Friday, 23 March 2012

Ni Haa Aku Punya Result SPM , Pasni Jangan Tanya dah .

Assalamualaikum and very good morning fellas :D eh morning ke ? haha . As you know , i already got my SPM result 4 hari yang lepas . everyone kept asking me : 'Munira , how your result ?' . haha , and i started to smile . because of.... my result not too superb laa to mention :D nahh tanpa membuang masa , here is my result . do not ask me again .

Bahasa Melayu - A
Sejarah - A
English - A-
Pendidikan Islam - A-
Mathematics - B+
Physics - C+
Additional Mathematics - C
Biology - C
Chemistry - C
Engineering Drawing - C

okayy , got it ? aku tak dapat scan laa , scanner umah aku rosak . haha ! dont ask me laaaa lagi okay . baca dan fahami :D aku ni bukan kategori budak yang teramat pandai . tp aku takde D , E and failed . itu pun cukup buat mak aku happy . kakak aku kata aku bongok . haha ! takpelahh kan . at least aku dah kalahkan budak yang berlagak dengan aku tuhhh . okay aku bersaing ! dalam erti kata lain . penat tau aku failed je addmath , math dapat D . 2 bulan sebelum spm btol , aku bersungguh- sungguh belajar math . aku target dapat A- pun takpe , tp apakan daya dapat B+ jea . alhamdulillah .

bagi kawan kawan aku yang tak brape gembira dengan result korang , aku nasihatkan jangan kenal erti putus asa . ini baru permulaan kehidupan , pasni persaingan lagi hebat . bersyukur dengan result korang . bersyukur lah korang selamat abes SPM . BERSYUKUR !gagal sekali bukan gagal selamanya :D  that all , assalamualaikum . kbai .


Thursday, 8 March 2012

Mutiara kata (part 1 : edisi zaman persekolahan)

ayat ni guaa karang masa dulu . sbb kawan baik gua , saiful imran nak pindah sekolah vokay masa tuhh xD , jadi masa tu sedih gile lah kan . mase tuu gua sent mcg ni kat satu kelas . tak tau lahh dorg simpan lagi ke tak >.< dah 3 tahun dah pun , tp aku tetap ingat dan sampai sekarang aku masih simpan dalam handphone . 


khas untuk kawan- kawan semua .

'Seringkali kita berbuat salah tanpa menyedari kita sebenarnya melukai hati seseorang . Kenangan kita di sekolah menengah mungkin menjadi memori sepanjang zaman yang tak akan dilupai . Di kelas , tempat kita belajar , bermain , berkawan .. segalanya kita lakukan bersama , akan menjadi kenangan terindah bersama . Biarpun kita sering bertelagah , namun itulah yang menguatkan hubungan kita . Jika umur panjang , ingatlah satu perkara.. hanya MATI memisahkan kita semua .....'


Thursday, 1 March 2012

Result SPM !


BACA SAMPAI HABIS , KAT BAWAH TU ADE SEDIKIT PANDUAN UNTUK KORANG CALON SPM 2011 .


Hamboiii tajuk tak mudah , makin hari makin cuak ! hahaha , ohh yeeee semua . hye assalamualaikum ! rindu korang . aku rase nak update semalam . yelakan tarikh special , 29 january 2012 . tp dek internet yang takde and aku yang malas nak ke cc , lalu aku mengambil keputusan nak update harini je :) aku kat cc ni , sambil memakai headphone nak elak kebisingan bebudak game . hahaha , aku sorang je perempuan ni . adehhhhhh , mana yang lain ?

rindu aku tak ? hahaha , aku cuak ni tahuuu . harini dah 1 mac , lagi 21 hari lagi , aku berkemungkinan besar amek result SPM . waaa , takut+cuak gila aku. stressss! (cara gary) . hahaha , aishh :( nak nangis pun ade , rase macam baru semalam baru abes paper last kan . paper last aku Lukisan Kujuruteraan , 6 disember haritu . tp aku rase mcm bape hari je baru abes . begitu cepat masa berlalu . 

umum dah tahu 99.80% diyakini result spm akan keluar pada 22 mac . haihhh nak semput aku bila ingat tarikh tu makin dekat . 

