3 bulan aku tak update, ya 3 bulan. 3 bulan yang aku rasa terlalu busy dan langsung tidak sempat menjenguk blog. Terlalu sibuk menjalani hidup sebagai seorang student disamping kawan-kawan tercinta. Ya aku rindu, rindu sangat.
Kini,
sudah masuk semester 2. Sudah seminggu lebih, dan ya aku rindu lagi. Aku rindu kawan-kawan aku. Aku rasa aku keseorangan, aku rasa lemah. 7 orang hilang sekaligus dan meninggalkan aku keseorangan, sungguh terkesan di hati ni. ya aku sangat merindui mereka. Hanya Allah je tahu macam mana aku rindu mereka, bukanlah aku takde kawan lain. ada, tapi tidak sama.
Engkau boleh bayangkan tak?
kawan yang selalu kejut kau pergi kelas,
kawan yang selalu pergi ke kelas sama-sama dengan kau setiap pagi,
kawan yang selalu lepak dengan kau,
kawan yang selalu teman kau borak,
kawan yang selalu kau lepaskan apa yang terpendam dihati kau,
kawan yang selalu risaukan kau,
kawan yang selalu cuba nasihat kau,
pendek kata, kawan yang selalu ada untuk kau.
tiba-tiba, hilang macam tu je? Aku rasa aku kawan yang tak berguna sebab aku tak mampu bimbing mereka. kerana sekeping result exam yang menyayat hati, lantas pihak universiti berkeputusan memisahkan aku dengan mereka. dan kini, tinggallah aku seorang diri di universiti, di bilik yang sama, di aras yang sama dengan mereka. Dulu suara mereka sentiasa ada, menjerit.. buat bising.. sampai selalu kena marah dengan aku. Tapi sekarang? takde lagi. Sunyi. Setiap malam, diri ini menangis, hati masih belum mampu berganjak dengan memori bersama mereka. ya, aku rinduuuuu sangat. Rindu sangat sangat. Separuh daripada jiwa aku lesap seketika,
terkesan dalam hati ni, sangat terkesan dengan ketiadaan mereka. Aku selalu berpura-pura kuat di hadapan orang ramai, sentiasa tersenyum. Masih mampu ketawa sedangkan dalam hati ni, aku tak kuat. Aku menangis seorang diri dikala dinihari. Sedih dihati, Allah je tahu. Aku akan teruskan hidup aku, terpaksa disini. tapi aku sentasa menanti kehadiran kawan-kawan aku kembali.
Buat Azie, Ayu, Miaa, Mira, Syam, Aim, dan Sue.
Maafkan aku, aku bukan kawan yang baik. Tapi, ketahuilah aku sayang sangat dengan korang, Waktu aku baca setiap conversations group whatsapp kita, sekuat mana pun aku, mesti ada rasa sedih dalam hati. Hati aku nak pecah dan aku menangis semahunya bila aku tahu semua tak ada bersama dengan aku untuk sem 2 ni. Hati aku hancur berkecai, aku tahu betapa sedihnya perasaan aku, sedih lagi perasaan korang. Aku turut sama merasai kesedihan tersebut, tapi apa aku boleh buat? Wahai sahabat, aku masih menunggu kehadiran korang di FKEKK kembali. Tak kisahlah siapa senior siapa junior, korang tetap BENW 2013/2014 dalam jiwa aku. Terfaktab.
Wahai sayangku sekalian,
jika ada jodoh berjumpa lah kita lagi, kerana sesungguhnya pertemuan kita kerana Allah dan perpisahan kita juga kerana Allah. Aku harap kita semua mampu tabah, harus tabah untuk menjalani hari hari mendatang. Rindu ini, aku tukarkan menjadi doa agar kehidupan korang lebih diberkati dan lebih kuat untuk menghadapi dugaan duniaa luar. Korang lah 'bloodsista' terhebat dalam hidup aku. :)
Salam sayang dari sahabatmu, dan lagu ini khas untuk korang semua.