Saturday 29 October 2011

Berbangga lah dengan PHD (penyakit hasad dengki) , tak ke mana punn .

assalamualaikum , beberapa hari ni . aku update pasal agama je , yang berkaitan dengan kerohanian diri . entah , aku tak pasti kenapa aku macam ini . tapi ni salah satu cara yang boleh aku buat untuk hilangkan ketidaksenang hati aku sejak 2-3 hari ni .
PHD ( penyakit hasad dengki ) biasa kita dengar biasa kita lalui , sebagai insan lemah di muka bumi Allah ini tiada yang lebih tiada yang kurang , semuanya sama saja , tidak perlu kita punyai perasaan hasad dengki di antara kita . 
Setiap insan ade kelemahan dan kelebihan masing-masing , and aku rase tidak perlu wujud sifat tidak puas hati dan akhirnya menjadikan diri kita seorang yang berdendam akibat dengki pada kejayaan orang lain .
aku mengaku aku pernah mengalami penyakit ini . dan aku rase semua manusia normal pasti pernah melalui penyakit ni . lazimnya , cara yang paling kuno masyarakat melayu ni yang aku percaya untuk lepaskan perasaan ni adalah melalui santau . ini mengarut dn tidak masuk dek akal .
Sepatutnya kita melihat dengan cara yang positif , sekiranya mereka berjaya kita hendaklah mendekati mereka yang berjaya dan mencontohi cara mereka bekerja dan secara tidak langsung kite dapat manfaat daripada dorang . ade paham ayat ni ? secara konklusinya , kite tak perlulah ade sifat dengki mendengki yang amat neh , kelak kita yg rugi .
cintailah sesama saudara islam mu . aku search google dan aku jumpe ayat untuk hilangkan penyakit ni . surah yang lazim korang dengar .
 amalkan lah ayat ni yea :)
sekian dari aku , maaf aku agak menggunakan bahasa melayu penuh dalam ayat ni . aku nak semua orang faham . aku akan kembali sekitar sebulan lagi . sekian dari aku .

Thursday 27 October 2011

When Heart Start to talking ...

First of all , assalamualaikum w.b.t
jiwang tajuk aku untuk post kali ini kan , ape kes ? bila hati mula berbicara . ecehhh >.< 
ini bukan kisah cinta , ini bukan kisah kasih dan ini bukan kisah sayang ..
dan ini kisah merapu yang aku nak taip . yeahh kadang-kadang blogger pun kurang idea nak buat entry , kau ingat buat karangan je ke kering idea ? ahah ! start with A , B , C ... maka aku nak menaiplah kisah aku muhasabah diri yang aku alami beberapa minggu ni .
eyy , kau baik sangat ke ?
kau fikir kau perfect lah ?
ape yang ade dekat engkau ? 
itu adalah diantara pertanyaan yang AKU TANYA KAT DIRI AKU SENDIRI . kalau korang tak faham apa erti muhasabah diri , korang boleh cari kat google takpun tanye ustazah/ustaz korang . gerenti jawapan nye baik punye . dalam bahasa inggeris , tak silap aku ianya dipanggil self reflection . gitu laa kot . atau ayat kasar CERMINLAH DIRI ANDA .

muhasabah diri ni adalah satu perkara yang bagus untuk jiwa korang . lama-kelamaan korang akan sedar ade something wrong dalam diri walaupun kite rase kite dah cukup sempurna . tapi itu semua tidak benar . semakin korang muhasabah diri , semakin banyak kesilapan diri yang boleh korang perbaiki . selama ni , mungkin hanya mulut yang berkata , tetapi bila korang start untuk muhasabah diri , korang akan rasa hati korang berkata tentang diri korang . yeahhh , and when heart start to talking.......
macam akulah kan . aku mengaku aku selalu buat silap . macam bila aku ada masalah dengan seseorang , aku akan buat muhasabah diri . dan konklusinya , yang aku dapat ...
takpelahh , hari ini hari engkau.. esok- esok hari aku plak..  
 sebab tu aku prefer untuk mendiamkan diri , bukan ape . untuk kebaikan diri kita jgak :) aku ade sedikit nasihat untuk kau orang yang tertekan dengan masalah peribadi tu .
refleksi lah diri korang . tanya ape yang korang buat ? and ape yang korang boleh buat untuk perbaiki kelemahan diri sendiri . 
 dulu aku selalu buat bende ni , tapi sekarang makin tua makin malas plak . tapi sekarang aku buat balek bende ni . haha , hmm okayy lah . semoga berjaya muhasabah diri . aku sentiasa mendoakan kalian semua . kbai >.<

Wednesday 5 October 2011

♥ khas untuk awak ♥

Bila aku ade problem , ini lah minahhh tudung yang terlalu prihatin dgn aku .
Mun , kau ade masalah ape ? cecite at aku . luahkan aje ..
bermula dari situ , aku mula mengenali hati gadis ini . nampak garang tapi die okayy !  dulu kami pernah bergaduh besar lah kan . ahh takpayah nak ingat lah , yang penting sekarang kami dah baik . dan aku sayang kau neddy ♥ atau aku panggil ned .
 ♥Atikah Nardia Bt Ouyop
I love you for the rest of my life . i am so thankful that i have you in my life . you have always been such a wonderful protective and supportive person to me . thanks ned !
I love you . i always have , and I always will ♥ 
with love from your friend , Munira Ibrahim >.<

Saturday 1 October 2011

Untuk sahabat..

p/s : artikel ini aku tujukank khas untuk SAHABAT aku yang selama ini banyak membantu aku untuk terus menjalankan hidup .
aku tahu aku bukan manusia sempurna , aku tahu aku tidak boleh jaga semua perasaan orang , aku tahu yang aku selalu buat korang sakit hati . tapi aku sayang korang , kite dah kawan berapa tahun dah ? lame kan . aku selalu cuba untuk menjaga hati orang lain , tapi aku yang selalu sakit . perasaan aku sakit sangat . hari- hari aku cuba sembunyi kan kesedihan aku , aku cuba tahan . tapi aku tak mampu , selalu aku menangis pasal sahabat . bila aku cuba jaga perasaan orang , tapi orang buat tak peduli . 
takpe lah . aku tahu bukan semua orang boleh terima aku . aku senyum lagi depan korang hakikatnya tuhan yang tahu .
Ya Allah ,
panjangkan lah hubungan persahabatan kami ,
jauhkan sifat hasad dengki dalam hubungan itu ya allah ,
Ya allah ,
lembutkan lah hati semua kawan- kawan aku ya allah .
berikanlah mereka hidayah dan petunjuk untuk terus hidup . 
berikan lah mereka kemudahan dalam menjalani kehidupan seharian ya Allah . 
cekalkan lah hati ku ya allah . 
aminnn.. 
pengalaman mendewasakan aku , aku sedar ada kawan yang masih tidak menyukai aku . mengata aku dekat belakang , aku tahu semua tu . tapi ape yang aku boleh buat ? aku berdiam diri je , hakikatnya ?aku menangis sorang- sorang kat dalam bilik . didepan korang sahabat , aku sentiasa berusaha untuk senyum . aku pegang kata yang manusia tidak selalu sempurna . biarpun kita cuba untuk nampak sempurna , tapi masih ade kekurangan di mata orang lain .
sahabat , aku tahu aku banyak kekurangan . aku tahu aku masih tak mampu jaga hati dan perasaan korang . tapi seorang sahabat pernah cakap dekat aku .
saya dah kenal mun , mun memang keras hati , kalau mun nak macam tu , macam tu lah . walaupun saya kecik hati dengan mun , tapi saya terima , saya pun mintak maaf kat mun sebab ade mengata mun kat belakang dengan kawan- kawan yang lain . saya dah lama kawan dengan mun , memang apa yang mun cakap saya kena terima .  sebab perangai mun memang macam gitu .
ini lah kata- kata paling jujur pernah aku dengar . luahan dari seorang sahabat yang memang lame dah kawan dengan aku . terima kasih amal . sekarang aku sedar aku perlu perbaiki diri aku lagi . selama ni aku tidak cukup dewasa bagi korang . tidak serius terhadap kehidupan . 
aku kena jaga hati orang , hati aku korang taknak jaga pun takpe lah ..
aku kena jaga perasaan orang , perasaan aku orang taknak jaga pun takpelah..
aku kena jaga cakap aku , orang cakap tak jaga pun tak kisahlah..
janji semua sahabat aku gembira ,  aku penat bergaduh . aku penat , penat , penat tahu tak ? aku penat menangis , penat , penat , penat tahu tak ? air mata ni terlalu murah untuk orang yang bergelar sahabat . aku penat jadi orang yang konon- kononnya tabah . aku penat , penat , penat tahu tak ? aku penat sangat . tolonglah paham , aku penat sangat .
kata- kata gurauan aku selalu dianggap serius oleh orang , kadang- kadang aku ade terasa juga dengan ape yang orang cakap dekat aku . tapi aku diam je . aku tak kisah lah sampai ade yang cakap aku hati kering . takde perasaan . hakikatnya ? hanya allah yang tahu betapa sedihnya aku   .
I lay my head back down . And I lift my hands and pray To be only yours , I pray , to be only yours . I know now you're my only hope. 
allah sentiasa mendengar . allah is my only hope . sahabat tempat ketiga selepas keluarga . tapi dalam sekolah . sahabat menjadi tempat pertama . yes ! korang tempat pertama di hati aku . jangan lah buat aku penat lagi . sekolah tak lama je lagi , pasni semua bawak haluan masing- masing . takde aku , mesti korang happy . 
jika umur aku tak panjang , satu je aku nak cakap...
aku mintak maaf dengan korang , aku sayang korang sampai bile- bile .  aku akan cuba untuk selalu tersenyum depan korang . insyaallah jika aku mampu . aku sentiasa doakan kejayaan korang .
salam dari seorang sahabat yang tidak pernah melupaikan mu..

 
p/s : gambar lelaki takde lah . semua handsome sangat . heee ! abes basah baju aku tauu ! ganti balek . penuh hingus . haihhh , hihi !