"mana nak taruk muka aku ni?"
"aishhh result aku okay ke tak ahh? adehhh !"
"cuaknya aku......"
"kalau result aku teruk aku nak gtau kawan aku cmana ek?"
"alahaiii siyes aku xnak gtau kawan aku!"

aku pasti dalam kepala otak bebudak SPM tahun aku dah pasti akan stuck dengan ayat kat atas tu. kan kan ? *jeling jeling korang sambil ketawa jahat! hahahahaha !!

okayy first tarik nafas panjang-panjang. aku ade tips sikit lah nak kurangkan kegelisahan korang tu.

pertama, janganlah cuak sangat . kalau boleh jangan fikirkan pasal result yang bakal diambil tu. nikmati hidup korang selagi result belum keluat. then, jangan memberatkan kepala dengan asyik memikirkan kesilapan dalam menjawab soalan . korang dah lakukan yang the best kan? kenapa nak sesal . besides , korang cubalah enjoy dalam beberapa hari yang ade ni . nanti masa nak amek result , keluar rumah dengan ucapan bismillah , salam mak ayah korang tu . okayyyyyyyyyyyy ?

korang yang masih belum mengisi borang UPU tu dinasihati mengisi dengan secepat mungkin .sbb dr sumber yang aku tahu , web tu kebiasaannya jammed lepas result spm keluar . yelahh ade yang baru nak isi , yang nak kemas kini lain . haaa tu korang kena isi sekarang , make sure beli no pin UPU yang bernilai RM10.60 di mana-mana bank kot bolehh (aku beli kat BSN). lepas tu permohonan kemasukan boleh dibuat di laman web ni LAMAN WEB RASMI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA,TEVT-POLITEKNIK & ILKA . click je ayat tu , aku siap sediakan link dah sekali . dapat ke tak , tak tahu laa . make sure mohon je , ade rezeki dapat lah :)

aku rasa sampai disitu je , nak tahu apa-apa boleh text aku or PM aku kat FB or tweet kat twitter .aku jarang online dah sekarang , malas serta laptop aku tak angkut bawak balek umah. hahaha ! k ahh jaga diri :) nnti aku akan update lagi . 

GOOD LUCK WARGA SPM 2011 !





Wednesday, 22 February 2012

S T A T I K

'HIDUP INI TAK STATIK , SENTIASA BERUBAH-UBAH'

Okeyylah semua , assalamualaikum . kenapa aku buat tajuk statik ni ? err sbb mende ni dah stuck kat kepala otak aku since 3 -4 hari yang lepas . otak aku , apabila stuck akan mula menganalisa sesuatu bende tu sehingga terkeluar dari logik akal manusia . okayy itu such a weird thing kan ? haha .

ceritanya begini , dalam bulan lepas lah tak silap aku . aku ade pergi majlis makan makan untuk skuad kakak aku . then , salah seorang bini kawan dia tu asked me like this . "sementara tunggu result ni keje ape?" . and i was like .. ape aku nak jawab ni en ? haha , then my sister said . "ni blogger ni , jd blogger" . okay thanks alhamdulillah ade org jawabkan . then bini orang tu cakap.."haa  ? umur 18 dah ade blog? hebat~ ". ehh , aku mcm , kunonya makcik ni . bebudak skolah rendah pun dah ade blog .

ape kaitannya dengan statik ? haha , disini aku nak kaitkan statik ialah keadaan dimana sesuatu tidak berubah . mcm makcik tu lah , ini zaman moden . bkn tahun 90-an dimana nak bukak porno pun , you have to hide the VCD dalam newspaper . kite ni berubah mengikut keadaan , ini abad ke berapa dah ? come on , jangan hidup statik dalam zaman kuno . that it !

aku nak cakap pasal hidup , dan statik .

1 . hidup statik dalam kenangan .

Kenangan . what wrong with memories ? ade yang manis and ade yang pahit . heyy memey kite ade banyak kenangan , kenangan itu akan disimpan seumur hidup kita dan mungkin kita akan mengingatinya selagi hidup , if you don't have alzheimer lah . tapi kita takleh statik dalam kenangan such as kenangan bercinta . heyy dah ade yang baru kan , kenapa nak ungkit yang lama ?

2. hidup statik dalam kewangan .

hahaha , bunyi macam best . ka -chinggg ! statik dekat sini yang aku mksudkan , xkan nak hidup selamanya dengan duit yang tidak bertambah . mengikut kajian , manusia tidak pernah puas dengan apa yang die ada , kalau gaji 20K pon , dia akan sentiasa mengharap gaji semakin meningkat . kan ? 

and i'm absolutely agreed bila ade yang cakap . "cube kau tingkatkan kehidupan kau , xkan nak statik je derr ?" . itu satu advice that you've to learn it . its such a good thing . you MUST , you HAVE , you SHOULD do ! and manusia juga berubah mengikut keadaan , kita tak selamanya hidup dalam kekufuran selagi kita beragama islam . satu masa , mesti akan ade sinar cahaya petunjuk dari ilahi . that all .

MORAL VALUE : KITA LAHIR UNTUK BERUBAH , DARI SPERMA BERUBAH MENJADI BABY , KANAK-KANAK , REMAJA , DEWASA . KITA TIDAK STATIK , TAPI STATIKKAN DIRI UNTUK TERUS KUKUH DENGAN ISLAM .

tahniah kepada yang berjaya menghabiskan bacaan ni , you've learned such a good advices :D and i'm sorry for 'bahasa campur' that currently i'm using it . haha , actually , it just simple and 'sempoi' . i think that all for tonight , may allah bless korang semua .

Monday, 20 February 2012

10 Fakta Menarik Tentang Facebook


1. KEBANYAKAN orang akan bajet hot stuff bila mempunyai kawan berjumlah 2000 ke atas . hihihi !

2. Hot stuff dalam facebook kebiasaannya update status 20 kali sehari . LOL

3. beratus orang LIKE lagi memuaskan hati berbanding beberapa ketul yang KOMEN . tapi ini bodoh , sbb apa ? bayangkan orang yang update status di bawah ni . 

"sapa tak LIKE , awak ANAK HARAM" . --> ini status apa ni ?

4. Fake relationship lazimnya berlaku kepada 20 orang dalam seratus sahabat anda . HAHAHAHA ! (sangap ke bhai? )

5. dalam beribu sahabat , yang chat dengan anda lazimnya tak sampai seratus . tak percaya ? try lah tegur kawan anda sekarang . hiks .

6. kebiasaannya , orang di facebook hanya TEGUR bila keluar ayat ni :

"TOLONG LIKE GAMBAR INI (link.....) . TQ"

7. kebiasaanya orang yang dah bosan sangat dengan facebook hanya update status then fly ke twitter *wink wink ! aku pun buat ni .

8. secara purata , 2/10 dari kawan anda akan upload gambar makan TUTTI FRUTTI . tak caya ? try lah skodeng skrg . ahaks !

9. mamat mamat bajet hotstuff selalunya akan mengorat minah hot stuff gak . HAHAHHAHA !

10. game di facebook bertambah popular semenjak adanya profileTIMELINE terbaru ni >.<


hahahaha , ini apa yang aku perhatikan lah , tak copy paste sesape pun . enjoyyy your reading ! kbai :)




Friday, 17 February 2012

LAMAN SOSIAL


'Hidup ini tak selalu indah . namun yang indah tetap hidup dalam kenangan~...'

cehh mukadimah aku , sesuatu terselit di sebaliknya ibarat spende terkepit celah ass . ahh ape aku mencarut ni . hahaha ! saje nak buat korang senyum :) senyum sikittttttt ! ^^ maaf . aku mula skali lagi dengan assalamualaikum w.b.t semua .

malam ni topik macam best tp macam sedih , sesuatu yang aku nak tulis tentang kenangan . hidup dalam kenangan kadang- kadang menekan jiwa . boleh membawa kepada terjadinya gangguan psikologi dan kesannya mungkin positif atau mungkin negatif- gila . hiks , pandai tak aku mengarang ayat sains ? ayat ni aku tak tiru sesape pun . ttbe datang .

first of all , aku nak cerita sikit pasal kenangan aku mula berlaman sosial ni . aku adalah orang terakhir antara kawan aku yang ada facebook . bla bla bla dan sebagainya . dulu kononnya aku lantang bersuara , bagaikan anti-israel yang sejati . "facebook tu haram , pengasas dia yahudi , aku xnak buat facebook sbb melalaikan!" . cehh konon ! bercakap tanpa sokongan padu kadang-kadang buat aku sendiri lalai dan leka . akhirnya , aku sendiri buat facebook atas dasar ugutan dan hasutan . itupun selepas adanya , myspace , tagged . dan sebagainya . haha !

selepas itu aku berjinak dengan dunia formspring . bertanyakan soalan bagai . disini aku berkenalan dgn abang Fitri , kak Aida , kak wani , abang Zme  , kak aleya and banyak lagi . dorang best , jawab soalan and bagi soalan menjadi kegemaran . lawak menjadi hiburan . buat aku ketawa sendiri tatkala malam hari . terima kasih buat dorang semua . namun sedang aku enak berformspring , akaun aku digantung ! aku tak tahu kenapa . katanya ada error . masyaallah beratus ratus followers aku dilepaskan begitu saja . betapa sedihnya hati ini :'(

aku tahu dunia memang tak selalu indah , tapi kembali menjadi indah lepas aku jumpa laman sosial ni , iaitu twitter . kami kembali bertaut erat , seolah olah kasih sayang satu family yang bahagia . kini aku sedar , kawan di laman sosial juga baik orangnya . bukan semua nya fake . tipulah kalau aku kata hati ini tidak gembira . dengan kehadiran kawan di facebook , followers di twitter , aku gembira namun disudut hati terselit satu kesunyian . aku rindu zaman berkawan di formspring !

kesunyian ini di isi pula kawan rapat aku di facebook , dan merangkap kawan sekelas aku iaitu 5 sains tulen . si minahhh , si atikah nardia , fatin nadhirah , dan lain lain . dorang lah 'MY ALL' aku . auwww mereka sangat sweet ! text aku , chat dekat fb . itulah bak kata pepatah :

'biar jauh dimata , tapi korang semua tetap dihati~'

aku rasa sampai disini sahaja . kbai

Monday, 13 February 2012

Bahasa Wempitzzzzzzz

heyyo ! wassup readers sekalian . malam ni entry gua ringkas lagi padat . yang berkaitan dengan isu semasa . ehh jadahnya isu semasa ? hahahaha .

Bahasa rempit . or dalam english nya merujuk person that cant spell properly . (sumber - hafyzaVictoria) . hihi , bahasa wempitzzz neh dalam bahasa melayu kau nak tahu apa ? ni haaa , 'itewww windu glerw ahh at awakk , napewww tak mecej kiteww ? seriously , inilah yang dipanggil bahasa wempitzzz or bahasa tambah -eww kat belakang ayat . 

ehh lu buat muka geli apsal ? lu pon penah guna enn ? haha ^^ 'itewww mencik ahh awak tanakk ngakuwww , napewww awakk nehh ?' . okay enough , aku tak berapa berkenan laa guna bahasa ni . aku ngaku aku ada guna bahasa ni . tapi sangat jarang-jarang dan hanya sekadar suka- suka . bukan jadi ayat yang aku 'terbiasa' nak buat dalam setiap perkataan aku . 

sedar tak kalau kita guna bahasa ni , kita boleh digelar 'Perosak Bahasa' . fuhh bahaya tu gelaran tu . tapi kan , bahasa wempitzzz yang diguna ni lagi bahaya . sebab kau boleh sebabkan A. Samad Said pecah kepala nak baca bahasa yang meraban mengarut ni . haha , serius aku cakap ni ! jangan lah jadi perosak bahasa yang tegar . kadang-kadang je takpe , ni kalau dah selalu . orang meluat nak baca . aku takleh baca status kat facebook .

'sayerw cyg gilerw kat bowieeefwenzzz sayerw , sayangi bowieeefwenzz kamoo seaderwnyeww'

ahh , macam apa je . macam sh********t doe . hihi , aku pun sakit kepala nak membacanya . papepun , selamat berjaya memahami bahasa wempitzzzz ini .

ni haaa , ce tgk . vlogger kesayangan guwaaa :)) bahasa euwwwww~

moral value : janganlah kita menjadi perosak bahasa kerana kita bukan hidup di zaman kuno lagi . kita dah moden . berhentilah menggunakan bahasa wempitzzz . AKU ANTI BAHASA WEMPITZZZ . (laungkan bersama-sama aku kayy ) haha . kbai :p

p/s : guwaaa dilanda hombakkk ghenduu :'( baiiii ~