Monday 30 January 2012

Tips : Check Kelajuan Blog .

Assalamualaikum semua , hari ni aku buat sedikit tutorial lah , untuk korang yang sama ada dah lama or masih setahun jagung dalam berblogging ni . sebelum tu mintak tolong tekan perkataan 'click here' tu kejap . Click Here . heee thanks :) Actually ramai gile yang request aku buat tutorial . tp ahah ! malasss lah aku , nanti aku nak menaip je . untuk yang nak soh aku tolong ajar , boleh tanya terus die facebook aku : Munira Ibrahim . kalau segan nak wall-ing aku , boleh IM je aku . okayy ? aku akan ajar secara manual . 

harini aku nak ajar cara nak check kelajuan blog korang semua . untuk pengetahuan semua , blog yang berat akan mengurangkan kelajuan . maksud aku berat disini ialah terlalu banyak widgets , photo , bla bla bla . so , nak bukak pun susah . tp depend jgak pada line . so harini cara nak check kelajuan blog korang adalah . sila tekan Website Speed Test ni .


korang boleh lah check dekat situ . macam blog aku , kelajuan yang dianggar adalah sebegini .


okayy semua ! selamat mencuba :) kbai

Saturday 28 January 2012

Gula-gula dan kehidupan kanak-kanak ku :)

Assalamualaikum semua . cakkk  ! malam ni aku nak kongsi gula-gula and jeli yang aku makan masa kecik . biasalah kan , korang mesti ada makan gula-gula jugak kan ? manissss manisss gitu . pastu start darjah 1 gigi dah rongak ! hahaha ! :p

masa kecik dulu dapat gula berebut , ceittt berebut dengan sapa ? dengan adik beradik . haha ^^ ni laa gula yang aku makan dulu waktu kecik-kecik .

haaa , ni gula arnab . rasa susu . dulu tak silap aku pernah tercetus satu kontroversi pasal gula ni , lepas daripada tu aku tak pernah nampak dah gula ni lagi . :( maybe ade lagi kot , cume aku tak perasan . gula arnab ni istimewa sbb die ada plastik yang larut kat lidah bila makan . 

dangg ! ni gula aku taktau panggil gula apa . aku panggil die gula isap je dulu . haha , nak menghabiskan die kemain lama . ada rasa macam-macam , plastik pun cantik sangat . weee ~

gula kat atas ni aku panggil gula getah seposen . sebab harga die seposen dulu . sedap juga , tapi satu je mana cukup . haha . dalam tu selalu ada tiga warna . kunyah-kunyah pastu buang merat . ouhhh betapa aku rakyat malaysia yang tidak bertanggungjawab dulu . tp sekarang tak dahh . haha >.<

haaa , nama gula kat atas ni gula udang , die bersifat seakan-akan gula arnab tu , ade plastik larut tu , tp rasa dorang berbeza . rasa gula ni unik , aku tak pernah jumpa gula yang rasa nya macam ni lagi . ade masin-masin sikit :)

teheeee ! gula kat atas ni dulu aku suka beli . sedap rasa die rasa susu ! so aku panggil die gula-gula susu . actually die banyak perasa , tapi aku rasa main ingredient die susu kot , tapi ditambah dengan perisa rose , kelapa and coklat . serius best ! tak manis sangat pun , gula orang kampungg :))

ni nama die gula hudson , aku peminat gula hudson warna kuning . tp dulu slalu makan yang warna merah sebab arwah abah suka gula tu . gula ni berangin , tapi tak kuat macam gula hacks .


bila aku ingat balik , nak je kembali pada zaman kanak-kanak tu . sentiasa happy , arwah abah pun ada lagi kann . tapi tak mungkin laa . zaman kanak-kanak sentiasa gembira . sumpah best ! :') so korang acano ? ada gula lagi best ? haha ^^ . jaga diri semua ! kbai


Wednesday 25 January 2012

Ragam manusia : Maki Hamun

haii assalamualaikum semua . actually dah lama aku nak update blog ni , dr semalam dah . tp dek line yang lembap mengalahkan siput babi tengah beromen menyebabkan niat aku terbantut . *ehh , termencarut pulakkk ! haha !

