jawapan yang pasti, aku tak bersungguh- sungguh. Masa trial SPM, biology dengan addmath aku gagal, matematik moden aku dapat D wehh. sebelum ni biology aku rasa sekali je gagal. itupun ujian. yang lain aku pass. masa trial biology, aku blur. tibe-tibe minat aku hilang kat biology. yang trial addmath tu pula, aku macam buat bodoh jela kan. sebab aku tahu aku akan failed. apelah aku ni kan, pasrah awal sangat....
so, bila dah dapat result mcm gitu. hidayah pun datang, 2 bulan lepas trial tu. mindset aku kata aku boleh lulus addmath. dapat E pun dah lulus kan masa SPM. aku target D addmath aku, dalam masa yang sama aku berdoa untuk melepasi D sebab aku nak sangat masuk kolej matrikulasi. so sepanjang 2 bulan tu, aku asyik buat math dengan addmath dengan harapan aku dapat result yg okay. and, alhamdulillah aku cikgu matematik moden dan matematik tambahan, cikgu suhaimi dengan cikgu razak yang selalu kata kat aku.. "Munira boleh....". Ya Allah, aku bersyukur sebab aku dikurniakan cikgu yang sebegini baik. oh ye, cikgu suhaimi tu tengah amek ph.D. insyaallah tak lama lagi cikgu akan ada pangkat Dr.
Bila SPM, aku buang jauh jauh perspeksi negatif aku tentang math dan physics. 'mereka bukan subjek yang aku benci tapi mereka subjek yang mencabar aku'. that it! dengan itu, aku pun 'bersungguh-sungguh' sikit masa jawab math, addmath and physics. and alhamdulillah, target aku lepas. i've got B for matematik moden, C for Addmath and C+ for physics. keputusan yang diluar jangkaan aku. dan apa jadi dengan Biology? alhamdulillah, lepas jugak la dapat C sebab tak membaca punya pasal.
Aku sedar otak aku bukan otak mengira, tapi otak aku otak menghafal. sangat- sangatlah sedar, aku orang yang bertangan seni kreatif tapi otak aku tak sebegitu kreatif macam tangan aku bila aku start mengira. aku di kolej matrikulasi mendapat aliran yang super tough bila aku dapat physics dan math yang digabungkan dan menjadi pegangan utama aku dalam aliran ni. modul dua. kalkulator teman setia aku. kertas graph dan A4 selalu menjadi peneman. Ya allah, ujian ini sangat- sangat menduga aku. sering aku menangis, Allah bagi aku benda yang aku tak suka, tapi dalam masa yang sama aku cuba dan terus mencuba untuk bertahan disini.
doakan aku mampu bertahan, dan aku akan cuba untuk terus bertahan. semoga allah izinkan aku untuk terus bertahan. dan paling penting, semoga aku dapat bertahan dengan math dan physics yang super extreme kat sini. bertahan, bertahan dan terus bertahan .........
Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
ReplyDeleteUntuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS ๐ซ IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
Kursus Yang Ditawarkan:
▶Diploma Sains Kejururawatan
▶Diploma Pembantu Perubatan
▶Diploma Kesihatan Persekitaran
▶Diploma Sains Perubatan
▶Diploma Farmasi
▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
▶Diploma Pengurusan Hotel
▶Diploma Pengurusan Logistik
▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia
Kemasukkan: JULY 2019
Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
Tempoh Kursus : 3 tahun
KELEBIHAN DI PIUC
• Pendaftaran RM195๐ถ๐ฐ sahaja.
• Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ๐.
• Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar๐ฐ๐ฐ.
• Duit Sara Diri bulanan RM300๐ต๐ต kepada yang layak.
• Asrama๐ฌ dan pengangkutan ๐๐Disediakan.
• Penerbangan pergi๐ซ dan balik ๐ฌSabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
• Terbuka kepada semua bangsa ๐ง๐ป๐ณ♂๐ฒ๐ป.
• Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
• "Highly job marketability".
• Tertakluk kepada terma dan syarat.
Berminat Untuk Memohon?
WhatsApp/sms ;-
<>Nama๐๐ผ♂๐๐ผ♀
<>Alamat ๐ฌ
<>NO Hp ๐ฑ
<> Gambar Kad Pengenalan ๐๐ธ
<> Gambar Slip SPM ๐๐ธ
<>Email ๐ป
Hantar Kepada
▶ 0102757767
Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html ๐ป
Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
MOHON SHARE!!!
Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin