Friday, 21 September 2012

Assalamualaikum..
Jeng.. jeng... jeng... jeng...

lama gila tak update! lama lah sangat kan, (padahal aku rasa baru 2-3 minggu) . sampai tibe-tibe tadi aku terkejut blog dah bertukar wajah. A new look of blog! seriously aku tak suka tapi actually aku tak kisah pun :) 

aku tak paham cmane nak guna mende alah ni. erghhh >.<

hmmm aku pun tak tahu nak update pasal apa malam ni. sebab aku tak aktif facebook and twitter. aku dah unactive sekarang. so, aku taktahu nak guna medium apa utk luahkan perasaan yang bercelaru dihati ni. maka dengan itu, hamba... gunakan blog sebagai jalan alternatif. 

konon lah dulu kan aku penah kata taknak bukak facebook, but finally aku bukak jugak. but for this time, aku telah berjanji dengan sorang abang, dan aku yakin pada diri aku yang aku takkan bukak facebook. maybe for about 2 months? tak tahu.

Aku tertarik dengan kata- kata ni. 
"Mun ni generasi Y yang ke arah IT tapi tak seimbang dari segi rohani, intelektual dan fizikal"

mula-mula aku dengar ayat ni.. i was like.." who are you to judge me?" . sejujurnya, takde orang lain yang berani tego 'kesilapan' aku melainkan ibu, abang, dengan ayong. dengan mereka bertiga ni . AKU KALAH! aku melawan tapi pada akhirnya aku kehilangan kata-kata. pssttt, malawan bukan yang kurang ajar tuhh!

aku bukanlah manusia yang suka ditego. aku nak aku je yang betul. sampai kawan-kawan aku menyampah nak berdebat dengan aku. lastly they will said :

"yelahhh mun, kau aje yang betol~ aku kalah"
bila dengar ayat ni, aku tersenyum puas. AKU MENANG! opsss, sorry kawan- kawan :D

bila aku muhasabah diri, tahu tak apa yang aku fikirkan?

Kadang- kadang kita kena mengalah sebab bukan kita je selalu jadi yang betul.

ayat aku skema? ehh lantaklah kan, sepanjang selepas alam persekolahan ni, aku banyak muhasabah diri. tapi ade beberapa bende yang aku tak lagi berubah.

1) sembahyang selalu lewat.
2) fikiran macam budak tak matang.
3) terlalu memikirkan orang lain sampai tak fikir pasal diri sendiri.
4 ) percakapan terlalu kasar sampai mengguriskan hati dan perasaan orang.
5) terlalu mudah rasa cepat berputus asa dan rasa diri ni bodoh daripada org lain.

Like a pyramids! ohoooo~ square pyramidal :D

"Kau tak malu ke munira ibrahim mengaku semua benda ni?"
"apsal kau suka dedahkan keburukan kau daripada kebaikan kau?"
"Apa kau takde perasaan?"

meh aku habaq kat hang sesuatu....

"aku nak berubah ke kau yang nak berubah?"
"apa faedah cerita kebaikan, nak suruh orang puji? aku rasa kritikan lagi membina semangat"
"kalau aku takde perasaan, aku takkan rasa nak berubah"

perubahan itu memakan masa, setahun... dua tahun... sepuluh tahun... entah...
itu semua, hanya allah yang tentukan :)

assalamualaikum w

Thursday, 6 September 2012

Di sebalik senyuman itu.


ehemm ehemmmm. assalamualaikum ! It's been quite some time I didn't update my blog since I was very busy prepared for my examination. hmm for almost 2 months kot ? entah , tapi aku pasti ada yang rindu dengan blog aku ni . and the truth , aku pun rindu sehh nak update blog. rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua. maaf zahir dan batin. 

my stress level had gone up so high and i can't handle it ! aku menangis semalam , dan one thing really amaze me , kawan aku pun menangis jugak . dia siap call mak dia lagi tapi aku... biarlah aku menangis sendiri . semalam mcm stress gile , mcm tepu gila otak . naik cuti raya , kelas malam banyak lah pulak . aku tak nak lah mengeluh but seriously i'm really tired . 

"belajar mana ada yang senang"

aku ulang- ulang ayat ni bila aku cuba muhasabah diri . kalau boleh , aku taknak orang tahu pun yang aku sebenarnya sedang bersedih hati , gelisah .. aku nak semua orang tahu aku happy disini. senyum selalu , takde tekanan , always cool . but di sebalik senyuman tu , aku menangis . aku sedih , aku rindu kat semua orang , kadang- kadang aku terfikir , mana pergi semua kawan aku yang ramai disaat aku memerlukan dorang ? aku akui kawan- kawan kat sini sgt supportive . tapi , aku rindu sokongan kawan- kawan lama. adakah sebab aku terlalu busy , dah tak bape nak contact sgt dgn dorg , dorg semakin lupa aku ? 

ahhhh , this is really negative feeling ! shit that ! 

Aku senyum... sebab aku taknak orang tahu betapa gelisahnya aku.
Aku senyum.... sebab aku taknak orang susah hati pasal aku.
Aku senyum... sebab aku nk semua orang sekeliling aku pun senyum.

AKU SENYUM SEBAB SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH ! 

I love you . that all , kbyeee :)



Friday, 13 July 2012

Terindah

Terindah

Assalamualaikum semua , hari ni terasa nak menulis something sambil layan lagu paramore and skrillex ni .my favourite type of music ^_^ haha . aku baru balik dari kuliah matematik ni , kesian aku kan ? dah laa cikgu tu speed , malam ni pulak ade kelas tambahan lagi bertambah kelajuan dia , nasib baik matrices je . senang sikit .
Semakin hari kat sini , aku tak rasa dah nikmat keseronokan melepak . apa yang aku rasa , hari demi hari . aku dah mula rasa keseronokan belajar . lesson is fun ! yeahh , Berjaya jugak aku set bende ni kat kpale hotak aku . korang ade ? syuhhh syuhh ~ haha !

Apa kaitan dengan terindah , hmm aku pun taktahu kenapa aku pilih tajuk ni , hari ni merupakan hari last bagi bebudak PLKN aku . dorang tamat perbarisan hari ni , aku janji nak datang tp I just CAN’T . heee best la kan ! hari ni aku excited sepanjang hari , and in the same time aku sedih . kawan datang dan pergi , memang aku dah dapat ramai kawan baru kat sini , tp kawan yang lama tetap dalam ingatan !!

Memang semakin lama aku semakin jarang mesej dorang , ketahui lah sahabat- sahabat sekolah ku , sahabat PLKN ku , senior ku , junior ku . aku busy gile . kadang- kadang memang takde masa nak tengok handphone pun . cehh ayat bajet famous je ,puihh laa munira ! haha tapi betol lah . aku tak kata lah aku famous , maybe sebab aku peramah lah kot .

Hari ni terjadi 3 benda dlm hidup aku yang menyedarkan aku tentang kepentingan ‘mempunyai kenangan terindah’  first , hari ni aku seakan- akan dapat hidayah , belajar itu seronok . (background music : FUN- we are young) haha . siap ada background music lagi , kasi feeling okay . hahaha ! apa yang best nye noksss ? belajar mampu mencipta kenangan terindah ke ? hahaha disini aku nak kaitkan dengan peristiwa kedua yang berlaku harini , hari dimana pelajar batch lepas kat matrik yg dah habis dapat result UPU , alangkah INDAH nya dunia sbb dapat masuk U kan ? wahh tahniah kat abang- abang senior , kakak- kakak senior . aku tak spesifikkan kat sape- sape lah , takut ada plak yang memandai meng’skandal’kan aku plak . hahaha  *Azlan dapat UTM bhaii , kejuteraan petroleum . mesti cikgu rifaizal bangga , and aku rasa cikgu rifaizal lagi bangga kalau aku ni dapat masuk U , dengan kos engineering . *puihhh ! berangan lebih . haha yelaa sebab aku kan sorang je dalam kelas dulu yang tak minat fizik tapi boleh go dengan fizik . haha ! yeaa , aku highlightkan perkataan TAK MINAT tu :D 

kat sini aku dapat modul 2 dimana fizik adalah pilihan aku , tapi aku dengan fizik gitu-gitu je ,just follow the flow je lah , aku seorang peminat matapelajaran kimia . sapa sekelas dengan aku dulu tahu lah kan . tak pernah eksperimen tak buat masalah . mata masuk potassium nye , bibir gatal kena asid HCL nye . hahaha ! aku takkan lupa lah , INDAH sungguh kenangan tu .♥♥♥ huhu , kat sini pun cikgu praktikal tu nyampah kat aku sbb aku banyak tanya . hahaha ! takpe cikgu , saya akan buat cikgu ingat kat saya , macam mana cikgu kimia sekolah menengah ingat kat aku .

Then bende ketiga yang berlaku harini berkaitan dengan aku cerita first tadi la , pasal hari last PLKN . aku kat PLKN tak lama , genap 2 minggu tapi aku rasa hampir semua budak dlm tu kenal aku . sebab ape ? korang nak tahu , satunya sebab aku volunteer , aku tak terpilih pun masuk PLKN , tp aku volunteer . cehh , orang taknak tapi aku nak . best kottt ~ second sebab aku jadi pengacara kompeni delta . ihiks , ni pon aku volunteer jugak nak jadi pengacara untuk KKJ .pembentangan kontrak kita janji . tetiba aku jadi pengacara sporting yang amat malam tu . ahaks ! siap berinteraksi dengan lebih kurang 400 orang kot . hihihihihi :D kat KMJ aritu ttbe ada budak tego aku , masa aku kat café . “ehh , ni mun kan , plkn aritu ?” “sape ni ekk ? tak ingat laa .” “ alaaa ni budak PLKN laaa jgak , kawan nasuha tuu .” aku pun senyum sambil garu kepala . haha dah aku 2 minggu je dlm plkn , nak ingat nama mmg susah ahh , haha ! aku akan ingat kenangan TERINDAH ni !! ♥♥♥ sumpah rindu dengan kawan kelas aku , kawan PLKN aku . semua aku rindu .
Tu lah , peramah sangat pun susah , pendiam pun susah . haha kalau aku diam , semua orang susah hati . lahh sudah , kadang- kadang gua nak jugak feeling ayu . innocent gituu . ape ahh lu orang , suka tengok gua hyperactive je . hahaha !

Conclusion .

HIDUP TAK SELALU INDAH , TAPI YANG INDAH TETAP HIDUP DALAM KENANGAN .
♥
Kbyee 

Saturday, 7 July 2012

Impian, dorongan dan harapan .

*fuhhhh , fuhhhhhhh ~* sambil tiup habuk kat blog ni . puihhhhh ! ludah sikit then lap lap skrin . engkorang adooo ? *sambil menunjuk skrin dan blog yang kian bersinar lagi bersih* . HAHAHA !

assalamualaikum semuaaaaaa :)

hahaha ape jadahnya aku ni ? takde keje ke nak ludah ? LOL , hahahaha ! okay , memang aku tengah takde keje buat masa ni , tapi dalam masa yg sama keje tutorial yang berlambak , assignment , soalan , program itu ini . haihhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~ *mak aku cakap tak baik mengeluh panjang tau , jangan ikut aku ni , ni aku tulis je . haha*

rasanya adelah dalam 2 minggu aku tak update blog ni , bukan apa . aku busy , takde masa . 24 JAM TU TAK CUKUP >.< hmm. aku nak cakap yang aku memang stress tapi nak buat cmana , itu adalah tugas aku sebagai seorang pelajar . engkorang adooo ? hahaha :D *sambil lambai tangan ala- ala rosnah mat aris*

done with muqadimah . 

harini topik macam agak berat , aku pun tak tahu kenapa aku pilih tajuk ni , impian , dorongan , harapan , dan satu lagi aku tambah : KEJAYAAN . seperti yang korang telah tahu , aku dah lebih kurang sebulan lebih dah kat matrikulasi johor ni , program yang membuatkan aku sakit otak , sakit hati dan sakit segalanya . berdosa aku fikir negatif camni , actually aku nak highlightkan ni : BIAR BERSUSAH- SUSAH DULU, BERSENANG- SENANG KEMUDIAN. aku sedaya upaya mengubah fikiran aku kat sini menjadi positif sebab aku tahu pada akhirnya kita akan berjaya jika kita bersusah- susah dahulu . *seriussss bhai aku , haha !*

bukan senang nak tengok aku serius , aku serius bila belajar je . *serius laaa sangat ~ tangan ke dada, mata ke atas . haha* . 

start dengan impian , apa tu impian ? impian tu cita- cita . kalau ada cita- cita , mesti ada dorongan kan ? kalau  ada dorongan , insyaallah harapan untuk kejayaan tu akan menghampiri 100% . tak gitu adik- adik semuaaaa ? kan kan kan . kau tengok akak mun kau ni , nampak memang gila- gila tapi aku ada masalah jugak . keluarga aku adalah orang pertama di belakang aku yang sentiasa bagi dorongan kat aku . selain tu ada beberapa orang yang aku jadikan sumber inspirasi jugak jadi dorongan kat aku .

masalah sentiasa datang dan datang , kalau tak tahu nak mengatasi . probability untuk mendapat penyakit mental adalah 98.99% . so , kalau ada masalah , tak salah luahkan kat orang yang kau percaya sebagai sumber dorongan kau . aku sendiri cerita kat abang aku , kakak aku dan paling utama mak aku . bende- bende ni bila kau buat , kau akan rasa dihargai . tak perlu malu . macam aku , aku penah menyatakan angan- angan aku kat abang ijad untuk pergi ke auckland , NZ . angan- angan lebih kurang dengan impian . kau boleh capai kalau tindakan selaras dengan impian korang tu . BERANGAN TAK SALAH , TP MESTI SELARAS DENGAN TINDAKAN UNTUK MEMBUAHKAN HASILNYA :)


he gave me a lot of inspirations.rasanya aku kenal dia dari aku form 4. muka sebenar dia handsome tau . hihi :D dia banyak motivate aku dari dulu . dia jugak ajar aku supaya jangan benci sesuatu subjek tu . masa aku nak spm pun dia motivate aku . and aku baru tahu abang ijad ni sebenarnya pelajar Harvard. selama ni aku memang tahu dia belajar kat luar negara, tapi baru ni aku tahu dia belajar kat Harvard :) *mun tabik lahhhh kat abang ijadddd  , thanks for being as my brother :). * 

 yang atas ni nasihat dari abang fakhar , huhu . kalau dak KMJ maybe tahu . bebudak aku panggil abang handsome and comel . *masalahnya handsome ke ? comel ke? * . ahak , aku gurau je ! jangan marah abang . aku menangis waktu baca ayat ni . ayat ni betul- betul bagi aku dorongan untuk belajar dan mendekatkan diri dengan allah . aku berubah bukan sebab abang fakar ni , tp sebab allah dan terima kasih kat abang fakar sbb bagi aku kata-kata ni . i was like.... ya allah , ampunkanlah aku :(

hmm so secara kesimpulannya , impian perlu diiringi dengan dorongan dan harapan . insyallah akan berjaya . dan dekatkan diri dengan allah . yang ni , aku tengah usahakan lebih banyak dan aku harap korang buat jgak . kita sama- sama buat dan insyaallah sama- sama berjaya . AMIN ~

p/s : sorry panjang lebar entry ni , peaceee :) doakan aku berjaya .

Friday, 22 June 2012

Happy Birthday, Ibu

SELAMAT HARI JADI, SELAMAT HARI JADI~ SELAMAT HARI JADIIIII IBU. SELAMAT HARI JADI ! YEAYYYYYY ! *sambil tepuk tangan depan lappy dengan penuh semangat*


Assalamualaikum readers , haters and all .*cewwahh nak sangat ada haters , alaa retiss pulok , haha !*, hmm i haven't blog quite some time since i'm here . KMJ .  day by day , me.... arghh , it's hard to say . i even don't know my feeling . bercampur~ but, i'm totally tired here :(

today is 22/6/2012. my mom's birthday ! Puan Rosnah bt Bachik, this is my first time i just wished her birthday just via my handphone :( i miss my ibuuuuuuu !! but i have to stay strong here without her, and alhamdulillah ibu always support me. thanks ibu ! Ibu , you are my everything. everything that i can't get from others. 

HAPPY BIRTHDAY , IBU . MAY ALLAH BLESS YOU. I LOVE YOU FOR THE REST OF MY LIFE :')

that's all. i can't afford for crying again. let me smile . yeahh SMILE . 


p/s : i'm sorry for my broken english , Oh My English ! hmmm ~ haha :D




Thursday, 7 June 2012

Hari- hari berlalu di KMJ :)

Assalamualaikum semua , apa khabar ? harap you ollllsss semua sihat sokmo dehhh :D lama kan aku tak hadap blog ni ? nak tengok pun takde masa . untuk pengetahuan korang semua , aku dah masuk kolej matrikulasi johor kat tangkak . kolej ini lebih dikenali sebagai KMJ . peaceee ! dgr macam best , haaa sekali korang masuk sini , baru korang tahu yang addmath kat sekolah tu lagi senang dari addmath kat sini . huhu *sekadar iklan,bukan nak menakutkan, tp betul* haha .

terima kasih kepada akak dan abang ipar aku yang sanggup turun dari perak untuk hantar aku pergi belajar ni . terharu aku , sehari sebelum aku pergi pun sedara aku dari kuantan turun and sanggup tidur umah aku . terharu memang terharu aku . pagi 28/5/2012 tu . akak aku , abg ipar dengan ibu aku je yang hantar aku , abang aku tak pergi hantar sbb dia keje . tp aku akan ingat pesanan akhir dia sebelum dia pergi kerja " blaja baek2 dekk~.." sambil tepuk2 bahu aku . sungguh prihatin abang aku . sedih woo aku abang aku tak hantar aku .

haritu , KMJ memang sesak gila . untuk pengetahuan korang , aku dapat blok E , tingkat 2 . so far soooo good ! aku dpt roomates yang gile- gile and sangat prihatin . ktorang semua boleh ngam lah empat- empat orang . bilik aku ni bilik anak bongsu semua nya , haha . and guesss what , semua roomates aku pnya nick name diakhiri dengan sebutan -RA . nora , era , syahira and aku sendiri , munira . hehe ! 

family aku balek dan terus berangkat ke perak dalam pkol 11 kot , aku tak ingat . memang sedih gila aku masa tuu , yelaa aku kan anak ibu kannn . aritu seminggu je dok dengan ibu lepas keluar PLKN .  aku try pk positif , sepanjang minggu orientasi . segalanya berjalan dengan lancar , tp bila malam je , masalah aku ialah RINDU . aku akan menangis setiap malam sebab teringat family terutamanya ibu dengan teringat kawan- kawan aku kat mersing . aku rindu sangattt ~ 

ehh , btw aku dapat modul II , sains fizikal . kat sini ada 3 modul . modul I(MS) - sains hayat (math, kimia, bio, fizik) , modul II (MD)- sains fizikal (math, fizik , kimia dengan sains komputer) . modul III (MT) - sains hayat (math , bio ,  kimia and sains komputer) . aku MD16 , kiranya aliran aku ni macam budak2 engineering punya laa sbb ktorang tak amek biology . aku pun xtau cmana aku leh sesat kat modul II sedangkan aku amek biology dulu , tp maybe sbb aku amek lukisan kejuteraan dulu , tu yang terlepas kat modul II . 

jadual kat sini pack gilaaaa terutama untuk budak MS . jadual dorang full , macam aku ada rileks rileks sikit , masuk kuliah , tutorial and buat amali . math macam addmath , chemistry guna addmath , semua addmath . macam pelajar U dah kau tahuuu aku kat sini . mcm kelas aku , hari khamis je paling pack . jadual full , dr pkol 8 sampai 5 , rehat dr pkol 1 sampai pkol 2 je . btw itsokayy je bagi aku . hari pertama masuk kuliah , aku mcm shock sikit . "EHHH , GILE LAJU BELAJA KAT SINI .. kalau macam gini mati ahh aku.." , but ada guna kelas tutorial tu , dia recover balek apa yg kita belaja kat dewan kuliah . ye ahh , dlm dewan kuliah ada 100++ orang , kalau tutorial . ada budak kls aku je 20 org . 8 lelaki and 12 pmpuan ( bila2 masa boleh tambah atau berkurang sbb ada yg tukar modul) . insyaallah aku boleh .

so far , alhamdulillah aku boleh je terus hidup lagi ni . aku dah setkan fikiran aku untuk dapat pointer yang baek . aku memang kena rush banyak laa sbb aku pelajar PST (program satu tahun) , ada yang PDT (program dua tahun) , yg tu rileksss sikit . huh ! tp takde maknenya rileks kat sini , bilik tidur tu tempat persinggahan je . semalam aku study group memalam sampai pkol 11 dengan classmate aku , budak laki laa pnya idea . mujur budak lelaki ktorang sempoi2 je . tp otak , perghhh . gua cakap , matematik dorang cepat btol pick up ! tp sampai kelas kimia , bi , mula laaa dorang cam ngantok . hikhik *memandai je aku* haha , btw ni je masa yang aku ada untuk update blog . pasni korang akan jarang nmpak muka aku la , aku penat sangat . aku kena manage time btol2 kat sini . hmmm sampai sini jelahh kita . nanti aku akan update lg , aku ni tak tahan air mata aku asyik mengalir je . semalam aku demam , maybe sbb tekanan yang amat sangat , tp roommates and classmates aku sangat prihatin kat aku . bg panadol , nak teman g hospital . takpe , selagi aku larat , aku okay je . MUNIRA KAN KUATT ! hehehe >.<

hari- hari disini berlalu begitu pantas , doakan aku disini . assalamualaikum ~

Thursday, 24 May 2012

Aku dan PLKN :)

assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaaa . whats uppppp ! heyyo my super loovy readers ! hmmm , dah lama sejak aku update blog buat kali terakhir , kalau tak memey aku malas . tp memandangkan pembaca2 setia blog aku asyik tanya je bila aku nak update blog , so aku pun update lah hari ni . KHAS UTK KORANG ! 

for your information , aku pergi PLKN di Kem YPJ , Sekakap Mersing untuk 2 minggu . so that , lama jugak lah aku x online . haha , aku mula-mula pergi untuk tolak tawaran , last-last aku yang masuk plak . btw , aku disana jadi sukarelawan . mcm korang yang pergi tu , korang memey dapat . tp berbeza dgn aku , aku x dapat and then akak aku mohonkan untuk aku . hihi , jarang jumpa pelatih sukarela macam aku . 

first day , aku pergi dgn mak aku . cehhh rempit naik motor dr taman aku ah , aku bawak mak aku . memang tak bawak pape pun , prepare pun tak . datang kem pun sbb nak ckp ... "SAYA NAK TOLAK TAWARAN NI !" . Dah sampai at sana , pe bende ntah org tu ckp sampai aku berubah fikiran . then aku tros daftar , pastu ingatkan nak balek umah jap nak packing barang2 . last2 aku kena tinggal sorang2 kat sana . soooo sad . hari tu jgak , mase aku xde kawan lagi . handphone aku jatuh dalam jamban kat PLKN tuu wehh , tp aku mcm watlek watcool je ah , kebetulan plak memory card handphone tu aku letak dalam MP3 player aku . jd aku tak ralat sangat .

hihi , kat sana best sangat ! aku pnya ID : Delta76 , singkatan aku D76 . hahaha , kat sana aku jadi pengacara kompeni aku masa pembentangan kontrak kita janji , aku pon mengacara spontan then sempoi je an , haha . tu ttbe aku mcm jadi famous kejap . hahaha , ADAKAH ANDA BERSEDIA ? sebut YAAAAA~ tu tagline aku laaa kat sana , MUN pnya tagline . kat PLKN tuu best laaa , sape kata tak best memey tak bijak . dia bknnya berkawat sepanjang masa pun , ktorang ada kelas . dan paling penting , aku yang tak pernah kemas katil ni kena kemas katil kat sana . hehe :)


ni budak dorm J yang gila- gila . hehehe ! aku , poja , shira , elina , keciq , debbie , yen dgn sherry . peaceeee ! semua kompeni DELTA :)

AUCAKKK ! ni nak buat bendera kompeni :))
 semua masa prepare untuk KKJ :)

yeahhh , kami pergi juga kembara mahkota johor <3

ni kat dewan jubli intan , keciq , aku , mak cik , emma, debbie , sugu , yen .


hari ahad lepas aku datang melawat sbb hari jumaat aritu aku balek . aku kat sana genap 2 minggu tau . start 3 mei sampai 18 mei :)) ni gambar2 masa aku dtg melawat dorang :)

ni ferry satria wibowo , tinggi gila ah mamat ni . hhe , nama dia unik kan ? dia ketua kompeni ALPHA :) sama kelas dengan aku , kelas PK4 . so kami kawannnnn :)


sebelah kiri aku tu nama dia nasuha , kelas aku gak PK4 . YE YE ORRRRR KE TO TOLLLLL ! :)

 bersama fekah tersayang , wakakaka ! :D
 Ni penolong penghuluwati , fyka . tp dia dah balek kot sbb jari kaki dia patah . dia sama kelas dengan aku .
ketua kompeni aku , WAFIIIIII ! :)
 ehemmmmm ehemmmm :D

 ni amla , terror gile menjugel bola . kelas aku gakk ! PK4 !

 ceria selaluuuuuu bersama emma , syira and durra :D
 ketua wirawati delta , ahaks ! tekanan ke kakkkk ? >.<

 comel lettewwww ~
 lepak hari ahad , men gitar sambil bergalak- galak . hehe :)
 buddy merangkap kawan terbaik aku kat sana . MAK CIK a.k.a ellina . peaceee !
 me and keciq , peaceee yaw !
 aku and MC surau . ehemmmm :D

 panjang and keciqqqq . senyum sokmo doeee !
 muka suci lagi bersihhh . guna lah SAFI RANIA ~ hahaha !

 intai ape wafi oiiii ? haha
 kompeni DELTA yang happy selalu :)

hmmmm , btw best gila ah kat sana . i'm really enjoyed it ! nanti kalau ada masa , aku upload lagi yea gambo . hehehe . next week i'm going to matrikulasi . doakan aku tau ! heeee ~ 

P/S : JIKA ADA JODOH , KITA JUMPA LAGI ~