sejak dua tiga hari ni , bergalak-galak pulak aku mengambil gambar diri sendiri . haha ! dulu default picture (DP) aku tak nampak muka , ramai gak yang tanya kenapa aku pakai gambar macam tu . huhu , tp sekarang aku dah show you the real me . so , jangan tanya lagi ehh .

p/s : sengal !

beberapa hari ni , cuaca pun panas . hujan jarang sekali , tapi kalau hujan aku sekadar mengucapkan alhamdulillah . malam ni aku nak cerita sikit pasal ragam manusia yang seterusnya , iaitu maki hamun . setelah puas aku mengoogle nak cari maksud maki hamun ni , hampehh ape pun tak dapat . yang aku dapat hanya maki adalah perbuatan yang sama dengan mencarut .



"ehh perangai dah macam babi , buat keje pun malas , kau memang sundal lahh , celaka btol !"

di atas ni adalah contoh perkataan yang keluar apabila memaki hamun orang . selalunya orang yang cakap macam ini adalah orang yang lebih berkuasa dari kita . yang merasakan dirinya seorang saja yang betul . aku mengaku dulu aku penah maki orang , sekarang bila aku buat refleksi diri . ya allah , berdosa nya aku . apa yang aku dapat ? dosa je kod , tapi aku dah mintak maaf . manusia selalu tersilap , tapi untuk berpatah balik ke jalan yang benar , itu tidak salah . menangis air mata darah tidak berguna . kalau susah nak ubah tabiat tu , try buat slow- slow , insyaallah lama-lama akan hilang .

yang aku pening kepala sekarang ni , bila aku memikirkan perangai budak yang suka memaki hamun orang yang lebih tua daripada diri dia sendiri .

"pakcik tak paham bahasa ke ? yang dok terhegeh- hegeh kat saya kenapa , tak guna btol ada pakcik macam ni !"

istigfarlahh panjang-panjang dulu .syaitan sentiasa menaikkan api kemarahan manusia . kalau kita cakap macam ayat di atas ni . nak tahu apa dosa yang kita dapat ? 

*dosa mengherdik orang tua
*dosa mengecilkan hati orang tua
*dosa sebab allah marah

nahh , sekaligus dapat banyak macam tu . ya allah , aku sekadar menyuarakan pendapat aku . terpulanglah pada korang nak ikut ke tak . assalamualaikum ~



Monday 23 January 2012

Arsenal kalah ? haha . bolaaa ohh bolaa ~


heyyo semua ! :)) wassup fellas ?

ohh ramsey..
kau penyeri padang bolaku..
kau umpama matahari..
yang membuatkan diriku ceria..
tanpamu..
aku rebah pengsan sebab gelap..

ahh taik ! pe jadah sajak aku kat atas ni . Arsenal dah kalah dah malam tadi , ramsey dikeluarkan kod . bengang kot gua malam td . haha ! gua tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni . 

gua pasrah !

 arsenal dah kalah dah , tapi aku tetap nak update . haha !

aku menggedik dekat twitter dengan facebook malam tadi pasal bola ahh . aku tak sokong mana-mana pun malam tadi sebenarnya . sbb otak aku cepat berubah . yang mana menang tu lah yang aku sokong . haha . bola ohh bola .

kejap arsenal kejap MU . gila ahh ini minah ohh ~

aku ni minat bola , masa 'cawan dunia' 2010 dulu , pkol 3-4 pagi baru aku masuk tidur , mse tu aku form 4 . huhu ~ pastu bangun , then pergi sekolah tapi yang hebatnya mata aku tak ngantok ahh . haha , siap kikis meja kat makmal lagi pasal 'cawan dunia' tuu . ape kejadah cawan dunia tu ? alaaa WORLD CUP laa der . haha ! pelik tetapi benar , tapi untuk pengetahuan semua aku ni menonton perlawanan yang berprestij je . (btol ke aku eja tu?) haha , alaa maknanya yang besar-besar je . maknanya gua tak laa fanatic sangat smpai semua perlawanan gua nak tengok . haha !

mak aku kata tak molek pmpuan minat bola ni sebenarnya , sebab dalam keluarga aku . aku sorg je minat bola , abang aku pon tak minat . tapi bila aku tengok bola , kadang-kadang mak aku excited jugak . haha ! selalu aku tengok bola sorang-sorang je . gua takde masa ahh nak melayan kedai mamak , layan bola ramai-ramai . sebab ape ? lu org nak tahu ? haha , sebab gua perempuan :)) cume kecik-kecik dulu smpai laa dalam form1 , aku maen bola sepak . team dengan spupu aku je . haha !

jangan pandang rendah dekat perempuan . aku perempuan bukan sebarangan perempuan , sekali kau mengutuk , 10 kali kena kat batang hidung kau sendiri . haha  :D

btw , selamat tahun baru cina semua ! gong xi fa cai . ni yau ang pao ma ? bu ke yi ~ :p 
tak paham tanya aku , haha . okbai . 

p/s : tak sabar gua nak tengok manchester CITY lawan . HAHAHAHA ! *ketawa jahat* untuk manchester UNITED !


Wednesday 18 January 2012

Kenangan Hujan Dengan Arwah Abah .


Assalamualaikum semua . first of all , Al-Fatihah to my late father . I do feel that he can see me now , and that he watches over me with the same fatherly care he gave me here on earth . ohhh i'm really miss my abah ! 

bila hujan , aku selalu ingat arwah abah . hujan memberi terlalu banyak memori . this moments was very hard to me :'( . seriously , i want Abah back . tapi aku tahu tu semua mustahil .

bila hujan , aku selalu rasa abah ada . aku suka bau tanah yang datang daripada titisan air hujan . dalam tu , terkandung seribu kenangan aku dengan abah . dulu waktu hujan , kami selalu mandi hujan bersama , membersih longkang bersama . betapa aku merindui saat tu .

bila hujan , aku selalu pandang langit . betapa aku bersyukur dapat menikmati hujan dengan abah . tapi sekarang dah takde dah . tapi tanah kubur abah mesti basah sebab hujan . dan dengan hujan , semoga allah mencucuri rahmat ke roh arwah abah .

bila hujan , rasa sejuk selalu bergelumang . aku rindukan kehangatan pelukan seorang ayah . tp itu dah takde , sekarang yang peluk aku cuma kakak and ibu aku jea , aku tahu aku tak mampu lagi untuk mendapat pelukan arwah abah . tp ketahuilah aku sentiasa rasa yang abah selalu ada untuk aku . saat aku sedih , saat aku gembira . 

bila hujan , aku selalu ingatkan diri . 'munira , abah engkau dah takde' .. takpe , bagi aku abah tetap hidup selamanya di hati aku . tak kisah laa orang lain boleh kongsi kasih sayang dengan bapa dorang , walaupun terasa hati tidak berbapa tapi aku cekalkan hati untuk teruskan kehidupan sebagai insan biasa yang mesti berhadapan dengan perpisahan .

"adik rindu abah , adik selalu ingat kat abah , adik sangat-sangat merindui abah, semoga abah berbahgia disana" - Munira Ibrahim

sekali lagi , Al-Fatihah untuk abah .


Sunday 15 January 2012

Kisah Zaman Persekolahanku (Part 2 : SRJK (C) _____)


Assalamualaikum semua . ape khabar anda semua hari ini ? buat pengetahuan korang , aku sihat-sihat aje . sikit pun tak berisiko menghidap penyakit berjangkit disini . haha ! ni aku tengah tengok TV , tp tangan tu gatal nak menaip kan . so , aku start lah menaip nieee untuk bacaan korang semua . sebelum tu nak mintak jasa baik korang click sini okay .


Dah click ? terima kasih semua . harini punya topik bersambung kepada topik yang ni .  Part 1 . Part 1 pun aku cerita pasal sekolah aku kan , yeahh sekolah cina tu . haha , so , harini aku nak sambung balek lah kan . korang mesti tertanya- tanya aku makan apa kat sekolah ni . alaa , daging VAVI tu memang la ada jual . tp xkan aku nak makan tu kan ? masa dulu , ada seorang wanita cantik yang amat baik hati selalu beri bekal kepada aku . setiap pagi dia akan memasak untuk aku . siapakah itu ? mak aku lahh tu . aku ni bawak bekal je pergi sekolah dulu , kalau dekat kantin tu , aku beli aiskrim jea . ehh ? ada jual aiskrim ? pelik kan ? hha , tapi tulah yang best nya sekolah cina ni .

hee~ so aku tak makan lah sangat dekat kantin tu , tak silap aku masa aku darjah 3 kot , kat belakang blok aku tu , ada satu kolam katak . aku besarkan tulisan . yeahhh KOLAM KATAK . bkn kolam ikan yea kanak-kanak . haha , sebenarnya ikan pun ada , tp entah aku tengok katak dengan berudu je banyak . haha . aku tengah rehat masa tu , dok main berudu kod , haha ^__^ , aku ni dengan katak pun tak takut dulu . tiba-tiba datang seorang kawan aku cakap dari tingkat atas cakap , "munira , beg N*** kene daging babi td !". wekk ! kembang tekak aku , nak tahu cmana kisah tu boleh berlaku ? haha , si *** main baling-baling bekal budak cina tu , budak cina tu bawak bekal daging tu . then bekal tu terbukak dan terpelantinglah daging babi tu dekat beg die . huehhh , alamaknya kena samak lah kan . haha ! 

haha , so aku pun memang tak banyak cakap . masa darjah 3 , aku dok sebelah koh kang hwei . (gitu kod ejaan nama dia) , then sebelah kang hwei ada perempuan penolong ketua darjah tu , sape ntah nama dia . aku dah lupa . haha , kami duduk 3 orang dalam satu barisan tu . kalau dengan kang hwei ni , aku selalu borak pasal cite cina kat TV tuh . berbual lah aku dalam bahasa cina dengan dia , haha . kalau tak reti baru aku cakap melayu , tp dalam slank cina lah . penolong ketua darjah tu rajin , dia buat keje sekolah . aku dengan kang hwei sibuk berbual , tp kadang-kadang die berborak jugak . haha , sape x tergoda nak bercerita pasal cite best kan ? haha .

dulu kalau raya cina , selepas atau sebelum . ktorang akan adakan permainan . permainan passing-passing buah oren tu . sape yang kena , dia kena nyanyi kat depan . huhu , pastu main main yang letak kerusi dalam satu bulatan , pastu kerusi tu makin lama makin berkurang . best wooo permainan tu , sekolah aku tu tiap-tiap tahun ada pesta tanlung , tapi aku tak pernah pergi sebab acaranya malam . huhu , kalau hari kanak-kanak pun , kami akan celebrate dengan cara yang menyeronokkan . panggil badut datang sekolah lah , pehh memang serius best , pastu semua murid dapat ayam mcm kfc tu , dengan buah epal sebiji . memang best laa . indah semua tu , tapi sekejap jelaa kan . sebab selepas 4 tahun sekolah cina , aku bertukar sekolah melayu . ikuti sambungan aku nanti yea . kbai :))

p/s : terpanjang pulak entry harini . haha ! 

Saturday 14 January 2012

Ragam manusia : Talam Dua Muka

A very good evening to all readers ! and assalamualaikum ~ ehh , evening ke ? night laa , tp omputeh selalu kata ni waktu eve :) okayy , by the way , tonight , i'm just trying to make a post without any ideas . haha , what the facebook ? HAHA !

Actually , I don't know what i should write . I'm really bored ! does anyone know what can i do ? your answers must be one of these : lets chatting ! lets tweet tweet ! lets go to the party ! bla bla bla . err , that make me feel like 'ini lagi gila , doeee !'

haha , okayy . let me write in bahasa malaysia . ape aku merepek meraban ni wehh ? Sememangnya aku memang tengah merepek pon ni . haha ! masa dirasakan begitu lambat berlalu kan . yeke ? bagi aku sama je , haha . almost semua kawan-kawan aku dah keje , aku ? kawe dok tane pele depe rumoh nhi (aku tengah tanam pelam depan rumah ni) , haha ! bunyi agak mencarut . tapi apa salahnya mencuba 'kecek kelate' !

malam ni aku ada satu topik yang nak ditulis . ape ke dio ? cecite , cecite~ 

malam ni topik aku simple . iaitu salah satu ragam manusia , dikenali sebagai 'TALAM DUA MUKA' . ape tale duo mugke ni ? (ape talam dua muka ni?)

menurut atok sedara kepada pak cik google , talam dua muka ni dikenali sebagai seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tetapi sebenarnya melagakan mereka.

haha , korang pernah kena dengan orang macam gini ? kebanyakan akan cakap , ye . kan ? aku pun pernah laa kena dengan orang yang talam due muka ni , memang macam talam betul ah perangai . aku cakap lain , dia sampaikan lain dekat kawan aku yang lagi satu . akibatnya , kawan aku yang lagi sorang tu marah-marah aku , mengata-ngate aku . tu lahh perangai orang melayu , tak selidik apa-apa , alih-alih nak marah sebab terlalu percayakan orang lain . semenjak itu , aku adalah ANTI kepada talam dua muka ni . *eheh ! bkn auntie tauu . haha

dalam sudut islam pulak , aku melihat bende ni sebagai salah satu cara untuk 'fitnah' . alahaii , fitnah kau tahu tak ? ehh baik rogol anak dara orang lah dari memfitnah orang . berdosa besar tau ! ahah ! sebenarnya aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap tu . janganlah merogol ke , ape ke , semua nya berdosa . yang aku cuba nak sampaikan . perbuatan talam dua muka ni lebih kurang dengan perbuatan seorang penyebar fitnah . memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri . berdosa tu derrr ! so , as the conclusion , jangan lah jd talam dua muka ni kayy !

malam ni aku berceramah agak panjang pulak kan , sorry la . aku cuma nak menyampaikan apa yang ada dalam fikiran ni . hihi , semoga ape yang aku tulis menjadi pengajaran utk korang . baca ni baik-baik .

DOSA MEMFITNAH ORANG LEBIH BESAR DARIPADA DOSA MEMBUNUH.

So , beware ! kbai



Wednesday 11 January 2012

Random #2

Aku rindu saat manis ini :)) btw , no edit . gambar dah memang chantek :))
2011 dalam ingatan .

















Tuesday 10 January 2012

Blog aku blog rindu- rinduan ?


Hye korang , weee ~ Hari ini hari yang 'agak-agak' membosankan sikit , kenapa ? haha , sebelum tu minta jasa baik korang untuk tolong tekan 2 Link ni .


Sebenarnya bagi aku hari-hari membosankan , walaupun status aku tidak bekerja tetapi aku tetap bekerja tau . tapi hanya secara online , haha ! aku buka la akaun nuffnang aku . baru-baru ni , aku perasan blog ni banyak didatangi negara asing . nak tengok bukti ?

sampai france pon ade ?

dan paling tak boleh blah , hang tengok keyword yang paling famous untuk blog aku sejak kebelakangan ni :

hoh ? I will miss you ?

terbahak- bahak aku baca , keyword paling orang cari .. 'I will miss you' , wakaka ! blog aku ni blog rindu- rinduan ke ? haha , papepun tolong click sini kalau nak tahu lebih lanjut . Selanjutnya .

ape-ape lah kan , aku sebenarnya tak kisah . terima kasih kepada readers yang sudi datang ke blog aku ni , secara purata ramai lah jugak yang datang . tapi tak nak follow , aku tak kisah pun sebenarnya . kalau kat cbox or shoutbox orang , aku malas dah tulis :
HIT ME BACK , OKAYY ?

sebab kalau orang tu nak follow , dia akan follow sendiri . tengoklah macam blog-bog famous . Lyssa faizureen , Ben Ashaari , dan macam- macam lagi kan , kat sini . mana ada dorang tulis follow lah saya begini begitu , takde pun . blog begini akan famous dengan sendirinya . 

aku telah sedaya upaya 'meringankan' blog aku , dulu lambat loading . jadi aku tukar lah macam-macam . mana ada hiasan sangat dah kan ? biasa- biasa je . teramat simple bagi aku . sesuai dengan konsep 'rindu-rinduan' . ecehhh , yelahh kan . nanti korang rindu korang datang lagi . haha .

okayy lah , sekian dari aku . nanti akan aku update lagi . kbai :))




Semakin hari , semakin rindu :'(


Assalamualaikum semua .

ni status aku pada hari terakhir aku SPM hari tu , rasa menyesal pulak tulis status ni . konon boleh online FB tanpa rasa susah hati . puihh ! aku susah hati ni tau dakk ? rindu sangat dekat sekolah dah ni :'( . aku rindu laa nak naik tangga sekolah . sekarang ni jarang dah dengar orang panggil nama aku dari jauh . waaa ~ dulu dari blok sebelah je mesti ada orang panggil . rasa sunyi semacam hidup aku sekarang nehh T___T

Aku rindu sekolah , hang nak tengok buktinya ? haha . kejap naa ~







hari-hari pun aku dok update pasal kebosanan dan persekolahan . dulu waktu sekolah , aku selalu fikir .. "bile ah nak abes skolah neh ? bosan gile aku".. bila bercuti panjang je start lah suka , tapi bila dah abes sekolah ni , aku dok berfikir pulak .. "kenapa lah aku abes sekolah awal sangat , rasa sekejap je dok kat sekolah , rindu dohh kat kawan- kwan".. ahh , adat manusia . tak pernah puas dengan apa yang ada . tu laa , sekarang ni dah dapat cuti yang amat panjang . gatei plak nak sekolah balek , memey ah tak dapat dah .

so , sepanjang aku bosan dan asyik teringat kat sekolah kan . aku dok survey laa macam- macam kat internet ni , tanya orang tu . tanya orang ni . bape result dorang , kadang- kadang aku sengih sorang bila ada yang jawab 11 A je , 7 A je . wahh , aku ni tak tahu laa dapat brape . yelaa kan , dalam budak kelas sains aku . semua nya target 5 A ke atas tak silap aku . aku je target 3-4 A masa tuh , mana ntah pergi keyakinan yang selama ni ada dalam diri aku ? terbang melayang kodd . haha .


baca status atas ni .
Why steady a.k.a haziq lahh kan , hang memang lah suka rileks . sbb tu nama hang why STEADY . haha ! aku dah la risau ni . rindu sekolah lagi . haihhhhhh boleh tak nak kembali mcm dulu ? mesti korang tanya kenapa aku tak keje kan ? buat pengetahuan hang semua , aku malas . haha , err , okbai :'(


Sunday 8 January 2012

Kisah Zaman Persekolahanku (Part 1 : SRJK (C) _____)


heyyo ! wassup fellas ? >.< err , right now , gosh i'm freakin' bored ! you know what ? wawawawa ! I'm getting crazy day by day ! LOL >.< btw , no tittle for this post , i'm just write without thinking . haha :D LMFAO !
every day i'm just surfing an internet , bla bla bla . I don't have any activity to do , thats why , i'm boringg ! what the hell should I do ? chatting ? ohh no , it make me feel more boringggg ! 

ha alah mak aii , aku dah malas nak menulis nie . haha , takde idea . kejap- kejap ! aku cari idea jap . haha !

hmm , nak cerita pasal zaman persekolahan dulu lah . aku ni nak kata pandai , taklah pandai sangat . biase-biase je , kali terakhir aku dapat nombor 1 masa percubaan PMR , alahaii tapi PMR sebenar tak dapat solid pun . haha ! mai start dengan sekolah rendah ye .

dulu , aku tak macam korang . tadika melayu , aku start dengan tadika cina . tempat aku mengenal ABC dan nombor serta belajar bahasa cina iaitu SRJK (C) _____ . masa dulu-dulu , arwah abah hidup lagi kan , dialah yang hantar aku pergi sekolah . aku ingat lagi , masa tadika dulu , hari pertama memang normal lah budak-budak menangis , tapi aku dulu , sampai darjah 3 still menangis lagi . bila fikir-fikir balik , asal aku nangis ah ? haha , maybe sebab taknak jauh dari abah . lagipun sekolah aku tu ade bape ketul je budak melayu . haha .

start darjah 1 , abah hantar lagi aku , aku memang akan nangis je setiap kali arwah abah hantar aku . haihh , memang tak malu lah kan aku ni ? haha , abah akan tunggu aku sampai aku berhenti menangis . duduk lah aku tepi longkang sebelah kelas tu . masa tu tak silap aku , darjah 2 kot . memey tak malu ah , darjah 2 still menangis lagi . daripada rumah , naik motor sampai pkol 8 lebih baru aku masuk kelas . 

kenapa aku nangis ? kenapa aku nangis ? kenapa ye ?

haha , aku pun tak tahu . mase darjah 1 , aku dah start cakap cina dah . yelaa nak sekolah cina , mestilah kawan pun dengan cina , kami budak-budak melayu ni mane duduk satu group , mesti dalam satu group tu ade budak melayu sorang . aku ni dulu duduk dengan ketua kelas , ape tah nama dia . tak silap aku , johnson kot . dulu kami semua tak pakai nama macam korang , tag ktorang berbentuk nombor . aku ingat lagi nombor tag aku , 2979 . ketua kelas aku ni , pantang orang bising , mulalah tulis nombor . haha , ade satu kali tu nombor aku kena tulis kat blackboard , aku pun start laa acting menangis , haha . budak-budak yang lain semua salahkan ketua kelas tu . 'ha~~ haa~~ jonhson , mu ni la ku laa' , mcm gitu lah bunyi nye bermaksud , ayokk johnson ~~ munira nangis~

pastu nombor aku kena padam , haha ! jahat tak aku ? LOL

dulu , tandas cina bapak hancing wokk ! dorang mesti bawak tisu g tandas , aku ? haa ~ jeng jeng jeng ! woyy mestilah basuh guna air , ingat takde air ke ? haha :D 

banyak lagi nak cerita , nanti aku sambung yea . kbai !

Friday 6 January 2012

Here the answer for your tagged ! :))

assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca :))

hari ni tujuan aku buat post untuk menjawab soalan daripada blog kawan aku Iffah Mahfuzah , haha . dah lama aku nak jawab soalan-soalan ni , maaf iffah . aku terlambat ! untuk pengetahuan pembaca semua , aku telah ditagged dan ini adalah soalan-soalannya . 

okayy , akan ku jawab soalan ini dengan penuh jujur . yehaa !

jawapan bg soalan 1 ) Warna kegemaran awak ape ? kenapa suka warna tu ?

aku suka warna biru , kenapa aku suka warna biru ? nak tahu .. sebab biru menenangkan aku sewaktu aku panas hati , yelaa kan , aku kan panas baran . haha !

jawapan bg soalan 2 )  Dah ada bf ? siapa ?

aku takde BF lagi iffah , sape laa yang nak kat aku kan :)) haha !

jawapan bg soalan 3 )  Siapa idola awak ? kenapa pilih dia ?

aku ade banyak idola salah satu nya professor diraja ungku aziz . aku pilih dia sebab dia bijak . 

jawapan bg soalan 4 )  Bila awak marah ape awak akan buat ?

ni soalan yang aku suka ni , haha ! aku seorang pemarah , kalau aku marah biasa nya aku akan mengamuk . macam singa doe aku . garang sangat ! haha :D

jawapan bg soalan 5 ) Suka belog saya tak ? kenapa ?

aku sentiase suke blog kau sbb blog kau ade kartun favourite aku , si naruto tuhh ha . heee ~

jawapan bg soalan 6 )  Jika awak da khwin , kt mana awak nx bulan madu ?

oit , payah sikit soalan ni . mestilah nak honeymoon atas katil kan , haha ! takde lahh , setakat ni tempat ideal yang aku fikirkan adalah jeju island . waaaahh ! *berangan*

jawapan bg soalan 7 )  Masa awak sekolah PMR / SPM rslt awak bagus tak ?

spm tak tahu lg , tgh menunggu ni . hmm , dulu PMR ? aku dapat 4A4B je . taklah bagus mane pon :))

jawapan bg soalan 8 ) Awak suka tak orang amek berat pasal awak ?

sape yang tak suke kan ? hahaha :p mestilah aku suka iffah oi , terutama org yang aku sayang .

jawapan bg soalan 8 )  Suka menyanyi tak ? kenapa ?

suke , sbb hobi . haha :))

jawapan bg soalan 9 ) Siapa nama insan yg tag nama awak ?

awaklah , kawan kesayangan saya . iffah mahfuzah ! aku rindu kau gila- gila !

jawapan bg soalan 10 ) Awak comey / encem tak ?

aku tak berhak menilai diri aku , hanya Allah yang tahu . ecehhh jawapan aku !

okayy done , terima kasih bg soalan kat aku iffah . lain kali tagged lagi ye , haha :D again , i'm really sorry because i'm late to answer all of your questions ! kbai , ily :))

Sunday 1 January 2012

Goodbye 2011 , Welcome 2012 !!

 Assalamualaikum wahai pembaca sekalian .

First of all , Happy New Years buat semua . Maaflah lambat ucap . Malas nak buka internet dek kesibukan berjalan ke sana sini setelah habis SPM ni . haha , buat pengetahuan korang , aku baru balik dari selangor . wahh , sambut new year kat i-city , shah alam . haha , *aku yang jakun .  korang apa khabar ek ? aku kat sini baik- baik saja . 

hmmm , 'kat sini' tu dekat mana ? ahh biar aku sorang aje yang tahu . Aku nak menjalani hidup tanpa gangguan siapa-siapa buat masa sekarang . hehe .

Buat pengetahuan semua , korang memang dah tahu kan hari ni bertarikh 1.1.2012 . wooooww~ maknanya tahun ni aku bakal berusia 18 tahun . aku rindu kawan- kawan kelas aku semua , aku rindu nak bergado , aku rindu nak marah- marah orang . haha ! hmmm yes ... serius AKU RINDU sangat ~ :(
tapi apakan daya , hidup harus diteruskan . aku sentiasa mendoakan bekas kawan-kawan aku . 'bekas' ? ohh NO , mereka selamanya kawan aku . tak tahu laa mereka tu ingat kat aku ke tidak . sebenarnya aku agak kebosanan , tadi aku dah tulis azam baru aku untuk tahun 2012 di atas sekeping kertas . nak tahu azam baru aku ? shhhhhh ~ mana boleh bagitahu , tapi satu je azam aku yang boleh aku bagitahu .
AKU NAK KURUS . 

yes , aku telah mencabar diri aku untuk kurus . haha , sebab aku nak stabilkan dengan ketinggian aku . hahahahahahahahaha ~ aku tak malu pon . yes ! sebab aku sangat SERIUS dengan azam aku . apa aku nak , aku akan buat . aku dah start lari dalam 3-4 km setiap hari doe . sampai muntah-muntah aku . *padahal baru sehari . haha ! yeaaa takpe , aku berkorban demi DIRI SENDIRI . aku ada ramai kawan yang sokong aku , and aku takkan hampakan dorang . Insyaallah . 

doakan kejayaan aku . hehe 

Selamat Tinggal Munira 2011 , Selamat Datang Munira Yang Baru Di Tahun 2012 ~ and untuk korang semua wahai pembaca , semoga anda semua lebih berjaya di tahun 2012 ni . salam dari aku , kbai :)